BUSINESS MINDED

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


I am thinkin' of carrying out an online business.
Dah lama teringin nak buat business kecil-kecilan. Tapi tak tau nak berbisnes apa. Hehehe..
Akan dipertimbangkan. InsyaAllah! :)

Selamat malam! ♥


BEDROOM DECOR

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Memandangkan sekarang ni tengah cuti... Biasalah kan, kalau dah balik cuti semester break tu dah tentu tentu bilik penuh dengan barang seaneka benda! Serba mak nenek. Nak mula mengemas sikit-sikit tu pun tak ada mood terus sebab tengok barang banyak sangat. Runsing dibuatnya. Space bilik pula kecil aje, segi empat sama. Esok kot nak start, insyaAllah... Datanglah aura rajin mengemas, datanglah! :D

Bercakap soal nak mengemas bilik ni, selalu timbul keinginan untuk decor bilik cantik-cantik ala-ala English style sikit ke... Haa, gitu! Since bilik kite tecik angat-angat, susun atur kena betul dan praktikal supaya ada cukup ruang untuk sembahyang dengan selesa. For me, itu faktor paling penting untuk diambil kira. Plus, kite teringin nak white drawers yang boleh simpan semua benda yang menyemak bawah katil kite tu.

Macam ni!

Nak exactly like this one, boleh?

If not, macam ni pun boleh. Comel juga! Ada ruang terbuka kat bawah sekali tu boleh letak bantal kecil, senang ambil kalau nak lepak-lepak golek-golek kat lantai kan. Tak dan nak golek, dah benjol langgar almari, takpun terperosok bawah katil. Itulah pasal, bilik kecik nau! Hahah! Kidding♥


To be honest, I really want white drawers like the first photo. It looks exactly like one I always imagine. Seriously! Nothing fancy, just a very simple one. Simple, yet very practical and space consuming. Haa, gitu! Mampu? Hehehe... :)

Last but not least,

Mama, I want it badly! ♥

Loved,

IT HAS BEEN A LONG LONG TIME

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Ya Allah! Lama gila tak update baby bloggie kite ni tauuu...
Seriously, rinduuuuu sangat sangat sangat nak aktif blogging balik! :'(

So, what's up?
Kisahnya, tamatlah sudah dua tahun setengah belajar dalam jurusan Diploma Pengurusan Hartanah. Next month akan pergi Latihan Industri atau lebih sinonimnya praktikal. Alhamdulillah, semua paper final exam haritu boleh buat walaupun ada juga yang tak puas hati sikit-sikit. Biasa lah tu kannn... :)

Apapun, harapkan yang terbaik untuk result yang akan keluar nanti and tak sabar nak pergi buat praktikal and tak sabar nak habiskan diploma and tak sabar nak grad and tak sabar nak baling topi masa hari konvokesyen nanti! Hahhh! Excited sangat! InsyaAllah, amin... :D

Thanks juga for those yang doakan tu. Harap Allah makbulkan doa-doa kita. Yang baik dari Allah... Terima kasih juta! ♥


Muka muka sepanjang lima paper final exam.

  1. Jubah biru was during my first paper which was Land Economics. Muka separa gembira sebab dah berjaya jawab first paper and separa tak berapa nak gembira sebab keesokan harinya nak jawab Accounting pula, tak ada gap langsung.
  2. Tudung oren ialah hari balik daripada menjawab Financial Accounting. Nampak tak muka tak puas hati yang ketara di situ? Haihh lah... Pasrah, tawakkal pada Allah. Harap result tak mengecewakan sangat lah walaupun I relax je keluar dewan meskipun jawapan I tak balance. Poyo! =.="
  3. Baju polka dots hijau dengan bawal satin paisley was during my third paper which was Marketing. Kenapa gambar berlatarbelakangkan 'Go For Cendol' dan nampak straw coolblog gedabak? Kenapa? Keluar aje dewan, terus naik bas keluaq hang out dengan gang kite lah, release stress sikit. Plus, spend time sama-sama for the last time. Siap pergi karaoke lagi kome! Suka hati je berjimba masa exam week tau! Hahah! Gap empat hari lah katakann... Manfaatkan masa senggang yang ada, sisa-sisa masa dengan kawan-kawan untuk cipta kenangan baru lagi. I had soooooo muchh fun!
  4. Purple pakai pergi jawab Valuation. Alhamdulillah, itulah kali pertama rasa puas hati jawab final exam core subject Valuation sepanjang lima semester. Alhamdulillah sangat sangat sangat! Soalan keluaq sebijik sebijik macam past year questions and tutorial yang dok pulun buat daripada study week. Sumpah, sama sebijik habaq hang!
  5. Baju hijau polka dots dengan brown leopard shawl tu masa last paper. My very last paper for diploma I tell ya! Tak puas hati sebenarnya sebab jawab ala kadar, tak cukup masa, study pun tak berapa nak masuk sebab tak ada hati dah. Dah last last kan, fikir nak cuti, nak habis cepat boleh balik rumah rehat puas-puas. Itulah study tak masuk. Hopefully result pun tak ada lah tak masyuukkk. Risau pulak. Eventhough, senyum super lebar kan? Happy lah dah habis! Bergambar kenangan dalam dewan. Tempat kite depan nau, bukan kat situ punnn... Syok habis tau dah habis exam. Gumbira yang amat!

Gambar bawah ni masa pergi karaoke. Tragedi Oktober sangat tau, buat hal first time pergi karaoke tak tentu pasal aku. Korang lah ni! Besstttt... Saranghae, chingu! :'D

Tragedi Oktober

Last paper was at Friday noon.
Petang keluar lagi beli barang-barang untuk buat sandwiches. Esoknya nak pergi picnic! Hehehe..

Lia, Me & Mizah

Sabtu beronggeng dengan room mate kesayangan, Mizah. Dating dua orang.
We went for picnicking at Teluk Batik, ronda-ronda Marina Island, singgah KTM Batu Gajah solat Zohor, bergambar banyak-banyak di Kellie's Castle, window shopping at AEON Station 18, karaoke penuh perasaan di d'Mall Seri Iskandar. Lastly, we ended up with balik UiTM pukul sebelas malam! Kena marah dengan Mama and boyfie kite. Nasib baik polis bantuan kat pondok gate belakang tu buat derk je, kami pun buat tak reti je lah menonong masuk kampus lambat. Hee... :(
Selonok angat-angat! Kan Mijah kan?! ♥

Teluk Batik

Kellie's Castle

AEON Station 18

Ini baru sebahagian kecil daripada kenangan part five. Sedih pulak tetibe :'(
Oh, ya! Lepas ni, dapatlah update blog dengan lebih kadar kekerapan yang maksima. Hehehe..
Walaupun siapalah yang nak baca baby bloggie saya yang naive ni kan, but it's okay, never mind. Apa yang saya nak cerita, I'm free to write those things here dan diabadikan sebagai kenangan di masa depan... :')

Last but not least,
Sebelum terlambat,

Selamat Hari Raya Aidiladha! ♥ 


Takmoh type dah!
Till we meet again sooner or later, earthlings!
Selamat Hari Raya! :)

Lots of love,