JAUH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Jauh di sudut hati paling dalam
Tersemat kalimah 'rindu'
Disimpul rapi, diikat mati, digari dengan erti kata jangan pergi.

Aku sedar
Lama dulu sudah aku akui
bahawasanya semua datang dari silap sendiri.

Aku;
yang sukar melepaskan,
yang memaksa diri menafi,
selindungkan perasaan yang masih mekar tak bersemi.

Akulah yang salah.
Ya, akulah orangnya.

Dek kerana masih sayang.
Dan cinta yang masih berbaki.

Lelaplah wahai mata,
Fairuz Aqilah.

2 comments:

  1. Err... Hashtah kenangan, hashtag memories, hashtag ehh, hashtag okbai! Huhuhu... :)

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥