MURTABAK MAGGI

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Happy Sunday! :)
How's your weekend?
Here's another simply delicious recipe of the week! Ya Allah, bila teringin sangat nak makan and mood rajin masak pun datang... Adaaa aje nak dibuatnya! Hehehe.. :D

Resipi Murtabak Maggi yang senang dan sedap. Rugi kalau tak cuba.
Terbahagi kepada dua bahagian, inti dan murtabak tu sendiri. Ikut je resipi ni step by step.

INTI
Bahan-bahan:
¼ minced beef/chicken
- 2 sudu besar serbuk kari
 ½ bawang besar dipotong dadu
- Daun bawang
- Garam
- Gula

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar sampai naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dan kacau sampai naik minyak.
  3. Masukkan minced beef/chicken. Tambahkan air sedikiittt sahaja kalau terlalu kering sebab minced beef/chicken tu pun akan keluar air juga.
  4. Setelah minced beef/chicken masak, perisakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
  5. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan tutup api.


MURTABAK
Bahan-bahan:
- 2 biji telur
½ paket perencah kari maggi
½ paket maggi
- 1 keping cheddar cheese

Cara-cara:

  1. Rendamkan maggi dalam air panas atau celur dan toskan.
  2. Pukul 2 biji telur dengan perencah kari maggi. Kemudian, masukkan ke dalam maggi yang dah dicelur tadi.
  3. Masukkan inti dan gaul mesra kesemua bahan.
  4. Panaskan pan atau kuali leper dengan sedikit minyak seperti menggoreng telur.
  5. Masukkan adunan murtabak dan balikkan sehingga masak.
  6. Letakkan cheese di atas murtabak dan masukkan dalam microwave sekejap, just for the cheese to melt. Done!


Cheddar cheese ialah Chesdale, yang keping keping tu. Boleh juga digantikan dengan mozzarella cheese ataupun bubuh je dua-dua jenis cheese. Tak ada masalah, it's up to your own creativity. Plus, kalau guna perencah Mi Sedaap perisa kari untuk campur dalam telur laaagii sedap sebenarnya sebab perencah dia lain sikit. Lebih sedap jadinya rasa murtabak tu.

Murtabak maggi ni makan dengan chilli sauce would be very nice I tell ya. Seriously. And oh! Makan panas panas tauuu... Omnomnom :)

Ini bukan hangit tapi 'garing', okey! :D

p/s: Portion untuk satu murtabak resipi saya setelah beberapa kali percubaan ialah ½ paket maggi bersamaan dengan 2 biji telur.

Selamat mencuba!
Have a nice day onwards, semua!!! 

2 comments:

  1. Saya pernah buat jugak. Sedap, tp magie kan kurang berkhasiat, so jarang buat. Hehe

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥