BRACES | FIRST APPOINTMENT

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)
FIRST APPOINTMENT

Baca ni dulu tau! LINK :)
Ayah Mama bawak aku buat braces kat Klinik Pergigian Maheran, Manjung, Perak. Buat dengan suami Dr. Maheran, namanya Dr. Hassan. Very friendly and sempoi sangat orangnya! Hehe ;)

Ini ada saya sertakan info Klinik Pergigian Maheran untuk yang duduk area sini :-
Klinik Pergigian Maheran
No 2418 Taman Samudera
32040 Seri Manjung
Perak.

First thing first, pembantu klinik yang jaga kaunter tu explain briefly pasal braces and cabut gigi and everything. Then, she showed us the package available untuk buat braces. According to her, normally people will prefer the metal braces. Normally lah. Kalau ada duit lebih dan berkemampuan untuk buat transparent punya pun boleh. For me, it's more economical kalau buat yang metal braces biasa saja. Boleh main warna nanti kan! Berangan. Package of metal braces yang aku punya ni RM4,050. Braces SAHAJA okey, not including other treatments.

Perasaan aku berbaur. Excited, nervous... Kebetulan masa tu ada seorang kakak ni, patient juga. She's wearing braces. Mama cakap, "Tu akak tu pakai braces, tanyalah dia apa nak tanya". Aku pun borak lah dengan kakak terlupa nak tanya nama tu. Kakak tu dah pakai braces dua tahun and nak dekat bukak dah pun. Katanya sakit sangat dalam tiga empat bulan juga. Nak makan maggi pun tak boleh! Buah anggur yang dah dipotong kecil-kecil pun susah nak makan. Makan bubur je lah. Telan air liur lah juga aku dengar. Pasrah! Fairuz Aqilah kuat! Tak henti berdoa pada Allah, mohon diringankan segala rasa sakit. Aku pun dah nak mulakan perjalanan ni. Jadi, terimalah segalanya. InsyaAllah, percaya pada Allah! :')

Masa masuk jumpa doctor, Dr. Hassan check gigi aku tengok condition gigi macam mana. Aku first time kot buat treatment kat klinik gigi macam ni! 'Peghak' lah juga dengan kerusi gerak gerak tu. HAHA♥
Doctor check, dia cakap aku ada dua batang gigi susu yang belum cabut lagi. Gigi susu? Seriously? I'm twenty years old this year tau, gigi susu ada lagi? Allah! Doctor kata tak apa, kita ambil x-ray dulu tengok macam mana. Sama ada gigi kekal ada tak kat dalam gusi tu, tak keluar lagi. Harap-harap tak ada. Kalau ada, susah sikit lah. Sebab doctor cakap gigi taring ni lain macam sikit. Ibarat gangster la dalam mulut kita. Hehe.. Tapi takpe, kita cuba cari jalan lain. Ambil x-ray dulu tengok macam mana. And then, Dr. Hassan suruh assistant dia ambilkan x-ray.

Agak mengejutkan bila an unexpected result of the x-ray showed that gigi taring yang kekal masih ada duduk dalam gusi, tak keluar lagi. Can you imagine? Ayah, Mama and me myself of course sangat terkejut. Dr. Hassan told us that I've to undergo a surgery untuk buang gigi kekal yang tak keluar tu. And as well as gigi susu jugak. Oh my God! Aku pun terus jadi berbelah-bagi. Padahal previously, semangat dah berkobar-kobar dah! Runtun pula hati rasanya. Risau juga dengar surgery surgery ni. Dr. Hassan kata sama ada nak biar je gigi macam ni sampai bila-bila kalau tak buat surgery. Cuma nanti nak kerja ke apa, nak jumpa orang, appearance tu penting. And you know what? Aku menangis terus! Berambu ayaq mata tang tu jugak depan depan doctor tu habaq hang. Sensitif sungguh lah kalau cakap bab-bab macam ni. Sedih! Tapi tu lah, kalau tak buang gigi tu pun ada risiko juga. Tiba masa gigi kekal tu nak mengamuk! Dia nak keluar tak boleh, habis gigi di bawahnya nanti mati akarnya. Lagi teruk nanti. Lain pula jadinya. Option lagi satu, buat surgery. Buang dulu gigi taring kekal yang kat dalam gusi tu and then only proceed pasang braces. So, doctor nasihatkan lebih elok kalau buat surgery je. Dia pun ada kenal doctor yang boleh buat kerja lembut je kalau bab bab surgery ni. Memang bidang dia. Klinik tu dekat je dengan Klinik Maheran.

Persiapkan diri. Gain confidence level untuk tempuh surgery. Doa banyak-banyak mohon Allah permudahkan segalanya dan ringankan rasa sakitnya. Harap Allah kuatkan diri aku ni. Amin...

To be continued...
Nanti I'll update this entry dengan gambar okey.

Till then! ♥

7 comments:

  1. yeayy!! kita geng. sep sep! :D

    ReplyDelete
  2. ngeri pulak bc..huhu seriu sikit bab gigi..ada plan nk psg braces gak tp..hukhuk tgk la cmna..btw, hope everything ok ye..^^

    ReplyDelete
  3. thank tau @Mime MF! insyaAllah, I'll update from time to time.. boleh baca nanti buat panduan. tapi kes setiap orang berbeza. it depends. segelintir orang je TERkena macam saya ni. kuasa Allah! :)

    ReplyDelete
  4. part-2 macam tu lah takut . tapi farah memang nak pakai braces ni . bytw duduk kat perak eh ?

    ReplyDelete
  5. @Farah Arina: haah, duduk perak. tak payah takut sangat, saya ni special case. hehe :)

    ReplyDelete
  6. Sy pun mcm tuh.. ni tak tahu nak bedah kat mne. Doctor suggest prgi jmpe pakar dkt hospital. Hmm sedih

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥