ONE YEAR

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamulaikum. Hello :)

Am waiting for creating this super duper special entry for sooooo long! Suka sangat berangan kannn... What can I do! :D
And finally, here you go sayang.
This one's for you. Just you ♥

(This is an auto post. I'm writing this right now - 28/03/2013 11:32 PM because I may not have much time since I'm currently undergoing my final examination. Well, today's paper sucks! Just hoping for the best till the very end. InsyaAllah, amin! Please pray for me! )
*Ni dah salah entry dah nihh, hahahaha :DD


Dear awak,

If we're still together, today will be the very special day. Setahun dah! Alhamdulillah... :')

♦ Click to enlarge the photo for a clearer view of my calendar entries on the phone and take a closer look at 'Lovey Dovey <3' which means our first anniversary ♦

But unfortunately, I'm confused about our status. It was too confusing dah lama dah. It's been awhile kan, since you stopped contact me. Almost sebulan or sebulan lebih dah as I remember the very last time we're texting.. Haihh... (._.)

What is wrong sebenar-benarnya tiada yang lebih benar melainkan yang benar-benar benar? Saya tak faham apa sebabnya. Saya tak tau di mana silapnya. You should explain it to me, make it clear. Berdiam diri menyepi tak tahu-menahu langsung khabar berita, bukan ini caranya... Bukan. :'(

♦ Tak jemu-jemu sampai sekarang still tunggu kot kot akan ada satu mesej masuk tertera nama Fùäd ♦

Sangat sangat sangat sedih as we couldn't make it, I mean in this relationship.
I'm missing you a lot. I cried so many tears for being abandoned by you. Even masa girls' chit chat dengan kawan pasal awak and benda ni pun, air mata saya boleh mengalir tak segan silu depan dia. Tengok gambar awak pun tak boleh, terus sayu rasa hati. Tambah parah, bila kena selalu berdepan dengan that one guy coursemate kat sini yang muka seiras awak tu. Susah betul nak hadap bila time lecture yang kena gabung kelas dengan kelas dia tu. Dalam dewan exam pun sama! Three more papers to go. Allah... Semoga Allah terus kurniakan kekuatan untuk saya tempuh semua ni. Amin.

The one and only thing that I really very extremely sentap was being removed by you from your friend list on facebook. Satu lagi perkara daebak. Daebak lah sangaattt.... Sangat sedih lagi.
Kenapa awak add balik? Confused. Lagi.

♦ Di sebalik senyum dan tawa, tak siapa sedar dan tahu seribu satu rahsia kesedihan yang tersimpan rapi jauh di sudut hati ♦

It has been nearly one year. We're already getting closer towards today - 01/04/2013. Very close. Macam mana saya tak sedih gila!!!
Plus, I feel ralat sangat sebab bukan senang Mama nak tahu a very sensitive part macam gini. Seriously. And what's best is dia tak marah! Weh, ini baru betul daebak okey! Sangat.


 Look back 1 

Me : Mama, kaklong kan, ada boyfriend. Sama-sama belajar dengan dia. Untunglahh sama-sama engineer jugak!
Mama : Mana tau?
Me : Facebook lah, of course! Apa ke lagi. Hehehe
=Beri laluan kepada suasana sepi seketika=
Mama : Aqilah tak ada boyfriend ke?
=Sentap dan mula berfikir separa rasional=
Me : Mama nak Qilah jawab jujur ke tipu?
Mama : Dah kenapa nak tipu pulak!
Me : Okey. Kalau jawab jujur, ada lah. Ada. Hee =.="
=Kantoi!=
Mama : Kawan satu UiTM ke?
Me : Eh, taklah. Dia belajar kat IKM. Ambil engineering jugak. Tapi dia baru buat sijil je. Dan tapi jangan risau, ma. Qilah sentiasa encourage dia terus belajar lagi tinggi.
Mama : Macam mana boleh kenal?
Me : Sekolah. Qilah kawan dengan dia daripada sekolah lagi. Masa tu form three.
Mama : Kawan elok-elok. Jaga batas-batas pergaulan semua. Yang penting, sembahyang cukup! Tak merokok! Merokok tak?
Me : Tak! Semua kriteria dah teliti awal-awal dah. InsyaAllah okey.
=Eh, I thought Mama nak marah or start nagging tadi! :D=

We ended up the conversation macam tu je. Tak ingat sangat the real conversation macam mana. Lebih kurang gitu lah erh. That's the story of look back satu :)


 Look back 2 

It's Hari Raya if I'm not mistaken masa hari kejadian. Mama tengok gambar kat phone. Semua gambar. Semuanya. Dan bila Mama bagi balik phone, pelik juga. Kenapa lama sangat. Bukan ke orang nak tunjuk kat mama satu gambar je tadi? Okey... Hmm, musykil ni. Musykil =/

Me : Mama tengok apa? Semua ke??
Mama : Kenapa? Ada gambar yang Mama tak boleh tengok ke?
Me : Tak ada lah, Qilah tanya je. Jadi, Mama tengoklah gambar dia?
=Nasib baik rasa selamat sikit sebab Mama memang dah tau=
Mama : Hmm, ada.. Yang pakai baju biru tu kan?
Me : Haah. Hee ^^
Mama : Okey lah tu, handsome!
Me : Hmmehhh.... ^w^
=Kembang semangkuk sat walaupun bukan diriku yang dipuji=

♦ Cu pernah cakap yang belakang tu pun handsome.
Cu, jangan salah orang okey. Yang depan tu buah hati kite tau! ♦



 Look back 3 

Me : Mama, tengoklah gambar Qilah present DA pakai blazer. Cantik tak! Hee ^^
=Phone beralih tangan=
Cu : Cu nak tengok jugak!
Me : Ye, nanti lah kejap. Sabaq sabaq.

=Turn cu, sampai satu gambaq tanpa disangka-sangka...=

Cu : Ni siapa?
Me : Ha??? Itulah dia. Fuad lah.
Cu : Owhh..
=Sengaja alih pandangan pada tv, mengumpul kekuatan, tahan sebak=
Me : Dah tak ada apa-apa dah kot, cu.
Cu : Pulak dah?!!!
=Terkejut tetibe dijerkah sedemikian rupa dan Mama tiba-tiba bersuara=
Mama : Kenapa? Dah ada girlfriend lain ke?
Me : Hah? Hmm.. Entahlah, ma. Ada lah kot. Dah nak dekat sebulan dah, senyap je tak contact langsung pun. Call tak angkat, messages tak reply. Tak declare pun break up ke apa ke. Tak tau lah dia tu.
Mama : Takpe lah. Belajar je lah dulu. Nanti dah kerja semua mesti sampai jugak masanya.

Tak ingat sangat the real conversation macam mana. Lebih kurang macam tu lah.
Seriously, tak sangka Mama nak jadi se-sporting itu, dengan nasihat dan kata-kata semangatnya. Mungkin faktor umur saya yang dah matured enough to talk about all these kind of stuffs kot. Perhaps. Thank you, Mama! :')



Saya cuma tinggal seribu lebih messages awak yang saya suka ulang-ulang baca bila saya rindu awak. Lepas tu senyum sorang-sorang, kadang-kadang tergelak sendiri. Lepas tu tak pasal TERmenangis.
Saya cuma boleh tengok gambar-gambar awak yang ada dalam simpanan saya sampai lama-kelamaan hanya mampu pandang kosong dan tak sedar air mata dah mengalir.
Saya cuba sebaik mungkin untuk tak bagi semua kenangan dengan awak hilang, terutamanya suara awak bila awak call and bila awak main gitar nyanyi untuk saya.
Saya hanya mampu stalk facebook awak setiap kali online dan tak tahu sama ada perlu atau tak confirm friend request awak. Untuk apa add kalau hakikatnya, realitinya, awak tak ada pun nak contact saya.
Saya rasa saya dah cukup kuat, tapi ada masanya saya tetap menangis sebab dah tak larat lagi simpan rasa sedih sorang-sorang.
Saya dapat deliver apa yang saya rasa melalui tulisan je. Surat yang tak diposkan, status updates kat wall facebook, buat entries kat blog macam apa yang saya tengah karang sekarang ni. Hanya sekadar itu yang mampu. And now I'm crying while typing. It's 3:45 AM in the morning.

Saya tak text awak sebab saya tunggu awak. Tolonglah faham... :'(


Dan yang paling penting, saya masih ada Dia yang Maha Esa untuk saya pohon apa saja yang terbaik for me and ours. Ada Mama Ayah yang sentiasa jadi penguat semangat, tulang belakang bagi apa jua yang saya lakukan. Ada family and kawan kawan yang masih setia bagi full support dari semua segi. Saya tak pernah lupa walaupun awak tak ada, saya masih ada mereka. Alhamdulillah... :')

Last but not least, anggaplah this entry is a gift from me in conjunction with a year of our relationship (andai masih wujud lagi dan seandainya awak baca entry ni).

Saya minta maaf sangat sangat sangat kalau betul saya lah yang salah sampai kita jadi macam ni.
Saya harap jodoh antara kita masih ada. InsyaAllah, amin.

The thing is...
I really want you to know
that I still love you and I always do.
Can't stop thinking bout you all the time.
Hoping for ever-lasting relationship till Jannah. InsyaAllah. Amin.


Sayangku
jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang
tak mungkin hilang cintaku padamu...
Yunalis Zarai - Terukir di Bintang


Lemme tell you that I love you
and I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come go through with me
Lemme tell you that I miss you
and I never wanna loose you
You're my heart baby
My life is incomplete without you...
Tasha Manshahar feat. Syed Shamim - Be Mine


I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more
And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more...
Christina Perri - A Thousand Years


I love you ♥
Tatatititutu... :)

Lots of love,


Wahhh!!! Panjangnya entry! Lama gila menaip. Sakit pinggang.
Allahuakbar! Tidoq weh tidooqqq!!! Empat setengah pagi dah weh! Astaghfirullahala'zim...

Masa awak baca ni, saya mungkin tengah jawab exam. Tolong doakan segalanya yang terbaik untuk saya okey! Saya harap boleh jawab dengan baik semua paper and dapat result bagus. Dekan perhaps. InsyaAllah! Hee ^^
Doakan saya!


For those you guys out there yang TERsengaja baca entry ni... Ya, dia boyfriend saya.
Oh, saya tahu kadang-kadang I can be a lil bit annoying. I admit :)
Sekian, terima kasih.