BOLEH BLAH!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Aku letih berdiam
Aku penat mengalah

Kali ini
Sekali ini
Di kesempatan yang ada
Ku katakan dengan berani

Aku hamburkan segalanya
Yang terbuku sekian lama

Aku lepaskan semuanya
Yang ku rasa sejujurnya

Kerana letih dan penat ku
Sering berdiam dan mengalah

Aku gagah berperang menduga perasaan mu
Aku asak bertubi-tubi menghentam tembok besar dalam hati mu

Demi mendapatkan jawapan
Mengapa kau wujudkan penghadang meski aku sedia bawa kuncinya

Berhasilnya taktik rakus aku
Mengetepikan ego ku sedikit
Lantas fahamlah aku

Ketemu aku sama tanggapan ku
Bahawasa kamu begitu kerna pernah dikecewa

Cinta ku beri
Padamu ku buang masa

Sayang ku ungkap
Padamu ku bilang dusta

Betapa kukuhnya tembok yang terbina
Teramat keras pula hati di dalamnya

Bibit hampa mula menerpa
Tatkala terlihat tiada satu ruang untuk bertapa

Kunci yang ku hulur pun tak terbuka
Mungkin aku perlukan kata laluannya pula

Apa kau akan berterusan begini
Mengharap tanpa usaha dan ehsan memberi
Ruang dan peluang untuk diterokai

Ya
Tuhan sebaik-baik perancang penentu segala sesuatu
Yang kita cuma mampu pasrah terima seadanya apa berpisah atau bersatu

Tapi
Sangat penting untuk kita ambil tahu
Mengharap sahaja tanpa usaha dan ehsan memberi tidak memadai
Tamatkan penantian ini

Cuba nilaikan usaha ku
Meski yang tak seberapa ini

Adakah insan lain
Pernah bersusah-payahnya seperti aku
Pernah berbuat sedemikian rupa hanya kerana inginkan kamu

Sedarlah bahawa hanya aku
Aku pun tahu hanya aku
Aku yakin sekali hanya aku
Hanya aku

Maka
Masih mahu kau butakan mata pekakkan telinga?

#aqilahslaa #wordsfromheart #deep


P/s:- Putar lagu (Boleh Blah - Nana Sheme). Liriknya harap tuju tepat ke hati mu.

Boleh blah!
Fairuz Aqilah.

4 comments:

  1. @Nabila Syifa errr... Lebih kurang lah. Hehe

    ReplyDelete
  2. Nape ni Fairuz problem apa ni? Chill chill k? Jangan kisah sangat apa orang sekeliling cakap huh.

    ReplyDelete
  3. @Nadratul Syazwana hmmmm nadnodddd...... :'(

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥