ISTIQAMAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

| not mine, just sharing, tq :)

Since harini hari Jumaat, I would love to share something beneficial for all of us yang akan buat kita berfikir sejenak nanti sambil-sambil baca atau selepas selesai baca. Sama-sama kita muhasabah dan 'audit' diri bak kata Prof. Muhaya. I'm just spreading positivity right here! :)

Bercerita tentang istiqamah. Apa itu istiqamah? Menurut pemahaman saya personally, sejak zaman sekolah lagi saya faham istiqamah ni dalam erti kata mudahnya bermaksud berterusan. Senang cerita, istiqamah ni is doing something consistently. Konsisten dalam melakukan sesuatu perkara khususnya kebaikan lah, of course.

Macam mana pula yang dikatakan doing something consistently tu? Contohnya, bulan Ramadhan kita baca al-Quran boleh habiskan satu juzuk sehari. Tapi, habis saja bulan Ramadhan, nak habiskan satu muka surat pun susah. Pada bulan Ramadhan, kita amalkan bangun malam dan tunaikan solat-solat sunat tanpa jemu. Sebaliknya, berlalu saja bulan Ramadhan, solat-solat sunat pun kita liat nak buat. Maafkan saya, tapi secara realitinya yang mudah nak faham macam tu lah.

Sebenarnya, banyak yang boleh dikaitkan dengan perihal istiqamah ni. Banyak sangat sangat sangat. Hatta, benda-benda kecil yang kita alami dalam kehidupan seharian. Istiqamah ni berterusan; Amalan juga sesuatu yang bersifat berterusan. Jadi, boleh disimpulkan bahawasanya bila kita istiqamah melakukan sesuatu perkara, ianya boleh jadi amalan kita. Aha! Macam kita amalkan doa-doa yang selalu kita baca tiap-tiap hari tu. Doa makan, sudah makan, doa tidur, bangun tidur, doa tengok cermin, doa naik kenderaan, doa masuk keluar tandas, doa apa lagi? You name it. Semuanya amalan hasil daripada apa yang kita buat secara berterusan kan? Istiqamah lah tu! :D

In my point of view, secara peribadinya saya sendiri rasakan istiqamah tu bukannya sesuatu yang mudah. I mean like, dalam konteks penghijrahan saya; Memperbaiki kelemahan diri, berubah menjadi seorang muslimah yang lebih molek. Begitulah serba sedikit gambaran. Memang bukan senang untuk sampai ke tahap siapa saya hari ini. Berusaha melabuhkan tudung, melonggarkan pakaian, stoking dan handsocks tak tinggal, jaga kelakuan dan pergaulan. I admit, it's a very tough journey all along the way. Bahkan, saya masih lagi meniti perubahan. Masih. Tapi, apa yang paling penting saya cuba nak kongsikan harini is we can always be better than who we were yesterday if we keen to learn and istiqamah doing good deeds. Semoga amar makruf nahi mungkar yang kita lakukan, Allah redha dan limpahkan rahmat. InsyaAllah, may Allah ease every single thing on us. Amin...

Saya sendiri. I never claim myself as baik ataupun solehah ke apa. No no no, never, tak pernah pun. It's just a matter of spreading positivity or I can say #dakwahmudah laaa gitu. Sharing is caring. Kan kan? Hehe..

"...bila kita istiqamah melakukan sesuatu perkara, ianya boleh jadi amalan kita."

Sekadar itu saja, insyaAllah.
Wallahua'lam.

Salam sayang,
Fairuz Aqilah.

4 comments:

  1. Waalaikumussalam. Hello. Hai. Annyeong.

    Kamsahamnida. Bye.

    Huhu ツ

    ReplyDelete
  2. Istiqamah perlukan disiplin yang tinggi,betul x?

    _____________________

    Reply Your Comment at http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com/2014/12/officially-wife.html

    Alhamdulillah heee :)
    Orait ;)

    CK baru update heee (^_^) >> http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com/p/wedding-review.html

    ReplyDelete
  3. @Cik Kumbang yup! Disiplin pun akan membantu dalam usaha kita nak istiqamah terhadap sesuatu. InsyaAllah, just sharing apa adanya. :)

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥