BRACES | GETTING MY BRACES OFF!

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum. Hello :)

Oh my braces, please don't leave me!!! I miss the #ironteeth smile... :'(

So, seperti yang Dr. Hassan janjikan. Jeng jeng jeng! Kite pun dah buka braces pagi tadi. Dan gambar di atas diambil sementara tunggu turn masuk buat treatment.

Alahaiii... Allah saja lah yang tahu nervous dia macam mana, rasa berat hati yang amat sangat nak buka braces. Wallahi, kalau diberi peluang dapat pakai lagi lama memang teramatlah relanya! Tapi apakan daya. Hmm... Habis pasrah dah ni! :'(

Masuk masuk je, terus nampak retainer dah get ready atas meja. Pink uollss! Gitu. Kalau boleh request, of course nak purple. Haha..

The whole process took a very short time, seriously. Sumpah cepat gila. I thought like maybe ambil masa lama nak siap. But I was totally wrong!

Nganga, Dr. check condition gigi semua "Good!" katanya. Then, dia pun amik spanar ke pliers ke (equipment dia lah kan) click click click terus cabut habis sebariiisssss braces atas bawah. Dengan bracket, dengan wire apa semua. Lepastu dia gerudi gerudi (cuci) segala sisa gam, plaque and everything. Sorry sangat penggunaan perkataan yang tersangatlah tak proper nya. Hehe.. ;)

Overall, tak sakit, cuma ngilu. Dah bersih semua, Dr. pun pakaikan retainer pink tadi. Dia ajar cara pakai dan buka yang betul sambil tengok cermin. He asked me to do it on my own to see if I can use in accordance with the right technique or not. Retainer pakai secara konsisten selama empat bulan. Selesai empat bulan, jumpa Dr. lagi untuk check progress and decide perlu pakai lagi secara berterusan ataupun boleh skip skip.

Macam gigi palsu. Menyukarkan percakapan. Pelat 'S' dan serupa bercakap sambil kemam gula-gula. Sabar je lah! =.="

Selesai bab tu. Move on to cara penjagaan retainer pulak.

  1. Wajib pakai siang malam pagi petang tak boleh buka KECUALI dua keadaan sahaja iaitu makan dan gosok gigi. Selain daripada dua tu, nak tidur ke nak apa ke mesti pakai. Tak kira.
  2. Jangan rendam dalam air panas. Lalukan saja bawah air paip, cuci guna berus gigi ubat gigi macam gosok gigi biasa.
  3. Jangan lap guna tisu atau apa-apa kain sekalipun.
  4. Retainer wajib simpan dalam box yang diberi. Jangan sesekali balut dalam tisu ke apa. Mesti letak dalam box dia.
  5. Jangan patahkan, hilangkan dan sewaktu dengannya. Kalau tak, nak gantikan yang baru RM300±!
  6. Jangan missed pakai retainer. Lepastu bila alignment gigi dah lari, retainer dah tak fit dengan kedudukan gigi, nanti mengadu nak buat balik RM4,700±!
Sekian, terima kasih. Maka, bermulalah perjalanan baru tanpa braces. Sengih nampak gigi, tiada lagi #ironteeth.

Mark the date! It's two years two months two weeks one day. Wow! Tak sangka dah sampai tahap ni.

Alhamdulillah. Terima kasiiihhhh sangat sangat sangat, ya Allah for the strength and courage all along the journey to be at this stage. All I can say is that it's truly not an easy peasy journey. Alhamdulillah. Alhamdulillah. :')

Last but not least, here goes the picture of me without the braces! No, not anymoree... :(

Retainer belakang gigi atas dan bawah dikekalkan. Atas je pakai retainer macam tu. Bawah biar macam tu je.
(Semoga tidur tak dapat nightmare lah ye)

Good night!
Fairuz Aqilah.

2 comments:

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥