BRACES | SEBULAN COUPLE!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Just a short update!
Alhamdulillah... Tanggal 29 Jun 2013, genap sebulan sudah Fairuz Aqilah couple dengan braces! Syukur sangat sangat sangat. Jangan nakal-nakal tauuu.... :')


That's all for now. Sorry for my lonnggg hiatus!
Till we meet again sooner or later.
Assalamualaikum ♥

With love,

BRACES | WHAT DO YOU NEED AT THE EARLY STAGE?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

It's about braces again!
Feel free to click HERE if you're interested and wanna know more about braces based on my own experiences! :) ♥

Okey, here I have something to share with you guys yang maybe baru nak pakai braces. Antara benda yang mesti mesti MESTI ada untuk newbie macam kita. Chiwah chiwah, ayaattt... :D

♦ Click picture to enlarge ♦

 Dental wax
Lilin kecil ni tampalkan saja pada bracket yang tajam tajam, especially yang ada hook. Sebabnya, bila bergesel dengan bahagian dalam bibir akan menyebabkan luka dan rasa sakit. Jadi, untuk lebih selesa dan tak rasa sakit... Awak tampalkan saja wax ni pada bracket yang tajam atau yang ada hook tu. Selesai masalah! :)
Oh! Dan dental wax ni hanya dentist saja yang provide. Kat farmasi atau Guardian tak ada (sebab aku dah try cari).

 Ulcer or pain-relieving gel
Gel ni sangat bagus untuk prevent ulcer atau luka akibat mulut belum boleh dapat adapt dengan jiran tetangga baru iaitu braces. Jenama apa pun tak kisah, boleh ask the pharmacist for their opinion sebab mereka lebih tahu kan. I would suggest, gunakan gel ni hanya bila dah start ada terluka sikit ataupun dah ada ulcer dalam mulut. 'Cause aku baca description kat dalam kotaknya, benda ni tak berapa bagus kalau amalkan selalu sebab boleh mendatangkan other side effects bila bahan yang terkandung di dalamnya serap secara kerap dan berlebihan ke dalam tubuh badan kita. Well, kalau dah rasa tak boleh tahan sangat baru sapu gel ni okey? Please use cotton buds instead of applying it using your bare hands. Kuman! :)

 Lip balm
It depends on you nak guna lip balm brand apa pun. But, I would prefer Vaseline sebab aku dah lama guna ni sejak zaman sekolah lagi. Aku memang tak boleh tinggal lip balm, mesti sentiasa nak kena pakai. Bagi aku yang memang ada masalah bibir kering, akan lebih mudah kering bila pakai braces. Entah kenapa! Lip balm sangat penting untuk make sure bibir tak kering. Sapuan yang kerap boleh membantu mendapatkan bibir yang sentiasa kelihatan segar dan rasa selesa. Chill! ♥

Semua ni pada peringkat permulaan pakai braces je. Manja manja lagi kannn... Dah lama-lama, we get used to it. Dah kental, tak payah risau dah. Okey je. Sementara nak biasa. Dan bila perlu, all those might be very useful! Make sure sentiasa ada dalam simpanan okey? :)

Sekian saja perkongsian saya. Pesanan saya, jangan benci braces! :D
Assalamualaikum.

MACARONI GORENG SIMPLE ALA FAIRUZ AQILAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Wah wah waahhh!!! Kebabombastik tau tajuk entry kali ni! Hehe :D
Harini nak share satu super duper simple recipe and yang penting sekali sedap. Haruslah! Kaannn...
Macaroni goreng ala saya ni dia kering kering sikit 'cause I'd loved to! Sangat simple sebab campak campak je semua, dah jadi... Tarraa! Lagipun, gunakan bahan apa yang ada kat rumah saja. Very simple. Plus, you can also add on anything you want to make it moreee tasty! Jom kita mulakan.


Bahan-bahan :-


Macaroni
Garlic spread
Cili kisar
Prego
Bawang besar
Tomato
Carrot
Daun sup
Daun bawang
Sosej*
Minyak
Garam
Gula
Serbuk perasa
Serbuk oregano

* Sosej boleh juga digantikan dengan daging cincang, ayam cincang, udang, sotong atau lain-lain yang bersesuaian.


Cara-cara :-
  1. Rebus macaroni dengan sedikit minyak masak dan secubit garam. Kemudian, toskan.
  2. Potong dadu bawang besar dan tomato.
  3. Potong kecil-kecil carrot, daun sup dan daun bawang. Boleh juga tambahkan batang saderi dan cendawan.
  4. Sosej dipotong mengikut cita rasa masing-masing. Boleh juga digantikan dengan daging cincang, ayam cincang, udang, sotong atau lain-lain.
  5. Panaskan kuali dan masukkan sesudu besar garlic spread diikuti dengan minyak masak untuk menumis. Garlic spread cepat hangus sama macam butter, jadi perlu segera tambahkan sedikit minyak. Kalau tak guna garlic spread, minyak masak saja pun boleh.
  6. Tumis bawang besar hingga naik bau dan agak-agak kekuningan.
  7. Masukkan satu sudu besar cili kisar. Tumis sampai naik minyak. Bagi yang sukakan pedas, nak bubuh cili kisar lebih pun no problem.
  8. Masukkan sosej, tomato dan carrot. Tunggu sekejap supaya sosej garing sikit.
  9. Masukkan prego ikut kuantiti macaroni banyak mana. Kalau ikut saya, saya suka kering sikit sebab baru terasa semua rencah tu salut each of the macaroni. Sedaappp! It depends. Kalau rasa nak basah sikit, nanti dah last last nanti boleh adjust lagi.
  10. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Secubit Maggi Cukup Rasa sebagai penambah perisa ya, tuan tuan dan puan puan.
  11. And then, goes in the macaroni. Perlahankan api, guna api yang kecil. Gaul rata.
  12. Adjust rasa masin, masam, manis dengan meng-adjust kuantiti garam, gula dan juga prego. Saya suka manis manis masam masam sikit. Ikutlah cita rasa masing-masing.
  13. Dah puas hati dari segi rasanya, akhir sekali baru masukkan sedikit serbuk oregano dan daun sup daun bawang. Gaul rata kesemuanya.
  14. Siap! Sedia untuk dihidang.


Beginilah hasilnya ya, tuan tuan dan puan puan yang saya kasihi sekalian. Saya ni tak ada lah pro sangat bab-bab masak memasak ni. Yang simple simple tu boleh la... Hehe :)

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!
Sekian, terima kasih. ♥

DUTCH LADY 0% FAT YOGHURT DRINK

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Tinggal beberapa hari saja lagi, aku dah nak masuk kampus balik. Tak puas cuti laagiii.... :(
Tak apa, semangat! Kerja kuat untuk semester depan, Fairuz Aqilah! Stay cute :)

Dalam kesibukan belajar tu, Dutch Lady yoghurt drink lah antara benda yang aku memang suka minum untuk ceriakan hati! Ayat apa ni... =.="
Tambahan lagi, Seri Iskandar ni kan panas! Selalunya, I'll crave for something sweet bila dah tak tahan panas sangat kan. Ice blended, ice-cream and stuffs like that would be great. Most of the time, aku suka sangat beli yoghurt drink ni after class. Sedap, refreshing, nutritious juga at the same time. All in one! Perisa yang best? Cranberry Blueberry, Strawberry Raspberry, Orange Mango. Yumm! Pink Guava pun boleh tahan sedaapp... :D


See? See? Tak tipu kannn... I tell you what, I memang peminat setia yoghurt drink ni. Dah terang lagi bersuluh. This super duper delicious yoghurt drink is rich with Calcium and also Vitamin A, C and E. What's more, minuman yogurt ni memang dihasilkan dengan jus buah sebenar. Itu yang sedap sangat tu! Hehe.. It also contains active live cultures that will enhance the absorption of nutrients, ensuring our digestive system stays healthy! Baik untuk penghadaman and thus preventing constipation. Plus, it's 25% less sugars tau! Bagus kan? Diet yang baik untuk diamalkan selain pemakanan yang seimbang. Daebak tak daebak benda ni. Nikmat sangat!

Dutch Lady 0% Fat Yoghurt Drink ni ada lagi perisa lain macam Pineapple Acai, Strawberry and Grape. But, I would prefer mix flavoured sebab rasa dia lebih sedap. Contohnya, aku tak suka sangat apa-apa pun yang perisa oren. Tapi yoghurt drink ni orange mango. Try beli, sedap lah pulaakkk! :D

Jom beli Dutch Lady 0% Fat Yoghurt Drink ni dan nikmati kesedapan-kesegaran-kebagusannya sama-sama! Pasti tak menyesal. Student macam saya ni mesti suka benda-benda daebak macam ni. Boleh enjoy and rasa fresh bila stress belajar. Kekeke...

Till then!
Assalamualaikum ♥

BRACES | GETTING BRACES PUT ON!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

 Wednesday
    29/05/2013

Finallyyyy!!!! :'D
Alhamdulillah, dah pakai braces pun. Yeayy! Alhamdulillah...

Dr. Hassan pasang braces sekerat jalan, cabut gigi bawah belah kiri pula. Then, sambung pasang braces balik. Hehe.. Saya pilih band warna purple dengan baby blue! Hehe.. Memang dah fikirkan awal-awal lagi. I just love the combination of those two colours. Tengok lah blog picisan saya ni pun kan? Hee :)

Sakit... Dah balik rumah, lepas sembahyang Maghrib semua... Sakit pun datang. Sakit tahap maximum mula menyerang! Rating sepuluh per sepuluh terus kali ni! Padu. Seriously, tak tipu. Memang sakit gila. Gila okey. Sangat sakit. Tak berhenti 'ber-adoi'. Allah... Sakit sangat sampaikan tak tahu dah yang cabut gigi ni sakit ke tidak kali ni. Pakai braces ni, sakitnya tu sampai my body cannot cope with the pain lagi dah. Jadi nak sakit sakit kepala dibuatnya! Allahuakbar...

Cepat-cepat makan, makan ubat tahan sakit. Dah tengok Kilauan Emas Musim Ke-3 Final (Okey fine, aku pun tengok Kilauan Emas. So what? I sokong Mior dengan Idris tau! Rock braderr menang, yeayy!) ralit-ralit, baru sedar sakitnya tu dah reda sikit. Maybe kesan daripada ubat tahan sakit tu and my body has started to adapt with the pain kot kannn... Alhamdulillah!

Gigi rasa macam dah mula bergerak lah! Sebab bila belek, ditenung-tenung dalam cermin... Macam boleh nampak ada regangan atau ruang keciiiiikkkkkk aje celah gigi. Tak ada lah gap besar mana pun, cuma nampak lah gigi tu dah mula warm up nak menjalankan tugas dengan lebih aktif. Hahah! Comel. Teruja dengan gigi sendiri. Puas menghadap cermin sebelum tidur.

Semoga Allah terus meringankan rasa sakit ni dengan kesakitan yang mampu aku tanggung. InsyaAllah, amin... :')

Sekarang, angan-angan dah jadi kenyataan. Teruskan berjuang. Kuatkan semangat, Fairuz Aqilah! Fighting!!! :D

In the mean time, masih lagi dalam proses membiasakan diri dengan braces ni. Sakit pun sehari dua je, sekarang dah okey dah. Alhamdulillah... So far, so great! I'm doing very well! Thanks to Almighty Allah... :') ♥


Last but not least, itu gambar masa on the way balik rumah. Baru lepas pasang braces lah tu. Maaf, dok tahan ayaq lioq meleleh lepas cabut gigi. Bibir kering, susah tutup mulut. That's normal buat first timer macam I ni, uolls! For those yang teringin nak pakai braces, teruskan! Kuatkan semangat dan pastikan niat tu betul, bukan sekadar untuk cantik semata-mata. Boleh rujuk entry Hukum Memakai Braces ni. Bagi yang pakai braces, kita geng! Sep sikit! Hehe.. :D

Cheerio! ♥

BRACES | CABUT GIGI

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Hahaha.. Tajuk entry tak boleh bla! Menakutkan orang!
Feel free to click HERE if you're interested and wanna know more about braces based on my own experiences! :) ♥

 21/05/2013

Lepas buka benang, habislah masa aku di Klinik Pergigian Fairuz dengan khidmat bakti mereka... Hehe :)
Pergi terus ke Klinik Pergigian Maheran semula untuk rawatan selanjutnya. Dr. Hassan tengok condition surgery semua macam mana. Check gigi aku ghongak kiri kanan lepas surgery tu. Hahah! So, Dr. Hassan was very satisfied with it. Memang dia pun percaya and sukakan cara kerja Dr. Suhaimi, buat pun lembut je. Then, doctor kata harini dia akan ambil mould. Dia tanya aku okey ke kalau nak cabut satu gigi bawah harini. I okey je, Mama pun okey.

Ambil mould, doctor masukkan dalam mulut some sort like plasticine or something or whatever, apa aku pun tak tahu. Acuan gigi atas bawah. Rasanya 'yerk', that is all I can say. Untuk apa pun tak tahu lah, buat kenangan bila gigi dah lawo nanti kot! HAHA

And then, dia tarok getah bulat kecil warna biru kat gelah gigi geraham untuk renggangkan sikit supaya senang nanti dia nak letak ring. I was like... Okayy..... Doctor kata macam rasa ada daging lekat celah gigi je, tapi janganlah sampai ambil jarum ke atau pencungkil gigi untuk cungkil dia keluar! Tahan seminggu saja, nanti cabut lah balik. Okey je, abaikan benda ni ada dalam mulut. Watlek sudah! ;)

Moment cabut gigi. Kinda afraid of it juga sebab first time cabut gigi. Sebelum ni buat surgery, ini cabut biasa. Mama kata, "Cabut biasa tak ada apa. Qilah dah tempuh surgery yang berganda lagi sakitnya". I'm glad to hear that, Mama. Alhamdulillah... Allah kuatkan Fairuz Aqilah! :')

Doctor cucuk ubat kebas. Sakit daripada Dr. Suhaimi cucuk masa surgery (compare lah pula). Hehe.. Tak ada apa pun, sebab dah banyak kali kena masa buat surgery haritu. So, I get used to it even Dr. Hassan ni cucuk sakit sikit. Watlek, bertenang, ingat Allah... Punya lama gila tunggu dia nak kebas! Dekat sepuluh minit lah juga. Kalau masa surgery tu dua minit je dah boleh proceed dengan cucuk tempat lain pula (compare lagi).

Setelah itu, Dr. Hassan pun testing testing one two three tanya sakit tak sakit. Then, it's timeeee!!! Dia ambil pliers, goyang-goyang gigi aku ni kau! Punya kuat rasanya dia goyang goyang goyang... Kejap je dah cabut! I was like... Dah ke??? "Daahhhh", the doctor replied. Dalam hati, wow! Cepat gila! Tak sampai lima minit pun. Tunggu kebas punya berjambang, cabutnya tak sempat bermisai pun? Hahah! :D

Lepas cabut, tak ada apa. Still fine... Tabah, babe! Ghongak belah bawah pula, tapi tak nampak sebab bibir cover. Hehe.. Tahap kesakitan dua setengah per sepuluh saja, tak sakit sangat pun. Alhamdulillah sangat! :)

Tak sabar tunggu minggu depan sebab Dr. Hassan cakap minggu depan dah boleh pasang braces! Yeayy!!! Tak sabarnya! Berbunga rasa hati ♥


Assalamualaikum!

BRACES | SECOND SURGERY

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Feel free to click HERE if you're interested and wanna know more about braces based on my own experiences! :) ♥


Sabtu
11/05/2013

Surgery kali kedua quite horrible compared to the first one. Ambil masa lebih kurang satu jam. Tak henti berzikir dalam hati sepanjang surgery. Pening kepala sebab kena mendongak sikit, punyalah lama. Then, bunyi masa doktor buat drilling tu menyengat sampai tangkap ke kepala. Macam bunyi nyamuk tu, tapi kuat gila. Tak ke pening kepala aku dibuatnya! Allahuakbar...

Dr. Suhaimi kata gigi ni kedudukannya tinggi sikit dari yang sebelah kanan haritu. So, agak sukar sikit nak keluarkannya tu. This time, sakit! Seriously, lebih sakit daripada yang first surgery dulu. Berdoa banyak-banyak pada Allah, mohon diringankan sikit sakitnya. Kalau first surgery, tahap kesakitannya tiga setengah per sepuluh. Kali ni punya surgery, dah sampai tahap lapan per sepuluh! Just imagine... :'(
Dah malam sikit, baru rasa sakit tu beransur okey. Tahap sakitnya turun lima per sepuluh. Alhamdulillah...

 Hari kedua, start bengkak. Pipi jadi extra bambam daripada yang first surgery belah kanan haritu. Mama cakap, "Kalau Qilah chubby macam ni nampak comeyy je". Hehe :)

Comel apa macam ni? =.="

 Hari kelima, dah boleh makan bihun goreng. Sebab bihun kan halus halus, so tak susah nak gigit. And kalau telan je pun, tak ada lah tercekik sangat. Hehehe.. Alhamdulillah, nikmat Allah nak bagi. Merasa juga makan lain daripada baby porridge, benda lembut lembut. Jemu! :(
Luka pun macam dah ok sikit. Bengkak dah surut. Sakit pun semakin berkurang. Overall, alhamdulillah! Malamnya pula, gastrik acah-acah nak serang. Angin sebab perut kosong kot. Sampai rasa nak termuntah. Mama kata. "Makan nasi lah ya, Mama goreng telur makan macam haritu". First surgery haritu pun bila dah okey sikit, memang boleh makan nasi telur dadar dengan kicap. Nikmat tauu.. Wahh! Hehe.. Alhamdulillah, walaupun banyak nasi berterabur balik dalam pinggan daripada masuk mulut, perlahan-lahan makan sampai licin juga!!! Hahaha... Kenyang, alhamdulillah! Allah... Terima kasih ya Allah, bagi nikmat makan sedap.

Baru tahu bersyukur orang Malaysia makan nasi! Kalau tak, aku dok complain kenapa nasi makanan ruji orang Malaysia. Kenapa tak roti. Kan sedap hari hari makan pizza. Pergi duduk Europe sana nun, Fairuz Aqilah! Banyak pula ceritanya. Hmm, dah kena macam ni baru tahu bersyukur orang Malaysia makan nasi. Ini baru rasa Allah tarik nikmat makan. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jangan hanya tahu merungut. Syukur, alhamdulillah!

Loved,

JUNE, PLEASE BE NICE.

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


It's the first day of June. Bulan birthday saya! Dan petanda bakal bermulanya semester baru. I'll be a part five students next semester okay! Boleh tahan senior juga lah. Hehe.. 

I really hope that June kali ni adalah permulaan yang baik untuk aku lebih gigih dalam pelajaran. Tambah strategi belajar gigih secara berkesan! Jangan banyak buang masa, Fairuz Aqilah! Semester depan for sure sangat tough sebab semester last sebelum pergi buat praktikal. Allah... Permudahkan segalanya bagi Fairuz Aqilah, amin... Fighting!!! 

Sebenarnya, rasa berat bila mengenangkan cuti tinggal beberapa hari saja lagi. Malasnya... Tapi kena ketepikan semua rasa malas malas tu. Untuk kesejahteraan yang kekal abadi. Pelajaran tu lagi penting! Usaha gigih lagi semester depan. Masih ada yang belum lunas! Dekan. InsyaAllah, amin.

Assalamualaikum ♥