BRACES | FIRST SURGERY

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

This entry is the continuation from the previous one LINK.

 FIRST SURGERY
____ 29/04/13

Appointment pukul 5:30 PM di Klinik Pergigian Fairuz (nama sama) untuk buat surgery. Start surgery pukul enam lebih. Mama Ayah masuk masa mula Dr. Suhaimi terangkan procedures apa semua je. Dr. Suhaimi ni suami kepada Dr. Fairuz. Memang dia kira pakar dental surgery paling dekat kat sini lah, Dr. Hassan kata. Masa surgery tu, tak ada temankan aku pun. Tak sanggup tengok anak tunggal ni hadapi semua tu kot. Sayang anak kan, mestilah! :')

Bermula je surgery, allahuakbar! Terus kumpulkan kekuatan yang sedia ada, tak henti-henti berzikir dalam hati, selawat, baca Ayat Qursi. Dr. Suhaimi mula cucuk ubat kebas. Jarumnya kita tak recognize sangat pun itu jarum sebab apparatus dia rupa semua lebih kurang saja, macam yang kita selalu tengok kalau masa check gigi tu? Sakit sikiittt aje masa cucuk ubat kebas. Beberapa minit kemudian, start terasa bibir besar macam Angelina Jolie, and then mulut rasa senget tak boleh tutup. Hidung pun tak terasa macam ada hidung. Penangan ubat kebas kan, gitu lah.

The surgery was quite horrible, especially masa drilling. Doctor cakap siap-siap, "Sekarang saya nak buat drilling, akan rasa tekanan saja ya. Bunyi benda ni dia kuat sikit macam tampal gigi tu". Aku memang blur habis, pasal seumur hidup memang tak pernah cabut gigi, tampal gigi, atau buat apa-apa treatment seumpamanya kat klinik gigi. Memang tak pernah, babe! Harap yang nurse datang check gigi kat sekolah tu je lah! Itu pun mana pernah aku kena cabut gigi atau tampal =.="

Then, drilling pun start... Dia nak korek bawak keluaq gigi taring kekal yang melintang tu kan. Panjang! Doctor bahagikan pada empat bahagian, buang sikit demi sikit. Masa dia buat drilling tu, memang dok telan darah je lah. Allah... Waktu doctor kata, "Ini saya buat drilling ni, dia ada rasa tekanan sikit ya. Tekanan saja". Terasa lah dia dengan tekan tekan, paksa gigi keluar. Time drilling tu, Allah!!! Tak tahan rasa ngilu bunyi alat drilling tu. Ngilu dia sampai tangkap ke kepala! Kuatnya, Ya Allah! Ubat kebas ni pun kiranya sangat kuat lah kan, sebab tak terasa sakit langsung. Agaknya, drilling ni dibuat untuk pisahkan gigi dengan gusi kot. Sebab terasa baaanyaaakkkk sangat sangat sangat darah, memang dok telan darah sesaja! Walaupun Dr. Fairuz (isteri Dr. Suhaimi) sebagai pembantu, sentiasa dengan penyedut air liur dan darah. Aku still juga telan darah banyak. Subhanallah, alhamdulillah, lailahaillallah, allahuakbar... Tak putus-putus aku berzikir dalam hati sambil berdoa pada Allah, mohon diringankan rasa sakit yang nak ditanggung. And I'm sure, Mama Ayah kat luar pun mesti tak henti doakan aku.

Bila dah selesai gigi kekal tu dikeluarkan, dia cabut gigi susu pula. Sekejap sangat, tak sampai seminit dah cabut gigi susu tu. Hehe.. Masa luka dijahit, memang aku pejam mata je sampai habis! Tak rela nak tengok, tak sanggup! Takut tahap ketabahan berkurang pula nanti. Doctor cakap je, "Okey, gigi semua dah keluar. Sekarang saya nak jahit ya". Spontan, terus aku pejamkan mata cepat cepat! Allah... Terasa lah benang bergerak-gerak atas bibir. Dia buat apa pun aku tak rasa sebab ubat kebas still effective kan. Tapi masa jahitan yang last last tu, tiba-tiba aku terasa sakit pula. "Adoi" lah sekejap. Tak sakit sangat, cuma terasa lah juga. Then, doctor tanya kat mana sakit, sambil dia sentuh tempat yang mungkin dirasakan sakit. Dah detect kat mana, doctor tarok ubat kebas lagi sikit. Katanya, "Saya tambah ubat kebas sikit lagi ya, dia ada rasa tekanan sikit". Aku pun sabar dan redha je lah. Terus berzikir, tawakkal sepenuhnya pada Allah sebagai pelindung. Sakitnya macam masa cucuk ubat kebas kat lelangit tu juga. Agak sakit sikit rasanya daripada cucuk kat gusi. Tapi tak ada apa sangat pun, alhamdulillah. Okey je, boleh tahan lagi sakitnya tu. Mata aku masih juga dipejam, tak nak buka mata tak kira apa pun selagi tak habis jahit.

Everything was settled around 7:30 PM. Alhamdulillah... Lega rasanya. Ini baru lega sebab dah habis surgery sebelah kanan, kiri belum lagi tau! Nantikan, jeng jeng jeng... :D

Dr. Suhaimi ajar macam mana nak letak gauge tu, then panggil Mama Ayah masuk. Muka Mama lah paling nampak sekali kerisauan yang melampau. The doctor showed us my gigi, both yang kekal and gigi susu. Panjang kemain akar gigi kekal tu tau! Siap giginya kena bahagi empat untuk dikeluarkan. Patutlah masa drilling tu menyeksakan! Gigi susu pula kecil aje. Doctor kata ubat kebas tu akan mula hilang dalam masa setengah jam ke sejam. Ambil ubat kat kounter depan, terus makan ubat tahan sakit tu ikut pesan doctor.

Dalam kereta, dah separuh jalan. Gusi macam dah start nak rasa sakit. Maybe tahap effective ubat kebas tu dah slowly berkurangan. Sepanjang perjalanan balik rumah, aku dok tahan ayaq lioq meleleh guna sapu tangan. Sampai basah habis sapu tangan aku tu.

Sampai rumah 8:20 PM, masing-masing kelam kabut sembahyang Maghrib dulu. Aku ni, susah juga lah sebab darah banyak sangat. Mama suruh sembahyang duduk. Usai solat Maghrib, Ayah suruh mandi cepat sementara ubat kebas tu belum hilang lagi. Mandi lah macam biasa, cuma jangan buka mulut sebab doctor pesan mula-mula ni jangan kumur sangat. Esoknya, baru boleh kalau nak cuci gigi ke apa. Ikutkan saja, dia kan doctor! Dah mandi, terus ambil air sembahyang untuk sembahyang Isyak. Mama masak baby porridge, sebab memang dah request awal-awal daripada minggu sebelumnya lagi. Makan sambil tengok Masterchef. Makan la guna sudu kecil plastik, masukkan sampai tekak then telan terus. Ubat makan semua, tiada yang terkecuali. Gigit gauge balik, baring tengok TV.

Kebetulan pula time tu ada tayang cerita Melayu lama Laksamana Do Re Mi. Lawak kan! Nak gelak, tapi control gelak sikit-sikit je, tahan. Mama dah warning, "Jangan nak gelak-gelak sangat, otot otot tu semua baru lagi". Ye lah, Mama Ayah daripada kat klinik lagi dah pesan jangan cakap banyak sangat. Alhamdulillah, setakat pukul 11:30 PM masih tak terasa lagi sakit yang melampau. Tahap kesakitan, tiga setengah per sepuluh kot. Hehe.. Malam tu, Mama pula yang tak lena tidur! I okey je... Hahah! Harap Allah terus ringankan rasa sakit ni dan cepat sembuhkannya. Cepat baik, cepat boleh  proceed dengan next surgery, cepat dapat pakai braces! :)
InsyaAllah, put 100% trust in Allah. Then, everything's gonna be alright, insyaAllah, amin amin amin ya Rabb! ♥

Yours sincerely,

3 comments:

  1. 54 Pemenang GA dicari ^^ JOM RAMAI RAMAI JOIN DAN MEMERIAHKAN GIVEAWAY NIE ^^


    http://leprecious-nineplus-two.blogspot.com/2013/05/first-giveaway-by-nurin-aireen-ieyra_24.html

    ReplyDelete
  2. @Raydah potpet: hehe.. takut tu mesti ada, mustahil tak takut langsung. tapi alhamdulillah, semua dah tempuh. :)

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥