PUASA BULAN RAJAB

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

It's Friday again! Have you read al-Kahfi? Just a reminder for you every Jumaat. ♥

Kita sekarang dah berada dalam bulan Rajab. Tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan kan. Mesti ramai yang berpuasa sunat mahupun puasa qadha' sekarang kan? Saya pun tak ketinggalan. Turut sama berusaha meraih kemanisan iman dan pahala, insyaAllah! :')
Apa kata kita tengok serba-sedikit tentang hikmah berpuasa pada bulan Rajab.



Hadis Rasulullah SAW

Maksudnya: Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rajab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu; barangsiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rajab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu.

(Riwayat Bukhari & Muslim)


Riwayat al-Thabrani dari Sa'id bin Rasyid

"Barangsiapa yang berpuasa sehari di bulan Rajab maka laksana ia seperti puasa setahun, bila berpuasa tujuh hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam, bila berpuasa lapan hari dibukakan untuknya lapan pintu Syurga, apabila puasa sepuluh hari Allah akan memakbulkan segala permintaannya".



Oleh itu, marilah kita sama-sama mengimarahkan bulan Rajab ini dengan berpuasa sunat lillahita'ala... InsyaAllah! :)

With love,

2 comments:

  1. alhamdulillah... memang ramai yang pilih bulan rejab untuk berpuasa sunat.. ;)

    ReplyDelete
  2. tu lah, lebih kurang macam latihan atau persediaan untuk puasa bulan Ramadhan nanti.. :)

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥