31 DISEMBER 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Hello :)


I'm very very very excited to update my baby bloggie today! :D
I've done my assignments, drawing...
Eh! Ye ke ni.. Dah ke? Ada lah lopong here and there sikit sikit lagi. Hehe..
Esok dah nak balik kampus, acano? Haa haa, tak tau!
Takpe. InsyaAllah, esok lengkap semua :)

Today is the last day of the year 2012!
Sedihnya nak tinggalkan kenangan pahit manis busuk masam wangi semuaaa!!!
Nooooooo!!!!! :'O

Okey, drama! HAHA ♥


Goodbye my dearest 2012...
Thank you for all those awesome memories.
Studies, love, happiness, tears, EVERYTHING!
Allahu Ya Allah, alhamdulillah... ♥

InsyaAllah, let's build a brand new hopes for 2013! :')
May Allah bless me always ♥
Best wishes for all..
Amin.

Cheerio! :)

30 DISEMBER 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Hello :)

Layan cerita Adam & Hawa ♥
Allaa.. Yang orang semua pun dok layan sekarang ni tuh la... :)


Dalam episod 23, 24 tu memang menangis je aku. Tak berhenti mengalir air mata. Sebab utamanya, terlalu sebak turut rasakan indahnya menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah... Scenes yang diorang shoot kat sana. Subhanallah!


Ya Allah...
Do you know what it feels like....

You know, when kita berkesempatan ke sana.
Berdepan dengan kiblat kita yang satu, Kaabah. Rumah Allah.
Allahuakbar...

Rukun Islam yang kelima, mengerjakan ibadah Haji bagi yang berkemampuan.
Bilalah agaknya giliran aku kan tiba?
Mungkin suatu hari nanti, InsyaAllah..
InsyaAllah, amin amin amin Ya Rabb! :')

Cheerio! ♥

28 DISEMBER 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Hello :)


Dah pukul tujuh malam??
Jumaat terakhir dalam tahun dua ribu dua belas??
Subhanallah!

It's Friday today. Oh my!
I am still 'struggling' to finish up my assignment! :'O
Hehe.. Tuh laa, orang dah kata dah jangan suka buat kerja last minute.
Padan muka diri sendiri! HAHA

Asyik fikir nak edit blog aje, acano?
Harap bersabarlah, Fairuz Aqilah. Tunggu semester break nanti cuti lama.
Header dah siap semalam. Excited sangat punya pasal kann.. Teruja tak tentu pasal.
Yeayy! :D

You know what?
I've been thinking bout this for soooo long.
Either giving up, or keep on waiting for something that is uncertain.
It's nearly two weeks already. More specific is twelve days.
Sangatlah kesiannya saya ni, awak :'(

Cheerio! ♥

27 DISEMBER 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Hello :)


Dare to dream ♥
And dream to have one! :D
InsyaAllah, maybe one day...

Excited ♥
Cheerio! :)

WORDLESS WEDNESDAY #3

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Hello :')






Sometimes, the pictures explain things better to what is kept deep inside our hearts. That's what "Wordless Wednesday" is all about ♥

Cheerio! :)

25 DISEMBER 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Hello :)


It's Christmas holiday today!
For this entry, I just wanna share about Christmas di sisi agama Islam.
Google google sebab nakkan kepastian. Let's see :)


  Hukum ucapan "Merry Christmas" kepada golongan bukan Islam.

1) Dalam hadis sahih Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

"Barangsiapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia termasuk dalam golongan mereka".
(Sahih Riwayat Abu Daud)

"Barang siapa yang meniru, mengucapkan Selamat kepada agama lain bererti ia telah Kafir & Neraka Janahamlah tempatnya".
(Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

2) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 memutuskan bahawa :-
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad, e-mail, sms, etc. kepada orang bukan Islam bersempena perayaan agama mereka adalah harus. But, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam. Plus, tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.


 Hukum pergi ke rumah orang yang mengadakan majlis sempena sambutan Christmas.

1) Ustaz Azhar Idrus
Hukumnya ialah harus. Sekadar menjamah jamuan yang halal sahaja. Cuma, jangan buat amalan-amalan yang berkaitan agama mereka.

2) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 memutuskan bahawa :-
Sekiranya amalan ataupun perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial demi perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.


Okay, guys! Clear tak? :)
Hopefully, info yang diberi sikit sebanyak dapat tambah ilmu pengetahuan kita.
InsyaAllah, sumber-sumber yang saya dapat ni yakin boleh dipercayai.
Kalau ada salah silap di mana-mana, please let me know by leaving your comments alright?
Bolehlah kita sama-sama belajar dan kongsi ilmu.

Cheerio! ♥

24 DISEMBER 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Hello :)

Wahhh!! It's Monday dah, today...
And you know what? I don't even start doing my assignment tasks! HAHA
You better do something and focus on the assignments first before you start to kelam kabut last minute, Fairuz Aqilah!!! :'O

Oh, ya!
Actually, that is not my main point for this entry pun :)


Mama asked me to log into Facebook tengah hari tadi. Then, I opened my baby aqua (lappy) and lap lap sikit skrin ni. Our conversations below :)


Mama : Hmm, sayang ye dengan laptop ni.
Me : Haruslah! Ingat senang ke nak dapat ni. Kena tunggu berpuluh tahun lamanya dengan penuh kesabaran tau, baru boleh dapat!

Mama : Ha, tau pun! Itu pun dok nak Toshiba Toshiba lagi.
Me : Takpe lah. Nanti Qilah kahwin nanti, Qilah mintak hantaran Toshiba putih, iphone5.. Hmm!

Mama : Kenapa Qilah suka sangat sebut sebut pasal kahwin sekarang ni?
Me : Laa.. Kenapa? Salah ke?

Mama : Takde lah. Lambat lagi kan.
Me : Mama ni.. Qilah cakap je lah, bukan apa-apa pun. Qilah tau lambat lagi, belajar dulu..

Mama : Ye la, kan. Mama lupa anak mama ni dah layak dah cakap benda-benda macam tu. Bukan budak darjah berapa entah mama sebut tadi lagi.
Me : Ha, tu lah.. Qilah dah sembilan belas tahun dah, ma. :)


Macam tu lah serba sikit yang aku pun tak ingat dah dialog between us yang sebetul-betulnya.
See? Mama pun perasan yang aku suka sangat cakap pasal kahwin sekarang. Sebelum ni pun, ada dah aku buat satu entry pasal benda ni. [link]

Tak pasal pasal kan aku ni, dah kenapa entah =.="
Sembilan belas tahun tu dah besar sangat lah tuh konon, Fairuz Aqilah? Konon.

It's very random.
Tak ada lah pulak plan nak kahwin dalam masa terdekat ni. No no no... NO!

It's just... Yeah, y'know...
It's like.... Ermm...

Nahhh! Pokok pangkalnya, lemme finish up my studies first. Then, baru come out with that idea or topic of 'kahwin-kahwin-thingy'. Okey? Chill! :D

Cakap cakap gitu gitu je biasa lah kan. Biasa. Kann? Kan laa... Kan jugak! :(
Suka suka happy happy gitu je pun.
Impian tu ada lah, maybe one day.
InsyaAllah, amin... :')

Calon dah ada. Chiwah chiwah. Tetibe kann! ♥
But there's one question I'm asking myself, "Aku ni still ada boyfriend lagi ke?"
Good question. A very good one.
Haihh... (._.)

Okbai!

22 DISEMBER 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Hello :)

Nothing much to update today.
Just wondering. Lately, aku suka sangat edit gambar dalam bentuk collage.
Kenapa erh? Hehe.. ♥





Okay, enough! Annoying sangat kan? HAHA♥
And, oh! Abaikan kualiti gambar yang tak seberapa. Plus, editing skills yang tak expert pun. Hoho.. :D

That's all for now.
Cheerio! :)

21 DISEMBER 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Hello :)


Hey, y'all!
I'm homeeee.... ♥
How I love being at home :')

Excited sangat nak balik rumah, mid-term break. Jealous ramai classmates dah balik dulu hari Khamis. I admit, jealous gila okey! Even my house is the nearest of them all. HAHA♥
Hey! But still, rumah is the best and heaven and safest place ever kan?! What do you think? So do I lah, uolls! Emo pulak tiba-tiba kennn... :B

Planning something to do during the holidays! :D

Cheerio! ♥


SIMPLE SIGNATURE

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Hello :)

I'm going to give freebies free fonts download links and some tips on signature.
It's upon request. So, here you go adik Areanna. An entry specially created for you :)


Signature macam saya punya ni simple saja. 'Cuz I memang suka simple simple ni. HAHA ♥
FYI, this is in a form of image tau!

First and foremost, you really need to download free fonts for Windows so that senang kerja nanti bila dah ada fonts yang cantik cantik :)

Most recommended :-

Next, google up for cute icons and kawaii emoticons. The easiest way for you, glitter-graphics je lah kannn.. Tak pun photobucket. :)
It would be better if your icons tu transparent. Senang nak adjust masa hasilkan signature.

Okey, buat signature guna apa? I just use Photoscape and Gimp as a medium for photo editing. Tak pandai nak Photoshop semua, sorry.
Saya edit blog selama ni pun, guna those software. Buat freebies freebies semua tu pun guna the same software juga. Okey je, tak lah teruk sangat pun kan? :D

In terms of size, mine is 100x30. Yours is depending on your own lah. It doesn't matter. Hehe..

And, oh! Since signature macam saya punya ni in a form of image, untuk letakkan dalam entry sangatlah senang. Macam kita letak gambar dalam entry kita. The same way juga.
Plus, you can put it either on the left side, or even right side. Terpulang :)

I think that's all.
Hopefully this will help you, dear.
Sorry sangat sebab post this entry a little bit tardy! ♥

Please leave a comment so that I know your feedback, buddies! :)

Cheerio!

14 DISEMBER 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Hello :)

Actually, nak update semalam.
Tapi tak sempat sebab dah mengantuk sangat.
So, let's update pasal cerita sensasi yang dah basi! HAHA ♥

Pagi-pagi buta lagi semalam dah ke Unit Kesihatan (UK) untuk terima suntikan HPV dos pertama.
Takut tak? Takut tak? :D

"Tak sakit puunnn... Serious!"

Limit lima puluh orang setiap hari. Tapi pukul lapan sampai kat UK pun dah penuh orang!
Since tak ada pun ikut giliran, siapa berani pergi lah dulu.
Mula-mula masuk jarum tu je rasa macam ni sikit. Lebih kurang lima saat, dah! Eh, kejapnya??
Dah lama lepas tu baru terasa lenguh lenguh sikit la. Sakit sakit sikit la. Sikit.


Cerita seterusnya.
Malam semalam pergi ke perjumpaan blok.
Dalam pada aku nak mengelak daripada pegang apa-apa jawatan... Malangnya, tiba-tiba je ada satu suara menjerit calonkan nama "Fairuz Aqilah!" untuk sandang jawatan ketua aras satu Blok Anggerik 2. Syera! How dare you... Sobs sobs :'(

Terpaksa pergi depan perkenalkan diri, 'bersaing' dengan seorang lagi calon. Last last, muka ni jugekk yang dapat vote banyak untuk jawatan tu. Hey! Siapa suruh awak awak awak semua angkat tangan hah! Tak nak kawan :(

Okey, terima kasih lah anyways. We'll see berapa banyak kerja aku kena buat nanti.
Sebaik mungkin aku akan try galas tanggungjawab dengan amanah dan fatonah. :)
Nak kena get ready orang dok ketuk pintu bilik dua puluh empat jam minta tolong itu ini. Kena spare dua strips panadol actifast, beberapa kotak pil chi kit teck aun. Wah! Imaginasi tinggi.
Harap-harap tak ada lah yang buat hal kena rasuk hantu ke apa, memang aku tak nak bertanggungjawab lah jawabnya! Takut aku!! :'O

Okey lah, got to go.
Nak get ready pergi Pusat Mahasiswa for group discussion.

Cheerio! ♥

12 DISEMBER 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Hello :)


12/12/12
Cantik tarikh harini.
Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk terus bernyawa :')
Ramai sangat orang update pasal tarikh harini. Akhirnya, termasuklah aku juga! HAHA ♥

Ada terbaca status facebook one of my besties in primary school siang tadi.
Jika dicampurkan ketiga-tiga angka dua belas tersebut 12+12+12 ataupun darabkan dua belas dengan tiga untuk lebih mudah 12x3 jawapannya 36. Dan dan dan... Surah yang ke tiga puluh enam dalam al-Quran ialah surah Yasin. MasyaAllah! Tanda kebesaran Allah, nampak kan? :)

Nothing much to say, actually.
It's half past eleven and let's go to shleep! :D

Cheerio! ♥

11 DISEMBER 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Hello :)


At first, online dengan tujuan cari maklumat untuk tutorial Real Estate Agency Practice II.
Habis google up pasal all those things, blogging pulak. Lama tak update!

But I tell you what, this will be a very short update.
Malas lah! :D

Hey!
Kak Maria Elena kita yang famous dan AWESOME tu dah nak kahwin dah ghupenyee... Alhamdulillah! :)
And what's more, Sis Fatin Liyana blogger yang omey omey tu rupanya bakal adik ipar Kak Maria!
Aku baru tau. Sadis sungguh budak ni baru tau ye tak? HAHA ♥

Last but not least, congratulations to Kak Maria! :')

Cheerio! ♥

5 DISEMBER 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Hello :)

First and foremost, baca ni! ♥ [link]
Happy sangat sangat baca entry tu sampai bergenang air mata and tersenyum sorang sorang.
Ya Allah! Kenapa aku suka sangat tengok orang kahwin, happy happy macam kita pulak yang kahwin dah beria sangat kan. Kenapa?
Happy dia lain macam tau! Bahagia semacam, berbunga kembang setaman je rasanya.

Apakah ia perasaan itu?
Adakah ini tanda-tanda aku dah ready nak kahwin?? Ohh! Tidak, tidaakkk... Gila?!
Ya Allah, apa kena dengan kau ni Fairuz Aqilah.. Haisy =.="

Please guys. Jangan salah faham dan kaitkan saya dengan sesuatu yang tidak baik tau! Berdosa.
Abaikan saja lah, ye? Mungkin sebab saya ni jenis sensitif dan kuat menangis orangnya, kot! Touching tak tentu pasal. And plus, kuat berangan! HAHA :'D


♦ Gedik suruh orang ambil gambar dan buat muka poyo sebab dah teramat bosan tahap gaban tunggu lecturer tak kunjung tiba ♦

Alhamdulillah, setakat hari ketiga semester keempat ni so far so good. :)
Dah start belajar satu subject masa kelas petang tadi. Core subject which is Statutory Valuation.
Assignments dah mula dapat sejak hari pertama masuk kelas. Well, apa-apa pun, have to work 'em out. Perform all out. Yakin boleh! :D

Masih lagi mencuba sedaya upaya untuk sesuaikan diri dengan environment bilik kecil tiga orang aras satu ni.
Cuba juga sesungguh hati untuk selesakan diri dengan hanya ada locker kecil, semua accessories peribadi kena letak atas meja study sebab tak muat letak dalam locker tu.
Bersabar dengan katil yang berbunyi menjerit perit (imaginasi melampau) bila kita ataupun orang katil atas menguit.
Berusaha kekalkan hubungan baik dengan room mates yang baru kenal, semoga kekal berhubung baik hingga ke penghujungnya.

Semuanya aku buat dan terima seadanya dan tahan seboleh mungkin untuk satu semester ni. InsyaAllah! :')


That's all for now kot!
Nak sembahyang Maghrib.

Cheerio! ♥

4 DISEMBER 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Hello :)


Second day of semester four.
Apa kena pulak aku rasa kekok nak update baby bloggie ni! Macam tak tahu nak type apa pulak. HAHA ♥

Alhamdulillah... Everything's going smoothly so far.
Room mates okey, classes and lecturers pun so far okey. Bilik... Boleh laa je.
Whatever it is pun, dah kira bersyukur juga ni kan. Alhamdulillah.. :)

Rindu rumah. Rindu mama. Rindu nak usik and kacau opah.
Rasanya macam tengah cuti lagi. Dan masih lagi dalam mood bercuti.
I feel like crying! Sobs sobs :'(

I have nothing much to say.
Till we meet again in the next entry! ♥


Tak ada pun snap pakai baju kurung baru dua hari pergi kelas ni, kennn! HAHA!


Cheerio! :)