ABANG

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Macam mana rasanya ya, kalau ada abang? Best tak?

Aku anak tunggal.
Orang selalu tanya aku, "Tak sunyi ke sorang-sorang?" Lazimnya, aku akan jawab, "Tak pun, dah biasa dah". In fact, aku rimas sikit kalau riuh-rendah tak terkawal ni. Riuh-rendah tu kadang-kadang seronok, tapi kalau tahap yang tak terkawal tu aku rasa boleh mendatangkan stress tak pasal-pasal.

Aku anak tunggal.
Orang selalu juga tanya lagi, "Taknak adik ke?" Benda wajib aku jawab sepantas kilat ialah, "TAKNAK!" Dan seboleh-bolehnya, tolong jangan tanya lagi dah sebarang soalan lepas tu kalau taknak tengok aku naik angin. No further questions, please! I bet you really don't wanna see me transform into a cute monster right? Hahah! I mean it! *emoji senyum sinis*

Aku anak tunggal.
Aku teringiinnn sangat nak ada abang.
Itu impossible sama sekali. Ya, aku tahu tu.
Tapi aku cuma teringin nak ada seorang abang. Sangat! :')

Aku pernah suarakan perkara ni pada Mama. And as usual, "Dah tak ada rezeki nak buat macam mana. Mama kalau boleh memanglah nak anak lelaki, nak anak perempuan." Jawapan Mama sedikit sebanyak berjaya juga memujuk hati aku ni. Alhamdulillah, ya Allah! Alhamdulillah apa adanya...

Tapi!
Aku curious.

Kalau aku ada abang, mesti abang aku handsome! Ehh?? :'D

Kalau aku ada abang, boleh bodek dia macam-macam. "Abang, belanja ice-cream Baskin Robbins!", "Abang, jum pergi jalan!" Abang mana yang tak sayang adik dia. (Aku akan jadi adik yang mengada dan sangat annoying macam ni ke?) Hehehe..

Kalau aku ada abang, aku akan bahaskan diri aku dengan abang aku macam mana ya? Abang-adik atau aku-kau macam yang biasa aku hadap dengan orang lain yang ada abang. Mesti Mama Ayah marah kalau cakap aku-kau dengan Abang. Dia kan Abang!

Kalau aku ada abang, aku dengan dia clingy macam best friend ke kuat gaduh macam Tom and Jerry ke apa erh?

Kalau aku ada abang, apa yang aku selalu bayangkan ialah situasi bila kat sekolah ada orang kacau atau buli aku, aku boleh report kat dia! Mestilah sebagai seorang abang, dia akan protect aku kan. (I mean in a good way lah, bukan pergi belasah orang tu pulak ke apa).

Kalau aku ada abang, mesti dia lagi pandai serba-serbi berbanding aku. Boleh aku suruh dia ajar aku calculations. Aku kan tak berkawan baik dengan numbers and calculations! *emoji senyum sinis* Sebab Ayah ajar calculations selalu aku nangis. Ayah garang. Tapi kalau Abang garang macam Ayah, baik aku belajar sendiri. Hahaha! :'D

Cukuplah!
Aku bukan tak bersyukur.
Malahan, aku selalu ingatkan diri supaya jangan sesekali kufur nikmat.
Apa pun kurniaan, qada dan qadar Allah; ALHAMDULILLAH!

Fahamlah;
Seorang Fairuz Aqilah cuma terlalu curious and excited if only she has a brother. If only...

Yang tak ada abang,
Fairuz Aqilah.

4 comments:

  1. Same like me. I want has a brother. But, I must accepted that I'm the first. I have another 3 siblings. But, their's my youngest brother. huhuhu Bersyukurlah apa adanya :)

    ReplyDelete
  2. Same like me. I want has a brother. But, I must accepted that I'm the first. I have another 3 siblings. But, their's my youngest brother. huhuhu Bersyukurlah apa adanya :)

    ReplyDelete
  3. Eh sama lah kita kak!!! I dont hv any abang heheheheheheh and yes, mesti rs mcm abg kita encem kan hikhik

    ReplyDelete
  4. @Mashumashmello: Seronok ke ada adik lelaki? Apa rasanya pulak? Hehehe... Alhamdulillah. :)

    @Aqilah Azmi: Kaannnn!!! Kenapa entah, firasat kuat mengatakan klu ada abg mst abg handsome. Hahahaha :'D

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥