IT HAS BEEN A LONG LONG TIME

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Ya Allah! Lama gila tak update baby bloggie kite ni tauuu...
Seriously, rinduuuuu sangat sangat sangat nak aktif blogging balik! :'(

So, what's up?
Kisahnya, tamatlah sudah dua tahun setengah belajar dalam jurusan Diploma Pengurusan Hartanah. Next month akan pergi Latihan Industri atau lebih sinonimnya praktikal. Alhamdulillah, semua paper final exam haritu boleh buat walaupun ada juga yang tak puas hati sikit-sikit. Biasa lah tu kannn... :)

Apapun, harapkan yang terbaik untuk result yang akan keluar nanti and tak sabar nak pergi buat praktikal and tak sabar nak habiskan diploma and tak sabar nak grad and tak sabar nak baling topi masa hari konvokesyen nanti! Hahhh! Excited sangat! InsyaAllah, amin... :D

Thanks juga for those yang doakan tu. Harap Allah makbulkan doa-doa kita. Yang baik dari Allah... Terima kasih juta! ♥


Muka muka sepanjang lima paper final exam.

  1. Jubah biru was during my first paper which was Land Economics. Muka separa gembira sebab dah berjaya jawab first paper and separa tak berapa nak gembira sebab keesokan harinya nak jawab Accounting pula, tak ada gap langsung.
  2. Tudung oren ialah hari balik daripada menjawab Financial Accounting. Nampak tak muka tak puas hati yang ketara di situ? Haihh lah... Pasrah, tawakkal pada Allah. Harap result tak mengecewakan sangat lah walaupun I relax je keluar dewan meskipun jawapan I tak balance. Poyo! =.="
  3. Baju polka dots hijau dengan bawal satin paisley was during my third paper which was Marketing. Kenapa gambar berlatarbelakangkan 'Go For Cendol' dan nampak straw coolblog gedabak? Kenapa? Keluar aje dewan, terus naik bas keluaq hang out dengan gang kite lah, release stress sikit. Plus, spend time sama-sama for the last time. Siap pergi karaoke lagi kome! Suka hati je berjimba masa exam week tau! Hahah! Gap empat hari lah katakann... Manfaatkan masa senggang yang ada, sisa-sisa masa dengan kawan-kawan untuk cipta kenangan baru lagi. I had soooooo muchh fun!
  4. Purple pakai pergi jawab Valuation. Alhamdulillah, itulah kali pertama rasa puas hati jawab final exam core subject Valuation sepanjang lima semester. Alhamdulillah sangat sangat sangat! Soalan keluaq sebijik sebijik macam past year questions and tutorial yang dok pulun buat daripada study week. Sumpah, sama sebijik habaq hang!
  5. Baju hijau polka dots dengan brown leopard shawl tu masa last paper. My very last paper for diploma I tell ya! Tak puas hati sebenarnya sebab jawab ala kadar, tak cukup masa, study pun tak berapa nak masuk sebab tak ada hati dah. Dah last last kan, fikir nak cuti, nak habis cepat boleh balik rumah rehat puas-puas. Itulah study tak masuk. Hopefully result pun tak ada lah tak masyuukkk. Risau pulak. Eventhough, senyum super lebar kan? Happy lah dah habis! Bergambar kenangan dalam dewan. Tempat kite depan nau, bukan kat situ punnn... Syok habis tau dah habis exam. Gumbira yang amat!

Gambar bawah ni masa pergi karaoke. Tragedi Oktober sangat tau, buat hal first time pergi karaoke tak tentu pasal aku. Korang lah ni! Besstttt... Saranghae, chingu! :'D

Tragedi Oktober

Last paper was at Friday noon.
Petang keluar lagi beli barang-barang untuk buat sandwiches. Esoknya nak pergi picnic! Hehehe..

Lia, Me & Mizah

Sabtu beronggeng dengan room mate kesayangan, Mizah. Dating dua orang.
We went for picnicking at Teluk Batik, ronda-ronda Marina Island, singgah KTM Batu Gajah solat Zohor, bergambar banyak-banyak di Kellie's Castle, window shopping at AEON Station 18, karaoke penuh perasaan di d'Mall Seri Iskandar. Lastly, we ended up with balik UiTM pukul sebelas malam! Kena marah dengan Mama and boyfie kite. Nasib baik polis bantuan kat pondok gate belakang tu buat derk je, kami pun buat tak reti je lah menonong masuk kampus lambat. Hee... :(
Selonok angat-angat! Kan Mijah kan?! ♥

Teluk Batik

Kellie's Castle

AEON Station 18

Ini baru sebahagian kecil daripada kenangan part five. Sedih pulak tetibe :'(
Oh, ya! Lepas ni, dapatlah update blog dengan lebih kadar kekerapan yang maksima. Hehehe..
Walaupun siapalah yang nak baca baby bloggie saya yang naive ni kan, but it's okay, never mind. Apa yang saya nak cerita, I'm free to write those things here dan diabadikan sebagai kenangan di masa depan... :')

Last but not least,
Sebelum terlambat,

Selamat Hari Raya Aidiladha! ♥ 


Takmoh type dah!
Till we meet again sooner or later, earthlings!
Selamat Hari Raya! :)

Lots of love,

7 comments:

  1. waaa best nye dah habis semester...goodluck la ye time praktikal nanti.. :D

    ReplyDelete
  2. @ezyra daniel: insyaAllah, terima kasih... serabut sebenarnya fikirkan transport and tempat tinggal.. sebulan lebih lagi.. :')

    ReplyDelete
  3. Tahniah dah habis..hehe..Akak baru nak convo bulan 11 ni. Nanti pratikal dekat mana?

    p/s: Akak lupa nak follow awak hari tu, akak pun dah lama tak online blog2 ni. Selamat hari raya juga buat adik fairuz aqilah. ^____^

    ReplyDelete
  4. @Nurul Aini: masheh, kak aini! kite praktikal kat ipoh je. tapi tu lah, pening sikit bab transport and tempat tinggal. konvo nanti hello hello lah kite kat sini, kak aini! dekat nau uitm tu dengan umah kite. hehehe.. terima kasih follow! :)

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Hai tuan blog, jemput singgah ke blog Heiladies Co. Kain cotton corak terbaru yg cantik-cantik baru sampai
    dari Vietnam. GENIE BRA bra paling hot dikalangan wanita sekarang pun ada. HC offer pd harga yg berbaloi-baloi.

    Tq

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥