BRACES | APPOINTMENT LIMA MINIT

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Hari kejadian: Selasa, 22/12/2015.
Aku suka update cerita lapuk, #sukahatiaku HAHAHA :D

Appointment dentist setelah berkurun lamanya tak jejak Klinik Maheran, klinik gigi aku sejak dua tahun yang lalu. Ehh?!! Hehe..

Punyalah bertangguh-tangguh, postponed tarikh sebab komitmen belajar. Pelajar komited lah konon! Poyoyosss. Heh.

Sampai tiba pada hari kejadian pun, masih lagi postponed setengah jam sebab kena jumpa supervisor FYP. Sadis degree life aku. Sadis sungguh. Sadis! :'O

Setibanya di klinik, ya Allah punyalaaahhhh ramainya orang tunggu turn! Aku yang dah lambat ni pun terpaksa tunggu lama juga. Takkanlah nak potong queue orang pulak, lainlah aku ni menantu doktor! ;D Okey, tak kelakar langsung. Seriously, lama gila tunggu sejam lebih sampai mengantuk terlentok-lentok dah.

Puas menunggu, akhirnya tiba juga giliran aku. Masuk Dr. cuci karang gigi sikit, adjust retainer bagi ketat, dapat warning sedas "Kena pakai sentiasa sampai bulan dua, bulan tiga baru boleh pakai malam saja masa tidur, bulan empat kita jumpa balik. Kalau nak gigi jadi macam ni balik (sambil tunjuk mould 'gigi lama' aku), buatlah". Sebabnya bila dia tanya macam mana pemakaian retainer aku, aku cakap pakai malam je masa nak tidur sebab susah nak makan je kena buka pakai buka pakai, leceh! Jawapan Dr. cuma, "Memanglah!" Okay, fineee... :(

Lima minit je treatment. Tunggu punyalah lama, ya Rabbi! Sabar je lah. Inilah yang dikatakan, penantian satu penyiksaan.

P/s: Bangun pagi, sakit gila gigi sebab retainer ketat tu tolak gigi ke dalam. Rindu zaman pakai braces, macam tu lah sakit dia bila baru sehari dua lepas appointment. I miss my braces real badly... :'(


Entry bosan kan?
Okbye!

Zzz...
Fairuz Aqilah.

KENAPA 'SUPERMAN'?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


To be honest, saya rasa saya tahu ramai yang mempersoalkan kenapa saya memilih 'Superman'? Superman di IG, Superman di blog, Superman di sini, Superman di sana, Superman di situ, Superman di sinun. Hmhmhmm... You can tell that I am not a big fan of Superman pun if you know me well, indeed! But still, why 'Superman'?? Why??? Kenapa Superman dan kenapa bukan Batman, Spiderman, Antman, Ultraman atau Kluangman? Kenapa mesti Superman?

Good question!

KENAPA 'SUPERMAN'?

Sebab...

Tiada sebab yang kukuh mahupun spesifik untuk soalan tersebut! Yang pastinya, I am sooooo into Superman since wujudnya satu pernyataan #deep berbaur sarcastic yang direka sendiri iaitu,

"Tengah tunggu jodoh Allah jatuh dari langit. Mana tau barangkali Superman ke." 

Tak lama lepas tu, keluar pulak filem Suamiku Jatuh Dari Langit. What a coincidence! Dan semenjak kewujudan pernyataan yang satu itu juga, saya teramatlah teruja dengan apa saja yang ada depan mata related with Superman. I even bought a Superman's logo keychain, I started to save a lot of Superman's thingy pictures on my phone, I created more and more statements regarding me and my imaginary 'Superman' and blablabla... Kemaruk apa entahlah! :'D

I just loveeeeee Superman so much! And I just love the fact that I could possibly be Superman's soul mate one fine day! I mean, 'Superman'. Alright, I think I should make it crystal clear for you. The real 'Superman' here refers to my future boyfriend or future husband actually. I wanna call him Superman since pernyataan yang direka tu pun kan bab jodoh! HAHAHA (antara lawak atau tidak atau lawak yang tak berapa nak lawak tapi nak gelak) #apaakucubacakapni

I am single. Any guys out there yang suka and then terus jumpa Ayah saya menyampaikan hasrat hatinya, will be a Superman of mine! As simple as that. How sweet! InsyaAllah, amin! :')

Okay, excuse me. I nak tergelak lagi!

Yang kuat berangan,
Fairuz Aqilah.
(Superman's girlfriend-to-be)