SHORT SPEECH


Assalamualaikum..
Hello :)


Seperti yang diketahui umum, tarikh tiga belas Mei merupakan Hari Ibu. Disambut diseluruh dunia bagi menghargai ibu, mama, mak, umi, mom, mummy yang disayangi. Sebenarnya, "agak" tak best bila kita hanya cakap sayang ibu kita time Hari Ibu atau Hari Raya saja. Lepas tu kita cuma rasakan masa-masa macam ni saja kita baru nak ingat dan hargai jasa serta pengorbanan ibu kita. Tak patut, tak patut. Hari-hari pun boleh jadi Mother's Day and Father's Day. Parents kita ni, kita kena appreciate diorang and give them full respect ALL THE TIME. Tak ada diorang, tak wujud lah kita. Kalau bukan kerana diorang, siapa lah kita. Jadilah anak yang baik budiman dan soleh solehah. Nyawa cuma pinjaman Allah untuk kita sementara saja. Kalau ditakdirkan ibu bapa kita meninggalkan kita pergi menghadap Yang Maha Esa sebelum kita, adakah kita sudah memohon ampun dan maaf daripada kedua-dua orang tua kita? Adakah ketika itu, barulah kita sedar bahawa kita amat memerlukan ibu bapa dalam hidup kita sedangkan semasa hayat mereka kita mungkin pernah menjadi anak derhaka? Siapakah yang akan terus mendoakan kita bila ketiadaan mereka kerana doa seorang ibu terutamanya sangat makbul? Jika sebaliknya kita pula yang ditakdirkan pergi dulu, cukupkah amalan kita di dunia ni supaya ibu bapa kita tidak dipersalahkan di akhirat kelak disebabkan kejahilan kita sendiri? Nauzubillah..
Aku pun tak sempurna. Malah, aku sentiasa cuba untuk jadi yang lebih baik dari masa ke semasa. Sayangilah, hargailah ibu bapa kita selagi hayat dikandung badan. Cuba perhatikan di sekeliling kita, ada ramai lagi anak-anak yang sudah tiada ibu bapa mereka di sisi. Kita dianggap bertuah sebab masih ada ibu bapa. Luahkan rasa cinta dan kasih kita kepada parents kita selalu. Ucapkan, peluk, cium. Kadang-kadang dah besar besar ni, ada yang rasa malu bila dipeluk mak ayah. Wei, kalau macam tu seriously kau memang tak cool langsung okey. Jadi macam Si Tanggang nanti baru tahu.
Okey lah, panjang berjela entry aku boleh masuk pertandingan menulis esei sempena Hari Ibu dah neh. HAHA




Cheerio! :)

No comments:

Post a Comment

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥