25 DISEMBER 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Hello :)


It's Christmas holiday today!
For this entry, I just wanna share about Christmas di sisi agama Islam.
Google google sebab nakkan kepastian. Let's see :)


  Hukum ucapan "Merry Christmas" kepada golongan bukan Islam.

1) Dalam hadis sahih Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

"Barangsiapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia termasuk dalam golongan mereka".
(Sahih Riwayat Abu Daud)

"Barang siapa yang meniru, mengucapkan Selamat kepada agama lain bererti ia telah Kafir & Neraka Janahamlah tempatnya".
(Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

2) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 memutuskan bahawa :-
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad, e-mail, sms, etc. kepada orang bukan Islam bersempena perayaan agama mereka adalah harus. But, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam. Plus, tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.


 Hukum pergi ke rumah orang yang mengadakan majlis sempena sambutan Christmas.

1) Ustaz Azhar Idrus
Hukumnya ialah harus. Sekadar menjamah jamuan yang halal sahaja. Cuma, jangan buat amalan-amalan yang berkaitan agama mereka.

2) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 memutuskan bahawa :-
Sekiranya amalan ataupun perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial demi perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.


Okay, guys! Clear tak? :)
Hopefully, info yang diberi sikit sebanyak dapat tambah ilmu pengetahuan kita.
InsyaAllah, sumber-sumber yang saya dapat ni yakin boleh dipercayai.
Kalau ada salah silap di mana-mana, please let me know by leaving your comments alright?
Bolehlah kita sama-sama belajar dan kongsi ilmu.

Cheerio! ♥

4 comments:

  1. ohhhh... sis cume tahu tak boleh ucapkan je. tapi taklah sedetail nie... hehe.... nice.. ^^

    ReplyDelete
  2. sebab rasa ingin tahu yang melampau, jadi qilah pun google around jugak lah regarding this, sis oe. sama-sama kita dapat manfaat, tambah pengetahuan kan.. :)

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥