BRACES | FIRST SURGERY PART II

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Bagi yang blur ni pasal apa. Ini entry tentang pengalaman saya yang baru pakai braces. Antara cabaran yang saya lalui dalam proses nak pakai braces, saya kongsikan kat sini.
Klik SINI untuk tahu cerita selanjutnya! :)


Hari kedua (30/04/2013)
Mulanya darah masih ada pada tempat jahit gigi sebelah yang cabut tu. Dan sakitnya pun lebih tertumpu kat situ. Mungkin jahitannya kuat sangat. Lama-lama, darah pun hilang sendiri dan tak perlu dah nak gigit gauge lagi. Dah mampu kunyah makanan, tapi guna sebelah kiri yang elok tanpa sebarang surgery atau apa-apa. Alhamdulillah, selera makan macam biasa walaupun tak boleh makan seperti kebiasaannya. :(
Tahap kesakitan masih lagi tiga setengah per sepuluh atau empat per sepuluh la kot, sebab sakit kat tempat jahit yang ketat celah gigi tu punya pasal! Allah...

Hari ketiga (01/05/2013)
Alhamdulillah, dah boleh makan cucur jagung! Potong kecil-kecil, kunyah perlahan-lahan gunakan sebelah kiri. Luka pun macam dah beransur pulih, alhamdulillah... Cuma, muka belah kanan still bengkak. Kalau aku chubby sikit, macam ni lah kot ghupenye. Tapi ini sebelah kanan je yang chubby! Hehe..

Hari keempat (02/05/2013)
Dah jemu sangat sangat makan bubur je... Tak lalu dah bubur! Makan roti cicah hot chocolate takpun air soya kotak. Tapi kena minum dalam cawan macam biasa, tak boleh guna straw. Pembantu klinik tu cakap kalau minum guna straw akan tambah lagi tekanan. Nanti luka tu lambat sembuh. Oh ye? Baru tau... :D

Seminggu kemudian...
Appointment untuk buka benang. Masa buka benang and lepas tu, sakit sikit. Ye lah, sebab gusi yang dah mula sembuh, tiba-tiba kita kacau pula jahitan yang dah melekat tu kan. So, sakit sikit. Tapi sekejap saja sakitnya tu. Setengah jam macam tu, dah elok. Banyakkan berkumur untuk hilangkan darah. Then, dah boleh makan macam biasa. Boleh makan nasi, McD double cheese burger, spaghetti, kuetiau.. Semuanya aku bedal! Hahaha... Hujung minggu, buat second surgery pula. Ya Allah, terus kuatkan Fairuz Aqilah! Amin amin amin...


Second surgery entry awaiting. Till then!
Assalamualaikum.

Loved,

2 comments:

  1. wah wah wah...
    banyak betul die makan ye... hehe...

    ReplyDelete
  2. eh, mesti! sekarang dah pakai braces, takde makna nak makan sungguh-sungguh lagi dah... :(

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥