FAKTA TENTANG UBAN

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Apa khabar bloggers?
Satu entry yang agak formal gaya bahasanya tapi santai kot kali ni! Saya nak kongsi tentang beberapa fakta mengenai uban. Mustahil tak tahu! Rambut putih macam rambut orang tua-tua selalu tu kan. Hey! Jangan kata orang tua je yang ada uban tau. Segelintir golongan muda-mudi pun ada yang dah beruban. Trust me. But no worries! There will be an interesting petua jugak yang I found it's pretty easy to do at home. Hehe :)


Here I have some facts about uban.

Rambut beruban boleh terjadi disebabkan beberapa faktor seperti berikut:-

  • Usia. Biasanya, perubahan warna rambut terhasil apabila usia seseorang meningkat. Berdasarkan hasil kajian The Journal of Investigative Dermatology yang dibentangkan pada tahun 2005 mendapati bahawa orang Asia mengalami rambut beruban pada usia empat puluh tahun.
  • Lack of vitamin B12. Kekurangan vitamin B12 menyebabkan pembentukan melanin berkurang. Perubahan warna rambut berlaku apabila melanin berhenti dihasilkan pada akar rambut. This will cause rambut seterusnya muncul atau tumbuh tanpa pigment melanin. Wanita mengandung lebih cenderung mengalami masalah ini kerana mereka mudah kekurangan vitamin B12 dan juga zat besi dalam tubuh. Maka, kita boleh mengambil ikhtiar ambil supplement vitamin B12 terutamanya bagi kaum ibu-ibu mengandung untuk elak rambut cepat beruban.
  • Genetik. Dua jenis gen yang responsible in determining the hair colour of an individual are Bcl-2 and Bcl-w. Boleh rajin-rajin google sendiri untuk baca selanjutnya mengenai faktor ini. Aku pun pening setelah sekian lama meninggalkan subject Biology form four and form five.
  • Smokers. For those smokers out there, anda berisiko untuk alami masalah rambut beruban empat kali lebih cepat menurut kajian J.G. Mosley di British Medical Journey (1996). Empat kali lebih cepat, okey! See? Smoking is absolutely a bad habit with many negative side effects too! Katakan "Tak Nak"!

Selain daripada faktor-faktor tadi, saya tertarik dengan salah satu daripada banyak-banyak ungkapan para ulama tentang uban ni.


وَقِيلَ لِعَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ مَرْوَانَ : عَجِلَ عَلَيْك الشيب ، فَقَالَ : كَيْفَ لَا يَعْجَلُ ، وَأَنَا أَعْرِضُ 

عَقْلِي عَلَى النَّاسِ فِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ ؟

Ketika ditanya kepada Abdul Malik Bin Marwan: Begitu cepat tumbuh uban di kepala anda? Beliau menjawab; "Bagaimana tidak cepat, setiap hari Jumaat satu atau dua kali aku harus mengajukan akalku untuk manusia".

Ternyata, banyak berfikir pun boleh jadi salah satu faktor yang menyebabkan tumbuh uban di kepala. No wonder lah orang tua-tua pun selalu sebut kalau beruban tu maknanya kuat berfikir, kan? :D


Here's the petua!

One of the tips that we can try at home untuk elakkan rambut beruban adalah seperti berikut:-

Bahan-bahan
Asam jawa
Santan kelapa

Cara-cara
Bancuh air asam jawa pekat.
Campurkan bancuhan air asam jawa dengan santan kelapa.
Sapukan pada kulit kepala dan biarkan sebentar sehingga kering.
Bilas dengan air bersih.

Kalau dibiarkan lebih lama, lagi bagus. Seelok-eloknya, amalkan petua ni setiap pagi sebelum mandi. Jangan lupa baca bismillah dan selawat Nabi tiga kali. InsyaAllah, kita ikhtiar walaupun belum ada uban kan... :)


That is all of my sharing today. Hopefully, this will be very beneficial to all of us, okay? Kita try sama-sama petua ni kat rumah, senang aje. Annyeong! ;)

Lots of love,

1 comment:

  1. jemput join...

    http://cleopatrachentaamira.blogspot.com/2013/04/chantique-de-mata-beauty-contest.html

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥