BRACES | INTRODUCTION OF MY STORY

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Ini entry pertama tentang liku-liku sepanjang proses saya nak pakai braces. I hope this personal sharing dapat memanfaatkan those yang dilemma nak pakai braces. Dan ini juga sebagai kenang-kenangan untuk saya baca balik ala ala flashback gitu in future kan! :D


 INTRODUCTION 

Aku dah lama sangat berhajat nak pakai braces disebabkan keadaan gigi aku yang berlapis, tak teratur dan bersimpang siur. Really embarrassing! Aku banyaaaakkkk sangat sangat sangat browse on the internet untuk dapatkan sebanyak mungkin info pasal braces. Like seriously sangat banyak, okey. I'm not kidding. Aku suarakan pendapat ni pada Mama and she's totally against it. But since dah start semester break and the most important thing, I'm ready for it. I repeat, I'M READY FOR IT! So, why not I just go for it? Kemukakan hujah-hujah with relevant points kat Mama. Sampai menangis-nangis, lari masuk bilik. Kenapa? Kerana diri sendiri dah tak boleh tahan lagi dengan kata-kata berbaur kutukan orang sekeliling termasuk ahli keluarga. Kerana pandangan mata orang yang sering tertumpu pada barisan gigi aku yang tak teratur ni. Kerana walaupun aku malu, aku tetap kuatkan semangat, aku perlukan keyakinan diri yang tinggi dari segi first impression orang terhadap aku, especially orang baru. Kerana aku dah tak boleh tahan lagi dengan semuanya! I'm sick of all those dari kecik sampai besar. Sampai bila? So, kali ini aku nekad sehabis nekad. Sakit tak sakit belakang kira. Sampai macam tu sekali okey. Yes, I admit mungkin memang sakit (berdasarkan research yang aku buat). But, no pain no gain kan? Kata nak fix the problem of gigi berlapis tak teratur bersimpang-siur ni. Pengorbanan mesti ada.

Keseriusan aku mungkin membuka sedikit mata dan hati Mama untuk bertanyakan pendapat Ayah pula. Ayah kata, "Kalau dah dia nak tak apa lah, dia yang nak rasa sakit nanti". See? Daddy kite senang je. Nak buat, buat. Sakit sendiri yang tanggung, bukan orang lain.

At the end, aku berpeluang juga mulakan langkah baru meniti proses-proses untuk buat braces dengan persetujuan Mama dan Ayah. And of course, me myself. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan jalan yang aku pilih untuk mulakan ni. Aku pohonkan juga keringanan akan rasa sakit yang bakal ditanggung. Amin... :')

With love,

5 comments:

  1. hana pun nak buat braces ni. sebab gigi hana ada 2 taring. mcm pontianak. hehe tapi comel la..*nak gak puji diri sendiri. family hana ok tapi duit sendiri. skrang tengah nak kumpul duit.

    hana ada survey2 gak tapi hana xtau samada harga buat braces ni mengikut kelemahan gigi kita or semua gigi sama harga.huhu

    nanti bila dah buat braces bgtau ek

    ReplyDelete
  2. cik kumbang pernah rasa apa yang aqilah rasa,geram sedih down semua ada bila org sekeliling ckp mcm tu especially family kita kan.

    kesabaran yang tggi amatlah diperlukan semasa proses pemakaian braces ni
    3bulan pertama memang sakit gilos kot kekeke

    well no pain no gain right?

    makan bubur je kot masa mula2 pakai sob3~
    keep update about braces ye :)

    ReplyDelete
  3. @hana hadi: owh, ye ke.. hehe.. buatlah bila ada rezeki lebih sikit, insyaAllah harga tak mahal sangat kot.. cubalah survey kat area tempat tinggal hana dulu tengok macam mana.. :)

    @cik kumbang: sakit erh? tu la, ramai sangat dah orang kata sakit.. insyaAllah, kuatkan semangat! tabah.. hehe ;)
    i'll update from time to time, insyaAllah cik kumbang. :)

    ReplyDelete
  4. assalam,

    salam kenal dari bunda

    ReplyDelete
  5. @Bunda a.k.a KN: wassalam... salam ukhuwah, bunda! :)

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥