14 DISEMBER 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Hello :)

Actually, nak update semalam.
Tapi tak sempat sebab dah mengantuk sangat.
So, let's update pasal cerita sensasi yang dah basi! HAHA ♥

Pagi-pagi buta lagi semalam dah ke Unit Kesihatan (UK) untuk terima suntikan HPV dos pertama.
Takut tak? Takut tak? :D

"Tak sakit puunnn... Serious!"

Limit lima puluh orang setiap hari. Tapi pukul lapan sampai kat UK pun dah penuh orang!
Since tak ada pun ikut giliran, siapa berani pergi lah dulu.
Mula-mula masuk jarum tu je rasa macam ni sikit. Lebih kurang lima saat, dah! Eh, kejapnya??
Dah lama lepas tu baru terasa lenguh lenguh sikit la. Sakit sakit sikit la. Sikit.


Cerita seterusnya.
Malam semalam pergi ke perjumpaan blok.
Dalam pada aku nak mengelak daripada pegang apa-apa jawatan... Malangnya, tiba-tiba je ada satu suara menjerit calonkan nama "Fairuz Aqilah!" untuk sandang jawatan ketua aras satu Blok Anggerik 2. Syera! How dare you... Sobs sobs :'(

Terpaksa pergi depan perkenalkan diri, 'bersaing' dengan seorang lagi calon. Last last, muka ni jugekk yang dapat vote banyak untuk jawatan tu. Hey! Siapa suruh awak awak awak semua angkat tangan hah! Tak nak kawan :(

Okey, terima kasih lah anyways. We'll see berapa banyak kerja aku kena buat nanti.
Sebaik mungkin aku akan try galas tanggungjawab dengan amanah dan fatonah. :)
Nak kena get ready orang dok ketuk pintu bilik dua puluh empat jam minta tolong itu ini. Kena spare dua strips panadol actifast, beberapa kotak pil chi kit teck aun. Wah! Imaginasi tinggi.
Harap-harap tak ada lah yang buat hal kena rasuk hantu ke apa, memang aku tak nak bertanggungjawab lah jawabnya! Takut aku!! :'O

Okey lah, got to go.
Nak get ready pergi Pusat Mahasiswa for group discussion.

Cheerio! ♥

6 comments:

  1. wah . kakak cantik kita ni dah besar rupanya . kena pikul byk tanggungjawab ^^

    ReplyDelete
  2. hehe macam2 je..
    oh sis pun tak pergi buat suntikan tu lagi. dah ade orang bising2 suruh pergi buat. tapi takut...

    jadi ketua aras... hehe.. bertugas dengan elok ye... ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat lah pergi inject! tak sakit lah, sis oe.. betul, seriously xsakit.. so, takyah takut lah :)

      tak nak pun jawatan tu.. sedih! :'(

      Delete
  3. Tak sakit ? oohh yee ? Macam sakit je ~.~ hehe .
    Selamat menjalankan tugas :)hehe .
    btw , nice blog . Love it ^O^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously, tak sakit lah awak.. :)
      Cuma dah lama sikit tu dia start rasa lenguh lenguh . Biasa lah tu, effect kalau kena cucuk. :D
      Thanks dear! And terima kasih for spending some time visiting here. Really appreciate it ♥

      Delete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥