BRACES | APPOINTMENT LIMA MINIT

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Hari kejadian: Selasa, 22/12/2015.
Aku suka update cerita lapuk, #sukahatiaku HAHAHA :D

Appointment dentist setelah berkurun lamanya tak jejak Klinik Maheran, klinik gigi aku sejak dua tahun yang lalu. Ehh?!! Hehe..

Punyalah bertangguh-tangguh, postponed tarikh sebab komitmen belajar. Pelajar komited lah konon! Poyoyosss. Heh.

Sampai tiba pada hari kejadian pun, masih lagi postponed setengah jam sebab kena jumpa supervisor FYP. Sadis degree life aku. Sadis sungguh. Sadis! :'O

Setibanya di klinik, ya Allah punyalaaahhhh ramainya orang tunggu turn! Aku yang dah lambat ni pun terpaksa tunggu lama juga. Takkanlah nak potong queue orang pulak, lainlah aku ni menantu doktor! ;D Okey, tak kelakar langsung. Seriously, lama gila tunggu sejam lebih sampai mengantuk terlentok-lentok dah.

Puas menunggu, akhirnya tiba juga giliran aku. Masuk Dr. cuci karang gigi sikit, adjust retainer bagi ketat, dapat warning sedas "Kena pakai sentiasa sampai bulan dua, bulan tiga baru boleh pakai malam saja masa tidur, bulan empat kita jumpa balik. Kalau nak gigi jadi macam ni balik (sambil tunjuk mould 'gigi lama' aku), buatlah". Sebabnya bila dia tanya macam mana pemakaian retainer aku, aku cakap pakai malam je masa nak tidur sebab susah nak makan je kena buka pakai buka pakai, leceh! Jawapan Dr. cuma, "Memanglah!" Okay, fineee... :(

Lima minit je treatment. Tunggu punyalah lama, ya Rabbi! Sabar je lah. Inilah yang dikatakan, penantian satu penyiksaan.

P/s: Bangun pagi, sakit gila gigi sebab retainer ketat tu tolak gigi ke dalam. Rindu zaman pakai braces, macam tu lah sakit dia bila baru sehari dua lepas appointment. I miss my braces real badly... :'(


Entry bosan kan?
Okbye!

Zzz...
Fairuz Aqilah.

4 comments:

  1. Uwaa tabahnya orang2 yang pakai braces ni menahan ketidakselesaan dan kesakitan. Ihihi.. Tak apa, nanti dah buka mesti cun melecun. :D

    ReplyDelete
  2. Niena Reen: Hmmm... All these pains and suffers will pay off, seriously insyaAllah. :')

    ReplyDelete
  3. yeap. behind every beauty, there must be pain :D heheheheh chaiyuk kak oi!

    ReplyDelete
  4. Sakitnya dengar awak citer pun. Sabar naa. :')

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥