BABY BLOGGIE OMEY OMEY!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Wahhh!!! I punya tajuk entry manjeee gitu, uolls! Very the... HAHA♥
Okey, okey. Back to my main point. The main thing is actually, I baru je siap edit my baby bloggie! See see see? Ada perubahan tak? Totally different kannn! Huhuhu... :)

It took two days nak siap edit the HTML codes and everything. Dua hari untuk edit simple macam ni je? Okey, fine. Aku ni tak ada lah pro sangat bab-bab ini semua kannn... Biasa biasa je. Itu pun banyak yang aku just try and error. Header pun baruuuu saja buat. Simple but nice. Puji diri sendiri pulak. Hahah! I tried hard to avoid 'childish' look on my blog, macam keanak-anakan sangat gitu kan. And then, cuba juga untuk lebihkan warna purple! Tapi, I've no idea juga the new look of my baby bloggie ni still look very kanak-kanak riang or macam mana. Rasanya okey okey lah kot! Lalala... (nyanyi-nyanyi petik jari ♥)

Alhamdulillah, I'm very satisfied with the outcomes. For me, not bad lah! Hehe.. Oh! By the way, leave your comments sikit, please guys? Hee :D

| Before

| After

Thank you!
Baibai, assalamualaikum... :)

REZEKI

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Syukur... Alhamdulillah, Ya Allah!
Ini first time aku joined giveaway, rezeki Allah akhirnya menyebelahi aku. Alhamdulillah... :') ♥


Tak sangka sangat sangat sangat! Terima kasih juga buat Cik Aini Zakaria yang organized giveaway ni. Tadi checked result kat blog dia pun via the phone je. Tak sabar nak tahu keputusan punya pasal kan! Hehe.. Alhamdulillah... Terima kasih! :D

Loved,

IT'S FRIDAY!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)
Surah al-Kahfi

Please click link on the caption untuk baca surah al-Kahfi secara online.
Berikut adalah beberapa fadhilat ataupun kelebihan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.


 Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”  

(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)


 Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” 

(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)


♦ Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” 

(HR Muslim 809)


Kesimpulannya, terdapat banyak sangat fadhilat membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat khususnya. Maka, jom kita sama-sama tarbiah diri untuk mulakan hari ini dan istiqamah mengamalkannya. Dengan harapan pahala dapat, iman bertambah. Bagus kan! :)



Maaf jika terdapat sebarang kesalahan mahupun kekurangan. Sebarang ulasan dan teguran membina, sila berbuat demikian di ruangan komen. Terima kasih!

Wallahu'alam..
Assaalamualaikum ♥

BLOG UNDER CONSTRUCTION

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


FYI, my baby bloggie is under construction. Sorry for pemandangan yang tidak memuaskan dan menyakitkan mata atau hati. Hehehe ;)

That's all for now.
Assalamualaikum ♥


Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria


Assalamualaikum...

Hari ini saya nak lancarkan perang gerila..Ehh...tertiba..nak lancarkan Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria. Nama pun mini kan jadi hadiahnya tidaklah terlalu besar.

Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria


Syaratnya :
  1. Follow blog !Aini Zakaria, Add To Circle Google+ Nurul Aini dan Like Page !Aini Zakaria.
  2. Tulis satu entry bertajuk Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria"
  3. Copy dan Paste coding di bawah ini ke dalam entry anda kemudian klik Publish.
  4. Tinggalkan url/link penyertaan anda di ruang komen entry ini sahaja, di Cbox tidak diterima.
Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria


Kredit kepada kak Mia|Mialiana.com.


Hadiah :

Sepasang bow brooch untuk 15 orang Pemenang. Harga bow brooch ini bernilai RM2.50-RM3.00 setiap satu tau..hehe.. Jadi setiap pemenang dapat 2 pasang bow brooch. 
Pemilihan pemenang adalah berdasarkan cabutan.
Tarikh Tutup:  01/05/2013


Jomlah memeriahkan Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria ini ye. Tak kira blogger lelaki mahupun perempuan. Semua boleh join. Boleh bagi pada adik perempuan ke? kan. ^____^


Dear bloggers,

Dah lama tak join giveaway. Nampak Cik Aini Zakaria ni update pasal  "Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria", terus rasa berminat nak join sekali. Hadiahnya pun omey omey angat angat! Memang suka ribbon ribbon nihh. Hehehe :) ♥


Masih ada banyak masa lagi. Jom join ramai-ramai and get the chances to win those lil cuteyy ribbon brooches!!! Best wishes for us! ♥

Loved,

DAEBAK!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

I just wanna share with you guys yang still tak tahu pasal benda ni. Entah-entah aku sorang je syok sendiri kenn... HAHA! Fine, that's okay. A few days ago, aku google up for photo editing software on the internet. Nak download yang baru. Jemu dah asyik guna Photoscape aje. Hehe :)
Then, I found this awesome awesome XiuXiu photo editing software! Make sure sebelum download, awak kena right click and 'Translate to English' terlebih dulu okey.. Oh! Plus, software ni dia dalam Chinese kot if I'm not mistaken lah. So, kena pandai pandai sendiri lah explore. Chill! Senang sangat, trust me! ♥

XiuXiu ni boleh dikatakan simple je, but its functions are truly daebak! Hasilnya teramatlah memuaskan hati. Betul, tak tipu. Effects, make-ups, clear skin, kawaii clip arts... Macam-macam lagi boleh buat dengan XiuXiu ni! I have some trial edited photos dekat sini yang gunakan XiuXiu. Sorry if lebih lebih kuraannggg aje semua. Well, I'm still a newbie right? :D

♦ Before ♦
♦ After ♦

♦ Before ♦
♦ After ♦

♦ Before ♦
♦ After ♦

♦ Before ♦
♦ After ♦

Jelas dan nyata aku suka sangat tambah effect make-ups like blusher and lipstick! Huhuhu ;)
Tudung kelepet kelepet penyek pun boleh betulkan tau! Hehe.. I think I had fallen in love with XiuXiu from the first time using it. Incredibly awesome! :D
For those you guys out there yang tak berapa expert guna Photoshop macam saya, you can try using this software and feel the awesomeness!!! Hehe..

That's all of my sharing today. Have a blissful Monday! ♥

IN A RELATIONSHIP

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Entry kali ni kiranya macam kesinambungan daripada entry sebelum ni ONE YEAR. Hehe.. ;)
Alhamdulillah... Published at 7.00AM (if I'm not mistaken), terus online facebook walaupun dah bertekad dengan diri sendiri tak nak online facebook sepanjang exam weeks. What could I do! That's the only way nak kasi link untuk dia baca entry tu. Kata present kannn... HAHA♥
So, tengah sibuk nak bersiap untuk pergi berjuang bagi third paper petang 01/04/2013 tu, course Real Estate Agency Practice II... Tiba-tiba ada missed call. Sekejap gila! Tak sempat pun "You're a trouble - maker!" Tak sempat pun, then ada satu message masuk. I was like "Sabarlah kot ye pun diorang ni (kawan), orang tengah siap lah ni hah, tak menyabar lah pun nak jawab exam". Merungut and membebel at the same time kan... Very the truly me tau! :D


Tengok phone, terus rasa nak pengsan tetibe bila message and missed call tu datangnya daripada Fùäd! Allahuakbar.... Ujian apa lagi ni, ya Allah! Kenapa dia contact sebelum aku pergi exam, cubalah tolerate sikit contact orang lepas habis exam ke. Ini tidak. Seriously, aku gelabah gila masa tu. Kak Wani yang kehairanan pun tanya kenapa dengan aku. "Ex-boyfriend kite contact balik setelah dua bulan dah berdiam diri, Kak Wani! Kenapa lah dia tak contact kite lepas exam. Macam mana nak bertenang jawab exam ni Kak Wani!!!" Dalam hati bermonolog sendiri, "Ex ke? Bila declare putus erh? Ada ke? Apa-apa je lah!" Dub dab jantung ni tak usah cerita lah, macam nak explode dah kat dalam ni! Berusaha la aku pun menenangkan diri sendiri membalas message dia. Postpone dulu nak tanya lebih lebih, lepas exam. Tak sabar pun sabar, Fairuz Aqilah. Exam dulu beri keutamaan. Jangan serabutkan fikiran sangat dengan benda ni, relax. InsyaAllah, Allah bantu nanti. Trust in Allah! :') ♥

Alhamdulillah, aku dapat jawab jugak paper haritu dengan baik. Points yang terlupa pun Allah kembalikan balik apa yang terlupa dan permudahkan aku menjawab kesemuanya. Habis jawab je, senyum meleret tau! Allhamdulillah, syukur ya Allah... InsyaAllah, kita tunggu result je sekarang ni. :)

Alright! Berbalik pada kisah tadi yang sebenar-benar alkisah.
Malam baru aku message dia balik, minta explaination and everything. Alhamdulillah, everything went very well. And seperti yang dijangka, reason dia adalah apa yang aku jangkakan. Let's keep it as a secret sudahlah kan.

♦ Dear awak, please do not break your promises lagi okey? I You ♦

Everything's back to normal now. Hopefully, Allah will lead this love with a happy ending and full with barakah until Jannah... InsyaAllah, amin :) ♥

Habis exam, online facebook, tukar status dah. In a relationship. Huhu.. Kat blog dah lama kot aku buat status In a relationship! Tengok SINI :D
Let's hope aku cepat kahwin okey! HAHA Gatal anak dara bertuah ni.

Cheerio! :)
Assalamualaikum ♥

CHEERIO SEMESTER FOUR!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Yippee!!!
Holidays' mood turns on! ;)

I'm very grateful that the semester break is finally here! Habis paper hari Isnin petang, Selasa malam baru balik rumah. My last paper was building. Alhamdulillah... I did my very best, I gave all out. I just hope for good results, insyaAllah, amin... Please pray for me too! :')

Actually, I was soooooooo sad to leave my roommates. Entah la... It's kinda feelings that I can't describe in words. Maybe sebab terlalu bersyukur dapat roommates sebaik Kak Wani and Tikah. Alhamdulillah... Kalau dulu masa mula-mula dapat tahu nombor bilik and roommates, tengok pulak dapat roommate part six (senior) sorang and QS'. I started to imagine yang bukan-bukan. Negative thinking. Hahah! At the same time, try to control those fishy feelings and redha je lah kan. But bila dah duduk sebilik, baru tahu, baru jatuh sayang dengan both of 'em. All I can say is sangat sangat sangat bersyukur. Alhamdulillah, ya Allah! Tak pernah bergaduh, masam muka or what-so-ever throughout the semester. Never. I think benda tu lah kot yang buatkan aku ralat and berat sangat nak tinggalkan bilik haritu. Sedih and sayu sangat... :'(

♦ I typed this status with genangan air mata y'know, and posted it via phone ♦

Sedih... Rindu ni hah! ♥
Nasib baik sekarang ni zaman teknologi canggih kan. Macam-macam medium ada untuk menghubungkan yang jauh terasa dekaaatttt aje... Hehe :D
Lepas ni, lagi lama mesti lagi tambah rinduuuu..... :(
Harap-harap semester depan dapat roommates baik jugak lah. InsyaAllah, amin... :)



♦ Kak Wani (black), Tikah (orange), Me (purple) ♦

I love you guys soooooooo muchh! Seriously. Hopefully, kita ada rezeki untuk jumpa lagi bila-bila kann... InsyaAllah! :')

Oh! And I got sooooooo many plans I wish I can do all of 'em during this semester break! The big BIG agenda. Huhu.. ♥
Baibai! :)

Loved,

ONE YEAR

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamulaikum. Hello :)

Am waiting for creating this super duper special entry for sooooo long! Suka sangat berangan kannn... What can I do! :D
And finally, here you go sayang.
This one's for you. Just you ♥

(This is an auto post. I'm writing this right now - 28/03/2013 11:32 PM because I may not have much time since I'm currently undergoing my final examination. Well, today's paper sucks! Just hoping for the best till the very end. InsyaAllah, amin! Please pray for me! )
*Ni dah salah entry dah nihh, hahahaha :DD


Dear awak,

If we're still together, today will be the very special day. Setahun dah! Alhamdulillah... :')

♦ Click to enlarge the photo for a clearer view of my calendar entries on the phone and take a closer look at 'Lovey Dovey <3' which means our first anniversary ♦

But unfortunately, I'm confused about our status. It was too confusing dah lama dah. It's been awhile kan, since you stopped contact me. Almost sebulan or sebulan lebih dah as I remember the very last time we're texting.. Haihh... (._.)

What is wrong sebenar-benarnya tiada yang lebih benar melainkan yang benar-benar benar? Saya tak faham apa sebabnya. Saya tak tau di mana silapnya. You should explain it to me, make it clear. Berdiam diri menyepi tak tahu-menahu langsung khabar berita, bukan ini caranya... Bukan. :'(

♦ Tak jemu-jemu sampai sekarang still tunggu kot kot akan ada satu mesej masuk tertera nama Fùäd ♦

Sangat sangat sangat sedih as we couldn't make it, I mean in this relationship.
I'm missing you a lot. I cried so many tears for being abandoned by you. Even masa girls' chit chat dengan kawan pasal awak and benda ni pun, air mata saya boleh mengalir tak segan silu depan dia. Tengok gambar awak pun tak boleh, terus sayu rasa hati. Tambah parah, bila kena selalu berdepan dengan that one guy coursemate kat sini yang muka seiras awak tu. Susah betul nak hadap bila time lecture yang kena gabung kelas dengan kelas dia tu. Dalam dewan exam pun sama! Three more papers to go. Allah... Semoga Allah terus kurniakan kekuatan untuk saya tempuh semua ni. Amin.

The one and only thing that I really very extremely sentap was being removed by you from your friend list on facebook. Satu lagi perkara daebak. Daebak lah sangaattt.... Sangat sedih lagi.
Kenapa awak add balik? Confused. Lagi.

♦ Di sebalik senyum dan tawa, tak siapa sedar dan tahu seribu satu rahsia kesedihan yang tersimpan rapi jauh di sudut hati ♦

It has been nearly one year. We're already getting closer towards today - 01/04/2013. Very close. Macam mana saya tak sedih gila!!!
Plus, I feel ralat sangat sebab bukan senang Mama nak tahu a very sensitive part macam gini. Seriously. And what's best is dia tak marah! Weh, ini baru betul daebak okey! Sangat.


 Look back 1 

Me : Mama, kaklong kan, ada boyfriend. Sama-sama belajar dengan dia. Untunglahh sama-sama engineer jugak!
Mama : Mana tau?
Me : Facebook lah, of course! Apa ke lagi. Hehehe
=Beri laluan kepada suasana sepi seketika=
Mama : Aqilah tak ada boyfriend ke?
=Sentap dan mula berfikir separa rasional=
Me : Mama nak Qilah jawab jujur ke tipu?
Mama : Dah kenapa nak tipu pulak!
Me : Okey. Kalau jawab jujur, ada lah. Ada. Hee =.="
=Kantoi!=
Mama : Kawan satu UiTM ke?
Me : Eh, taklah. Dia belajar kat IKM. Ambil engineering jugak. Tapi dia baru buat sijil je. Dan tapi jangan risau, ma. Qilah sentiasa encourage dia terus belajar lagi tinggi.
Mama : Macam mana boleh kenal?
Me : Sekolah. Qilah kawan dengan dia daripada sekolah lagi. Masa tu form three.
Mama : Kawan elok-elok. Jaga batas-batas pergaulan semua. Yang penting, sembahyang cukup! Tak merokok! Merokok tak?
Me : Tak! Semua kriteria dah teliti awal-awal dah. InsyaAllah okey.
=Eh, I thought Mama nak marah or start nagging tadi! :D=

We ended up the conversation macam tu je. Tak ingat sangat the real conversation macam mana. Lebih kurang gitu lah erh. That's the story of look back satu :)


 Look back 2 

It's Hari Raya if I'm not mistaken masa hari kejadian. Mama tengok gambar kat phone. Semua gambar. Semuanya. Dan bila Mama bagi balik phone, pelik juga. Kenapa lama sangat. Bukan ke orang nak tunjuk kat mama satu gambar je tadi? Okey... Hmm, musykil ni. Musykil =/

Me : Mama tengok apa? Semua ke??
Mama : Kenapa? Ada gambar yang Mama tak boleh tengok ke?
Me : Tak ada lah, Qilah tanya je. Jadi, Mama tengoklah gambar dia?
=Nasib baik rasa selamat sikit sebab Mama memang dah tau=
Mama : Hmm, ada.. Yang pakai baju biru tu kan?
Me : Haah. Hee ^^
Mama : Okey lah tu, handsome!
Me : Hmmehhh.... ^w^
=Kembang semangkuk sat walaupun bukan diriku yang dipuji=

♦ Cu pernah cakap yang belakang tu pun handsome.
Cu, jangan salah orang okey. Yang depan tu buah hati kite tau! ♦



 Look back 3 

Me : Mama, tengoklah gambar Qilah present DA pakai blazer. Cantik tak! Hee ^^
=Phone beralih tangan=
Cu : Cu nak tengok jugak!
Me : Ye, nanti lah kejap. Sabaq sabaq.

=Turn cu, sampai satu gambaq tanpa disangka-sangka...=

Cu : Ni siapa?
Me : Ha??? Itulah dia. Fuad lah.
Cu : Owhh..
=Sengaja alih pandangan pada tv, mengumpul kekuatan, tahan sebak=
Me : Dah tak ada apa-apa dah kot, cu.
Cu : Pulak dah?!!!
=Terkejut tetibe dijerkah sedemikian rupa dan Mama tiba-tiba bersuara=
Mama : Kenapa? Dah ada girlfriend lain ke?
Me : Hah? Hmm.. Entahlah, ma. Ada lah kot. Dah nak dekat sebulan dah, senyap je tak contact langsung pun. Call tak angkat, messages tak reply. Tak declare pun break up ke apa ke. Tak tau lah dia tu.
Mama : Takpe lah. Belajar je lah dulu. Nanti dah kerja semua mesti sampai jugak masanya.

Tak ingat sangat the real conversation macam mana. Lebih kurang macam tu lah.
Seriously, tak sangka Mama nak jadi se-sporting itu, dengan nasihat dan kata-kata semangatnya. Mungkin faktor umur saya yang dah matured enough to talk about all these kind of stuffs kot. Perhaps. Thank you, Mama! :')



Saya cuma tinggal seribu lebih messages awak yang saya suka ulang-ulang baca bila saya rindu awak. Lepas tu senyum sorang-sorang, kadang-kadang tergelak sendiri. Lepas tu tak pasal TERmenangis.
Saya cuma boleh tengok gambar-gambar awak yang ada dalam simpanan saya sampai lama-kelamaan hanya mampu pandang kosong dan tak sedar air mata dah mengalir.
Saya cuba sebaik mungkin untuk tak bagi semua kenangan dengan awak hilang, terutamanya suara awak bila awak call and bila awak main gitar nyanyi untuk saya.
Saya hanya mampu stalk facebook awak setiap kali online dan tak tahu sama ada perlu atau tak confirm friend request awak. Untuk apa add kalau hakikatnya, realitinya, awak tak ada pun nak contact saya.
Saya rasa saya dah cukup kuat, tapi ada masanya saya tetap menangis sebab dah tak larat lagi simpan rasa sedih sorang-sorang.
Saya dapat deliver apa yang saya rasa melalui tulisan je. Surat yang tak diposkan, status updates kat wall facebook, buat entries kat blog macam apa yang saya tengah karang sekarang ni. Hanya sekadar itu yang mampu. And now I'm crying while typing. It's 3:45 AM in the morning.

Saya tak text awak sebab saya tunggu awak. Tolonglah faham... :'(


Dan yang paling penting, saya masih ada Dia yang Maha Esa untuk saya pohon apa saja yang terbaik for me and ours. Ada Mama Ayah yang sentiasa jadi penguat semangat, tulang belakang bagi apa jua yang saya lakukan. Ada family and kawan kawan yang masih setia bagi full support dari semua segi. Saya tak pernah lupa walaupun awak tak ada, saya masih ada mereka. Alhamdulillah... :')

Last but not least, anggaplah this entry is a gift from me in conjunction with a year of our relationship (andai masih wujud lagi dan seandainya awak baca entry ni).

Saya minta maaf sangat sangat sangat kalau betul saya lah yang salah sampai kita jadi macam ni.
Saya harap jodoh antara kita masih ada. InsyaAllah, amin.

The thing is...
I really want you to know
that I still love you and I always do.
Can't stop thinking bout you all the time.
Hoping for ever-lasting relationship till Jannah. InsyaAllah. Amin.


Sayangku
jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang
tak mungkin hilang cintaku padamu...
Yunalis Zarai - Terukir di Bintang


Lemme tell you that I love you
and I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come go through with me
Lemme tell you that I miss you
and I never wanna loose you
You're my heart baby
My life is incomplete without you...
Tasha Manshahar feat. Syed Shamim - Be Mine


I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more
And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more...
Christina Perri - A Thousand Years


I love you ♥
Tatatititutu... :)

Lots of love,


Wahhh!!! Panjangnya entry! Lama gila menaip. Sakit pinggang.
Allahuakbar! Tidoq weh tidooqqq!!! Empat setengah pagi dah weh! Astaghfirullahala'zim...

Masa awak baca ni, saya mungkin tengah jawab exam. Tolong doakan segalanya yang terbaik untuk saya okey! Saya harap boleh jawab dengan baik semua paper and dapat result bagus. Dekan perhaps. InsyaAllah! Hee ^^
Doakan saya!


For those you guys out there yang TERsengaja baca entry ni... Ya, dia boyfriend saya.
Oh, saya tahu kadang-kadang I can be a lil bit annoying. I admit :)
Sekian, terima kasih.