BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)



Aku nak komen sikit berkaitan satu hal ni. Awal bulan lepas aku ada pergi buat IC baru. Nak tukar sebab takmau dah IC muka darjah enam tu. Seriously nerd. Tengah bulan baru ni aku pergi lah pejabat pendaftaran tu nak tanya whether dah siap atau belum.
Lokasi pejabat tersebut terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Takut tak pasal je aku kena saman sebab post entry ni pulak kan. Padahal niat aku cuma nak berkongsi supaya dapat sama-sama renungkan dan bermuhasabah sikit.
Back to topic.
Then, orang tu check tengok. Dia kata belum siap lagi. Cik datang hujung bulan nanti. Itu kata dia. Aku buat IC dengan kawan aku. Betul, dia kata gitu. Tak percaya tanya kawan aku. Kan Aimi? :)
Cadangnya dah nak pergi lah. Dah minta izin ayah. Lepas tu ayah suruh try call dulu pejabat tu, tanya dah siap ke belum bendanya. So, pagi tadi aku pun call lah dengan saki-baki credit yang ada. Aku bercakap elok je, baik punya sopan dan formal. Puan tu boleh cakap dengan aku kerek sangat weh! Panas je hati aku. Angin satu badan dibuatnya. Tak boleh ke bersikap mesra pelanggan sikit kot ya pun. Seriously tak patut betul. Haiyaa.. Come on lah. At least, dia boleh sapa pemanggil yang telefon dengan ayat yang biasa kita dengar.
Hello, selamat pagi. Pejabat Pendaftaran  * bla bla bla. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?
Ha! Kan elok macam tu. Kalau ya pun sibuk sangat, banyak kerja, tension. Apalah salahnya bersikap professional sikit, amalkan budaya mesra pelanggan. Slogan "budi bahasa budaya kita" yang selalu sangat dapat liputan meluas di Malaysia ni bukan untuk saja saja suka suki aje.

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Ya Allah.. Sabar je lah aku.

Cheerio! :)

No comments:

Post a Comment

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥