FIRST WEEK WORKING EXPERIENCE

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Yeayy! Finally, dapat juga blogging! Rindu baby bloggie dengan kawan-kawan bloggers tauuu... :')
Well, kalau ada yang tahu saya tengah practical training sekarang ni tahu lah kan. If not, meh sini nak cerita serba sikit pengalaman first week kerja. Seumur hidup, ini kali pertama wujudnya perkataan "kerja" dalam kamus hidup saya. Dahsyat tak? Hehe..

 MONDAY
First day sangat sangat sangat super duper nervous! Boleh bayang tak nervous tu banyak mana? HAHA! Haruslah kan, dah nama pun first time kerja. Dah la kena drive sendiri pergi dan balik. Manual car lagi tau. Haihh... Ni apahal tiba-tiba lari tajuk pulak ni? Emo tetibe. Okey, sorry, my bad.

Sampai depan pintu office sebelum pukul sembilan, still berkunci. Tiada tanda-tanda orang masuk kerja dalam masa terdekat. Ke saya yang lambat ni?? Kata pukul sembilan. Try call, langsung tak ada orang angkat. Tunggu lagi sampai berpeluh-peluh. Call lagi sekali baru berjawab. Rupanya office valuers kat tingkat satu, aku naik sampai tingkat dua sebab ada sign Rahim & Co. Tingkat dua yang salah naik tu office agents.

♦ sempat lagi selca dalam dok hangat berpeluh-peluh menunggu tu ♦

Dah turun tingkat satu, Madam Elizabeth atau Liza yang sambut di muka pintu. She's very nice and kind of 'motherly' gitu. Chinese. Duduk sekejap tunggu person in charge datang untuk handle which is Miss Leong. Both of them are administration staffs. Miss Leong kemudiannya terangkan yang saya kena duduk dalam meeting room sebab tempat staff semua dah penuh. So, my temporary working place will be in the meeting room. I brought my things and duduk lah dalam meeting room tu sorang-sorang. Saya seorang saja practical student kat situ. What a relief, alhamdulillah! :D

Gila bosan tak tahu nak buat apa. Sumpah, bosan. Dah la sorang-sorang tak ada kawan nak sembang. Tengok sekali-sekala orang lalu lalang tak tahu lah dari mana nak ke mana. Bunyi telefon tak berhenti. I prepared all the letters from faculty untuk diberi pada majikan, then all of sudden Madam Liza masuk untuk berkenalan. I introduced myself apa yang patut. Dia cakap nak panggil Aqilah. Tak kisah lah, Aqilah pun boleh even Aqilah tu lebih kepada family members. Kalau biasa-biasa ni, kawan kawan ke apa seemmuaaa panggil Fairuz. Never mind.

Serahkan semua surat yang berkenaan pada Miss Leong, masuk balik meeting room. Tak lama lepas tu, Miss Leong masuk cakap nak bawa jumpa boss, Encik Izham. Seramnya! Encik Izham tanya macam-macam dan antaranya ialah "Kenapa pilih Rahim & Co.?". Okey, dia tak ada lah tanya soalan-soalan cepu mas yang adventurous ke apa, cuma nak tahu all the basic one. Encik Izham cakap memang kena duduk dalam meeting room buat sementara waktu ni sebab bilik staffs penuh. Dia suruh ambil dan tengok tengok file case supaya dapat rough figure macam mana diorang buat report. Then, dia tekan intercom suruh Madam Liza masuk untuk bawa saya berkenalan dengan semua staffs. Lagi seram kuasa dua! Pergi lah berkenalan dan beramah mesra sekejap dengan all those staffs. All of them are Malays, only Miss Leong and Madam Liza are Chinese. Agents lah yang most of them are Chinese. Tapi tak berkenaan sangat lah sebab saya ni diletakkan under valuation. Assistant Manager pun Melayu, Encik Nizar. Valuers ada Abang Maruz, Kak Shai, Kak Hana, Abang Syafiq, Kak Mai, Abang Fadzili, Abang Fahmy, Abang Syed and Kak Yana. Agent kenal Kak Atiqah je. Semua muda muda lagi. Tapi ramai yang dah kahwin. Muda muda lagi dah kahwin, Fairuz Aqilah bila lagi? Eh?? :D

Masuk lah balik bertapa dalam meeting room. Sabor je lah bosan gila. Madam Liza bawa masuk satu file OCBC Bank. Mentelaah la benda tu and take note apa yang penting sampai tak sedar dah tengah hari. Tiba-tibe je Miss Leong muncul kat pintu bagitau nanti diorang bawa Aqilah pergi lunch. No wonder lah perut saya dah buat orkestra, mengaum tak tentu pasal. Kak Mai tegur dari luar pintu, "Aqilah, jom! Kita pergi makan". Mungkin sebab Kak Mai antara yang terawal tegur, jadi mesra dengan Kak Mai. Anak dia pun nama Aqilah. Mula-mula tahu Kak Mai dah kahwin, memang terkejut gila. Muka comel je, nampak muda remaja, tapi dah anak sorang! Lunch hour sekejap sangat, pukul satu sampai dua je. Balik office, terus sembahyang Zohor.

Kak Shai suruh masuk bilik staffs, ada kerusi kosong sebab Kak Yana masih cuti bersalin. Abang Syed minta tolong lipat file. Seronok juga sebab tak pernah buat. Senang nau kerjanya! Haha.. Encik Izham lalu belakang, "Kesian awak ye. Memang practical student hari pertama buat kerja macam ni. Baru awak tahu daripada mana datangnya file case tu semua mula dari lipat file, nanti buka file case saaammpaii lah close case". Daku hanya mampu tersenyum. Ralit lipat file sampai bertimbun. Lepas tu, sambung telaah file case lain pula. Working hours 9am-5.30pm tapi saya balik lambat sikit first week. Nak dekat pukul enam baru balik.

 TUESDAY
Hari kedua duduk tempat Abang Fahmy sebab dia outstation buat inspection. Kerja saya key in bill atau receipt yang customer buat payment untuk fees and all that. Miss Leong dan Kak Shai ajarkan. Sambil tu, pick up calls. Weh! Telefon jangan cakap lah, setiap minit ada call masuk. Mostly, bank officers call untuk check value. Sumpah, kelam-kabut dan tak menang tangan dibuatnya! Sentiasa aadaaa aje call, dah angkat tengah cakap pun ada lagi incoming call. Subhanallah, allahuakbar! Sampai ke petang lah menyiapkan bill tu! Tak sedar. Sampai pukul enam saya udah mau pulang pun kok telefonnya masih berdering! Haihh... No comment. Best hari kedua kerja sebab apa tau? Sebab boss baik, dia kasi semua sorang satu magnet fridge as a souvenir from Bali termasuk saya! Terkejut juga, tiba-tiba Encik Izham datang kat sebelah hulur plastic bag suruh pilih nak yang mana. "Eh? Saya pun dapat juga ke?" Dia senyum je. Alhamdulillah, dapat boss baik.


 WEDNESDAY
Hari ketiga dah start buat kerja berkaitan valuation. Abang Maruz ajarkan buat floor plan guna Microsoft Office Visio, Kak Mai kasi satu file case detached house untuk dikaji.

 THURSDAY
Hari keempat kite ikut Kak Mai pergi inspection. Buat inspection detached factory and single storey terrace house kat area Gunung Rapat, Ipoh. Menghadapi kesulitan seperti anjing, itu biasa. Takut! At the same time, seronok! Sebab dapat peluang kerja keluar dari office. Macam-macam bercerita dengan Kak Mai. Dah balik office sebelum tengah hari. Buat pulak floor plan Kak Mai, Kak Hana ajar buat draft valuation report for two and a half storey terrace house, Abang Maruz ajar print dan susun dan bind finalized report.

 FRIDAY
Hari Jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu sebab last day workdays. Letih sangat rasanya. Hari-hari pun mengantuk awal. Selalu kalau semester break, selagi belum pukul dua pagi jngan harap la mata ni nak tidur. Semenjak bekerja ni, awal nau dah mengantuknya Ya Rabbi Ya Karim. Nak balik rumaaahhhh!!! Kat office continue buat draft valuation report Kak Hana, tolong buat corrections or amendments draft report Abang Fahmi that has been checked by Encik Izham, draw floor plan lagi, tolong print dan susun dan bind finalized report Kak Hana.

Makin hari, makin banyak kerja dan makin banyak benda yang dipelajari. Alhamdulillah sangat sangat sangat, syukur! Pengalaman first time kerja mula-mula ni tak ada lah seteruk yang dibayangkan. Boss baik, semua orang pun okey, environment best. So far, belum stress lagi lah sebab belum dapat handle apa-apa case. Nanti nanti tak dapat dah lah kot bosan-bosan kat office tu. Hehe.. Apapun, alhamdulillah. Semoga Allah terus mempermudahkan segalanya bagi Fairuz Aqilah. insyaAllah, amin... :)

p/s: Sorry, entry panjang berjela sangat sebab nak simpan buat kenangan dan tatapan di hari depan!

xoxo

7 comments:

  1. Waaaaahhhhhhh :D
    Hohohoho panjang nya. But i had fun reading it ok kak! :D Finally u update :>


    Hheheheeh first. CONGRATS ANDA BERJAYA :D
    HIHIHIHIHI.
    Nanti cerita tau kalau ada cabaran baru ;D

    Ameen!
    Hm bestnya dah besar. Qila pon nanti tak sabar nak kerja weee~~
    Sgt byk pengalaman kan kak? :D

    Selca itu wajib ok huhuhuhu
    akak cantik!!! and i love ur 2nd pics selendang!!!

    ReplyDelete
  2. huyoooo . dah praktikal . office lagi . sangat mencabar eh . aku awal tahun depan baru start . as an English practical teacher . aku tak tau la macam mana nanti . mengajar kot . jom jadi student aku jap acah acah jadi primary student . haha . btw goodluck untuk hari2 berikutnya . kerja elok2 ye darling . fighting ! ♥

    ReplyDelete
  3. see~ you can do it.go girl! best la dah ade experience kerja :D

    ReplyDelete
  4. @Akeyla Azmi: seriously panjang gila kan? hahahahahaha... thanks ye dik for your encouragement words and the pujians. hehe :D

    @Yana Irdany: masheh, babe. you too, goodluck in whatever you do. nanti practical merasa lah, patu citer k? ♥ xoxo

    @miradyana: hee... well, alhamdulillah. syukur, Allah permudahkan segalanya untuk aku.. :')

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...salam kenal
    Selamat datang kembali untuk blogging
    keep posting yah kawan :)

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat pratical camni. nad bulan 4 ni practical. Aishh, tak boleh nak imagine :( Seram ah

    ReplyDelete
  7. @Nadratul Syazwana: hehehe... good luck tau, nad! takyah seram sangat, insyaAllah semuanya okey.. ;)

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥