IT'S FRIDAY!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)
Surah al-Kahfi

Please click link on the caption untuk baca surah al-Kahfi secara online.
Berikut adalah beberapa fadhilat ataupun kelebihan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.


 Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”  

(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)


 Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” 

(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)


♦ Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” 

(HR Muslim 809)


Kesimpulannya, terdapat banyak sangat fadhilat membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat khususnya. Maka, jom kita sama-sama tarbiah diri untuk mulakan hari ini dan istiqamah mengamalkannya. Dengan harapan pahala dapat, iman bertambah. Bagus kan! :)



Maaf jika terdapat sebarang kesalahan mahupun kekurangan. Sebarang ulasan dan teguran membina, sila berbuat demikian di ruangan komen. Terima kasih!

Wallahu'alam..
Assaalamualaikum ♥

No comments:

Post a Comment

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥