MUDARAT WAJAH AKIBAT SUKA BERTUKAR PRODUK KECANTIKAN

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Gambar hiasan

Ini satu entry khas untuk iktibar semua yang membaca dan dikongsikan berdasarkan pengalaman saya sendiri. Ikhlas, lillahita'ala tanpa ada sekelumit rasa benci atau unsur provokasi dan niat menganiaya mana-mana pihak. Tidak sama sekali. Sekian, terima kasih. Harap maklum.

Rangka asal entry ni dah type lamaaa masa kena batang hidung sendiri tak lama dulu and saved sebagai 'kenangan'. Tapi tiba-tiba rasa terpanggil pulak untuk share pengalaman sendiri ni kat sini since timbul isu yang tengah viral di media sosial dan jadi bualan ramai sekarang iaitu, kosmetik-kosmetik di pasaran yang mengandungi bahan terlarang dan tak ikut piawaian seperti ditetapkan oleh KKM. Diubahsuai serba sikit dari segi penggunaan short form, ejaan, ayat tunggang-langgang dan sewaktu dengannya tanpa tokok-tambah tipu sana sini penyedap cerita. Semuanya realiti!


 Lambakan produk kecantikan di pasaran…

Lambakan produk kecantikan di pasaran pada hari ini sedikit sebanyak berjaya mencuri perhatian kaum Hawa yang sememangnya sukakan kecantikan. Aku juga salah seorang daripadanya yang always ‘eager’ nak cantik, juga tidak ketinggalan untuk mencuba produk-produk yang berada di pasaran.



 Kulit super sensitive!

Meskipun cukup mengenali kondisi kulit sendiri yang super duper sensitive, aku masih kelabu mata mudah terpengaruh dengan iklan tv, testimoni di instagram dan facebook serta ‘peer pressure’ yang juga mendatangkan masalah nak ikut cantik bila tengok dia daripada tak berapa nak cantik tiba-tiba terserlah kecantikan wajahnya.



 Di ambang memudaratkan wajahku…

Tak tahan dengan iklan di tv dengan duta artis cantik Korea… Tak cukup dengan itu, produknya berasaskan bahan-bahan natural dan tanpa pewangi. Memandangkan kulit aku yang sensitif nau nau ni, aku pun memberanikan diri untuk cuba produk ni lillahita’ala. Manalah tahu berbekalkan niat suci murni ditambah pula dengan berasaskan bahan natural dan tak berbau pulak tu, dengan harapan perbaikilah segala cela serta cantiklaahhhh muka aku ni, Ya Allah.

Maka, cukup seminggu pemakaian produk tersebut… Jerawat besau-besau pun mulaaa naik dengan agresifnya Ya Allah Ya Tuhanku! Mencanak-canak jerawat tumbuh di muka. Orang sekeliling yang rapat pun mula tegur, “Pakai apa sekarang? Muka banyak jerawat ni. Haritu nampak elok dah”.

Hati pun mulalah risau. Terus stop pakai, simpan produk tu tepi tong sampah sampai berhabuk. Ada lagi separuh. Nasib baik beli trial set. Kalau terus beli satu set botol gabak-gabak belaka, aku tak tahulah penyesalan tahap dewa bagaimana yang aku rasa.


 Mujur…

Setelah berhenti pakai produk yang naik jerawat terlalu pesat tersebut, aku pun kembali memanjakan wajah dengan penggunaan produk seperti sedia kala. Walaupun simple dan campur-campur, tapi taklah berjerawat teruk dibuatnya.

Setiap malam gigih sapu Oxy 10 untuk hilangkan jerawat yang bertapak di muka tanpa segan silu. Alhamdulillah, mujur Ya Allah, jerawat mula hilang sikit demi sedikit. Kondisi kulit pun mula pulih seperti sedia kala (walaupun tak licin macam Che Ta, tapi at least taklah berjerawat besar nau nau tak tentu pasal).


 Tak serik!

Tidak lama selepas itu, sifat ‘eager’ untuk cantik pun kembali menjengah. Aha, atas alasan yang kengkonon kukuh (disebabkan muka baru-baru ni naik jerawat banyak), plus kawan-kawan adik sepupu ramai pakai dan jerawat kecut dan muka jadi flawless dan putih kemerah-merahan, plus niat baik Mama ingin membantu anaknya mengatasi masalah sebelumnya dan jadi cantik seperti salah seorang rakan sepejabatnya dengan penggunaan produk tersebut…

(Semuanya berbaur konsep ‘peer pressure’)

Maka, pada suatu hari, dengan jayanya Mama membelikan aku produk yang digembar-gemburkan keberkesanannya itu. Sepantas kilat aku pun mula google testimoni, cara pemakaian yang betul, tips and tricks dan sebagainya sampai berpuas hati. Malam tu juga aku nekad dan yakin diri untuk mula pakai. InsyaAllah, moga berkesan seperti yang diperkatakan. InsyaAllah, amin! Mulakan dengan cleanser, toner dan krim malam. Bismillah, selawat Nabi jangan lupa.


 Tragedi.

Tepat jam 6:30 pagi, aku tersedar dari tidur yang tak berapa lena sambil menggaru-garu muka. Tak selesa. Apa dah jadi ni? Nyamuk gigit kah? Curious.

Rupanya-rupanya bila bangun tidur dan perkara pertama yang dilakukan ialah segera menghadap cermin. Ya Rabbi!!! Kenapa dengan muka aku ni?? Muka merah, gatal, panas. Hati mula rasa risau yang amat. Tapi cuba husnudzon dalam hati, “Ini mungkin kesan sementara nak serasi kot…”

Teruskan penggunaan cleanser, toner dan krim siang. InsyaAllah, bismillahi tawakkaltu a’lallah! Haa… Muka tak surut merahnya. Malahan, lagi kerap menggarunya kerana gatal yang amat sangat.

Terus SMS Mama mengadukan halnya itu dan ini. Mama suruh basuh muka dengan air sahaja dan berhenti pakai produk tu. Aku buat dan ketidakpuasan hati mula bermaharajalela. Laju aku google macam-macam artikel dan baca bersungguh mengenai testimoni produk dan juga tentang kondisi kulit yang aku hadapi akibat penggunaan produk baru.

Wallahi, banyaaaakkkkkkkk sangat sangat sangat perkara yang meragukan di celahan pujian serta keberkesanan produk yang diwar-warkan. Mula timbul rasa sesal. Sesalan yang tak berkesudahan.


 Tipu, dusta, jangan percaya mudah terpedaya!

Kesan seawal satu minit, 24 jam, satu hari, 3 hari, seminggu… Sudahlah! Mana ada cantik yang secepat sedrastik itu kalau tak kerana kandungan chemicals yang Subhanallah maha dahsyat banyaknya dalam produk-produk tu semua. Kalau tak, tak adalah jadi macam ni. Alhamdulillah, untung kulit aku kuat rebel bab-bab salah sikit guna produk. Walaupun menanggungnya, Allahuakbar, menyesal tak sudah. Sendiri pun tak sanggup tengok muka dalam cermin.


 Tiada perubahan.

Bermacam cara dah aku cuba try test termasuk sapu aloe vera, sembur Bio Essence Miracle Bio Water, sapu Calamine lotion, tempek hirisan timun sejuk satu muka. Tak berhasil. Tetap juga mukaku merah, gatal-gatal, panas, tambah lagi pulak pedih, naik ‘biji nasi’, kering, seperti bersisik.

Menangis dalam hati saja mampu melihatkan dahsyatnya kulit mukaku rebel dengan produk kali ni. Protes dia sangat agresif sampai begini sekali jadinya muka aku. Saban hari tangkap gambar kondisi muka. Swipe, swipe, swipe, taaakkk juga berubah, sama saja. Bezanya berbeza sungguh dengan kondisi kulit normal aku yang juga aku tangkap konon ‘sebelum-selepas’ pemakaian.

Serba salah Mama, jangan cakaplah. Hanya mampu ditenungnya sayu wajahku yang sadis dan cuba buat selagi mampu untuk menenangkan aku dan merawat kulit wajahku yang kelihatannya 'rosak' teruk.

Bukan salah Mama. Bukan juga salah sesiapa. Ini bukan masanya nak menyalahkan satu sama lain. Sungguh, aku tak salahkan Mama pun sebab belikan. Memang aku yang mula merisik khabar dulu pasal produk tu. Mama cuma ala-ala 'merealisasikan impian' gitu lah. Mak mana yang tak sayang anak, taknak support anak kan. Kena faham juga tu. 


 Jumpa doktor.

Kalau ikutkan hati, nak ajak Mama ke klinik berhampiran untuk dapatkan nasihat dan rawatan selanjutnya. Dah empat hari macam ni, tak ada surut atau sebarang perubahan yang positif. Bukan aje sama, malah lagi teruk dengan rasa pedih, naik ‘biji nasi’ bersepah, extremely kering dan seperti bersisik. Sekurang-kurangnya, boleh dapatkan medical prescriptions yang betul-betul boleh merawat keadaan kulit ni kalau jumpa doktor.

Tapi aku tak pergi. Aku ambil inisiatif teruskan dengan sapu aloe vera, sembur Bio Essence Miracle Bio Water, sapu Calamine lotion, tempek hirisan timun sejuk satu muka sampai sembuh. Ya, sampai sembuh.

Semuanya ambil masa lebih kurang dua minggu untuk pulih semula seperti sedia kala. I mean, betul-betul pulih back to my normal skin.


 Nasihat.

Aku dah lalui banyak proses kulit muka rebel dengan produk yang tak sesuai dengan my super duper sensitive skin. Dulu cuba pakai krim kunyit untuk jerawat dan pernah cuba satu set produk baru macam ni jugak, akibatnya terjadi lebih kurang macam ni lah. Tapi kali ni nampaknya, ini yang paling teruk dalam sejarah. Paling teruk okey, paling teruk.

Dengan rasa rendah diri dan seikhlas hati nurani tulus suci murni, dengarlah nasihat serta pesanan Kak Yong ni okey, teman-teman Hawa di luar sana. Sejujurnya, jangan ikut sangat rasa yang binasa dan terpengaruh dengan orang ataupun disebut sebagai ‘peer pressure’ dan  kelabu mata dengan lambakan produk di pasaran. Guna apa yang sesuai dan bagus dengan kulit kita. Murah pun murah, mahal pun mahal lah. Who cares! Tapi tengok jugaklah, mesti ikut kemampuan. Asalkan tak sampai memudaratkan dan menyesal tak sudah di kemudian hari seperti kes saya ini. Jadikan pengajaran.

Yang baik dari Allah, dan yang buruk semuanya datang daripada kelemahan diri saya sendiri. Saya sayang teman-teman Hawa saya semua, sebab tu saya share. InsyaAllah, saya mohon maaf andai ada khilaf di mana-mana. Semoga perkongsiannya bermanfaat.


P/s:- Sekarang, aku taklah obses nak putih sangat pun. Cukuplah sekadar dapat kulit yang bersih dan sihat. Memadai, alhamdulillah.

Jangan ambil hati tapi ambil positif okey! :)
Semoga bermanfaat, insyaAllah.

Salam sayang penuh prihatin,
Fairuz Aqilah.

#jangankecamsaya #justsharing

15 comments:

  1. Tina pun tak percaya sangat produk2 ni especially yg kat iklan kat instagram sume. Tapi kalau produk tu jenis yg klinikal boleh dipercayai...

    ReplyDelete
  2. Teena Tna ha tu lah dia. Betul tu. Lebih baik kalau kita dpt prescriptions from doctor sendiri takpun guna je apa yg sesuai dgn kulit kita. Jgn mengada nk try yg bukan bukan. Nt dh kena, susah. :'(

    ReplyDelete
  3. Betul hm :( some products are just plain jahat haha sukati je qila hiks.
    And yes, focus on kulit bersih sihat je hihu

    ReplyDelete
  4. Aqilah Azmi there are tons of beauty products out there yg totally tak sesuai dgn my skin. My advice is to hati-hati and use what's best for your skin only. Janji kulit bersih dan sihat, that will be more than enough. :)

    ReplyDelete
  5. yui bc pun rasa seram..

    yui msh setia dgn stu produk..

    CMD & Safi..heeee..

    ReplyDelete
  6. Miss yui stick to range of products that suit you best k. Jadikan iktibar drpd pengalaman yg sy share ni. :)

    ReplyDelete
  7. Huuuu takutnya. fieyqa pun pernah lalui perkara yg sama. tak tahu produk apa yg betul2 sesuai. hari tu ada pakai satu produk drugstore lepas cuci muka je terus gatal2, merah tak tahu kenapa, mungkin kulit ni dah banyak sgt kimia agaknya haha T__T

    ReplyDelete
  8. Fieyqa Adelova, hmm tu tandanya tak sesuai lah tu dengan produk yg dipakai. Tapi kiranya lagi rebel lah kulit awak, straight away rasa gatal. Actually, bagus jugak sbb kita pun straight away akan tau kulit tak sesuai dgn sesuatu produk bila dapat kesan drastik mcm tu. Hehe..

    ReplyDelete
  9. scya pun tak berani sangat sebenarnya nak cuba-cuba produk dalam pasaran. cuma biasa pakai cleanser hilangkan minyak and sekarang baru cuba pakai nanowhite tu. plus sekarang tgh rajinkan diri u=pakai masker buat sendiri (tomato+madu).

    paling2 pun bharap dpt kurangkan minyak and kecilkan pori

    ReplyDelete
  10. risaunya. sya ni asyik naik jerawat je. pkai produk apa pon x mnjadi

    ReplyDelete
  11. @Scya Lollita: Samalah, pakai nanowhite jugak. So far so good. Even kesan lambat, tp pemulihan kulit tu yg kita nak. Tomato dgn madu erk. Nk try jgk lah! Hehe..

    @najwa zahid: kalau mcm tu kena rujuk pd mana-mana doktor atau farmasi lah utk cure jerawat awk tu.InsyaAllah, itu yg plg baik sebenarnya drpd nk cuba mcm mcm produk yg blm tentu sesuai dgn kita. :)

    ReplyDelete
  12. saya tak kisah tukar2 produk tapi saya guna satu2 produk saja pada satu masa. kalau ada masalah, boleh tau mana satu. setakat ni saya ok macam2 produk, tak pernah pulak tak ok.

    ReplyDelete
  13. @nurin khairi: Ohhh alhamdulillah la kalau mcm tu! Depends on skin condition jgk kot. Atas diri sendiri punya kulit jgk lah kot. Hehehe :)

    ReplyDelete
  14. Mellya pun pergi jumpa doc pakar kulit dulu. Masa tu muka Mellya critical. Cukup sebulan, muka licin. Skarang pakai bio essence je. Tapi tengok iklan2 penipu tu kadang2 tergoda juga huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bio essence erk, pernah pakai yang miracle bio water tu je spray spray best jugak. hehe.. kaannnn bab iklan tu memanglah menggoda yang teramat, tp control!!! haha

      Delete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥