MACARONI GORENG SIMPLE ALA FAIRUZ AQILAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Wah wah waahhh!!! Kebabombastik tau tajuk entry kali ni! Hehe :D
Harini nak share satu super duper simple recipe and yang penting sekali sedap. Haruslah! Kaannn...
Macaroni goreng ala saya ni dia kering kering sikit 'cause I'd loved to! Sangat simple sebab campak campak je semua, dah jadi... Tarraa! Lagipun, gunakan bahan apa yang ada kat rumah saja. Very simple. Plus, you can also add on anything you want to make it moreee tasty! Jom kita mulakan.


Bahan-bahan :-


Macaroni
Garlic spread
Cili kisar
Prego
Bawang besar
Tomato
Carrot
Daun sup
Daun bawang
Sosej*
Minyak
Garam
Gula
Serbuk perasa
Serbuk oregano

* Sosej boleh juga digantikan dengan daging cincang, ayam cincang, udang, sotong atau lain-lain yang bersesuaian.


Cara-cara :-
  1. Rebus macaroni dengan sedikit minyak masak dan secubit garam. Kemudian, toskan.
  2. Potong dadu bawang besar dan tomato.
  3. Potong kecil-kecil carrot, daun sup dan daun bawang. Boleh juga tambahkan batang saderi dan cendawan.
  4. Sosej dipotong mengikut cita rasa masing-masing. Boleh juga digantikan dengan daging cincang, ayam cincang, udang, sotong atau lain-lain.
  5. Panaskan kuali dan masukkan sesudu besar garlic spread diikuti dengan minyak masak untuk menumis. Garlic spread cepat hangus sama macam butter, jadi perlu segera tambahkan sedikit minyak. Kalau tak guna garlic spread, minyak masak saja pun boleh.
  6. Tumis bawang besar hingga naik bau dan agak-agak kekuningan.
  7. Masukkan satu sudu besar cili kisar. Tumis sampai naik minyak. Bagi yang sukakan pedas, nak bubuh cili kisar lebih pun no problem.
  8. Masukkan sosej, tomato dan carrot. Tunggu sekejap supaya sosej garing sikit.
  9. Masukkan prego ikut kuantiti macaroni banyak mana. Kalau ikut saya, saya suka kering sikit sebab baru terasa semua rencah tu salut each of the macaroni. Sedaappp! It depends. Kalau rasa nak basah sikit, nanti dah last last nanti boleh adjust lagi.
  10. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Secubit Maggi Cukup Rasa sebagai penambah perisa ya, tuan tuan dan puan puan.
  11. And then, goes in the macaroni. Perlahankan api, guna api yang kecil. Gaul rata.
  12. Adjust rasa masin, masam, manis dengan meng-adjust kuantiti garam, gula dan juga prego. Saya suka manis manis masam masam sikit. Ikutlah cita rasa masing-masing.
  13. Dah puas hati dari segi rasanya, akhir sekali baru masukkan sedikit serbuk oregano dan daun sup daun bawang. Gaul rata kesemuanya.
  14. Siap! Sedia untuk dihidang.


Beginilah hasilnya ya, tuan tuan dan puan puan yang saya kasihi sekalian. Saya ni tak ada lah pro sangat bab-bab masak memasak ni. Yang simple simple tu boleh la... Hehe :)

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!
Sekian, terima kasih. ♥

18 comments:

  1. ok awok take note...... boleh try cuti nanti ni....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. @D_08: ha, okey! cuba lah.. senang aje nak mengadunnye! ;)

    ReplyDelete
  4. Best kot resepi ni. Tapi saya tak pandai masak. Hahahha rugi la kan??

    ReplyDelete
  5. masakkan kan untuk aku wehhh XD

    ReplyDelete
  6. Whoaaaaa, nampakkk sodappp bangettt!
    Masak utk sy pleasseeeee. Ngeee =)

    ReplyDelete
  7. fuyohh fuyohh nmpk sedap...hehe...

    ReplyDelete
  8. @Nabeel Fikree: cuba lah masak, senang sangat nak masak macaroni goreng ni! :)

    @Yana Irdany: nanti kita g picnic, aku masakkan untuk kau macaroni neh! :)

    @Nies alhaQ: sedaaappp... cubalah! datang la rumah, boleh saya masakkan... hehe ;)

    @Mime MF: sedap sedap sedap! hehe.. upin ipin..

    @Badrina Ibtisam: ye ke.. hehe.. saya suka masak apa yang saya suka makan.. ini salah satunya lah.. hehe :)

    @Sop Nama Saya: kalau lama tak makan, buat lah.. boleh makan dengan family.. senang je.. :)

    ReplyDelete
  9. kilah suka kering2 ea
    k.el suka basah2
    aah apa yg kat dapur tu selagi boleh campak..campak je kilah woii..jgn cmpak diri sndiri k..hahaha

    ReplyDelete
  10. @el: haah, kak.. kering2 rasa sikit sume rencah.. kalau basah pun ok je.. :)
    hehehe... jangan campak diri sendiri, turun saham nanti.. haha :D

    ReplyDelete
  11. uiiii sedap ni... dah lama tak masak macaroni..

    ReplyDelete
  12. voila!!

    serius nampak sedap ")

    ReplyDelete
  13. @Mia Liana: kak, sedaappp... hehe.. buat lah..

    @P U C A T: huhuhu.. memang sedap! :D

    ReplyDelete
  14. fav husband i ni yummyyy :D

    ReplyDelete
  15. wowww nyummm. Esok nak cuba buaat lah.. tuari ada lebih macaroni lepas buat mac and cheese =D

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥