MENUNTUT HUTANG

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Lamaaaa aku fikir masak-masak sebelum nak wujudkan entry ni. Seriously, dah berbulan aku fikir nak buat ke taknak. At last, here it is!

Pasal pinjam duit ni, aku sendiri pun tak berapa nak berduit sangat since aku pun student and bawah tanggungan parents lagi. Alternatif untuk jana duit poket sendiri tu ada lah juga sikit-sikit apa adanya. Dari segi nak bagi pinjam, tengok juga keadaan. InsyaAllah, kalau aku rasa aku mampu tolong, aku bagi tapi kalau aku kata tak dapat tolong tu means memang tak boleh.

Sejujurnya, aku ni jenis tak kisah sangat kalau bab belanja makan ke, bagi pinjam barang ke. But it depends lah juga relevan atau tak tu. Sama juga when it comes to bab hutang. Lewat mana pun bayar balik, asalkan masih ingat soal berhutang tu dan usaha untuk langsaikan pun dah kira baik. Bila buat-buat lupa atau memang lupa sungguh dan buat biasa seolah-olah tak ada apa yang terjadi... Itu yang menyebabkan aku pulak rasa pelik dan serba salah sikit at the same time.

One of the things that I take into consideration bila nak pinjamkan duit is that aku percaya orang tu. Sangat percaya. Tahap kepercayaan yang kukuh bahawasanya orang tu akan bayar balik bila dia berkemampuan. As I mentioned before, lewat macam mana sekalipun bayar balik, asalkan masih ingat soal berhutang tu dan usaha untuk langsaikan bila berkemampuan.

Aku sendiri pun kalau terpaksa berhutang dengan orang, once dah ada duit aku akan segera set aside berapa banyak yang aku hutang tadi. Cara lain aku akan jot down kat mana-mana yang senang nampak macam tampal sticky notes kat softboard, set reminder dalam phone. And I even always ask orang tu supaya ingatkan aku kot kot aku terlupa yang aku ni berhutang. Bila berhutang ni, aku rasa tak tenteram selagi tak bayar tau. :'(

Jadi, aku yang dalam dilemma fikirkan macam mana nak tuntut hutang ni dengan jayanya telah mencari beberapa solusi. Bagaimana caranya menuntut hutang secara berhikmah?


 Jangan malu

Segan, serba salah. Kita pulak yang rasa semua ni. Maklum sajalah bila sesama kawan atau family members ni kan. Taknak nanti jadi masam muka, tak bertegur sapa, berkecil hati dan sebagainya pulak. Tak gitu? :)

Tapi sebagai pemberi hutang, kita berhak untuk minta hutang tersebut dilangsaikan. Jadi, jangan biar malu mengatasi segalanya sampai kita buat baik, orang pijak pulak kepala kita ni.


 Simpan maklumat

Make sure segala komunikasi tentang 'detik-detik' pinjam meminjam tu tak delete pulak ya. Kalau melalui messages atau WhatsApp dan lain-lain medium seumpamanya. At least, ada bukti. Berapa, bila, etc.


 Buat-buat nak pinjam duit

Orang tu buat-buat lupa,buat biasa seolah-olah tak ada apa yang terjadi. Kita buat-buat lah macam nak pinjam duit dia.

Nyatakan pada dia tentang masalah kewangan yang kita hadapi contohnya, "Kucing aku masuk hospital lah, aku nak pakai duit ni. Boleh tak kau tolong pinjamkan RMXXX kat aku? Ehhh, baru teringat! Haritu kau ada pinjam dengan aku RMXXX tapi belum bayar lagi kan? Kira tolak hutang tu je lah erh. Hehehe.."

Ustaz Azhar Idrus pun bagi jalan yang lebih kurang serupa. LINK

Punya nak menjaga hati sampai tahap macam ni! =.="


 Bergaul mesra

Bergaul mesra kat sini bukanlah dalam erti kata 24/7 nak kena ikuti perkembangan dia aje. Still keep in touch seperti kebiasaannya. Dalam pada bergurau-senda tu ke, selitkanlah pasal bab hutang sikit. Secara baik hati tulus suci murni lah tapi! Jangan main redah aje. Taklah nampak macam desperate sangat pulak.


 Kata-kata hikmah

Share lah kata-kata hikmah, pantun dua kerat empat kerat, photography quotes, etc. yang tak mengguris hati tetapi cukup #deep sebagai #selfreminder #notetoself jugak! :D

"Membayar balik hutang adalah sesuatu yang wajib dilaksanakan sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolak hutang-piutang mereka sebelum diagihkan kepada waris". (Surah an-Nisa', ayat 11)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang". (Hadis riwayat Muslim)

Ini kalau tak sedar jugak lagi, tak tahulah.


 Doa

Kalau dah tahap tak tahu nak buat macam mana sangat dah, berdoalah. Minta pada Allah supaya dibukakan pintu hati dan diluaskan pintu rezeki untuk orang tu bayar semula hutang kita. Doa kan senjata mukmin? :')

Ustaz Kazim Elias bagi tips bila baca Surah Yaasin, berhenti seketika dan berdoa sambil sebut nama orang yang berhutang dengan kita tu bila sampai saja pada perkataan "mubin(مبين). Sebanyak sembilan kali perkataan "mubin" (مبين) disebut dalam Surah Yaasin.

Boleh juga amalkan doa Nabi Yunus AS semasa ditelan ikan Nun. Sambil baca, sambil membayangkan raut wajah orang yang berhutang dengan kita tu. 

Surah al-Anbiyaa, ayat 87
Dalam sujud terakhir solat sunat taubat pun, kita baca ni kan. :)


Tak kira amalan doa dan zikir yang mana sekalipun, niat dalam hati lillahita'ala, mohon Allah bukakan pintu hati dan diluaskan pintu rezeki untuk orang tu bayar semula hutang kita. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan!

Terima kasih daun keladi 1 2 3 4 5 6 7

Sama-sama kita cuba ikhtiar, insyaAllah.
Ada cara lain nak share tak? Please leave a comment! :)

Moga Allah redha
Fairuz Aqilah.

P/s:- Jangan lupa baca Surah al-Kahfi harini!

11 comments:

  1. Hutang kasih sayang. Esok aku tuntut

    ReplyDelete
  2. @Yana Irdany *emoji senyum sinis*

    ReplyDelete
  3. payah jugak kan fikir2 balik kalau kes2 macam ni..

    ReplyDelete
  4. @ohd Syarizwan haah... Itu yang gigih cari jalan tu. Hehe

    ReplyDelete
  5. Hmmm payah kan bab yg cemni. Ada org maybeeee la mcm tak teringat haha. Adoi lah. Thanks kak for the tipssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat-buat tak ingat, pastu buat mcm tak pernah jadi pape tu yang mcm erkkkkk sikit tu! Tak best laahhh cemni... :( No prob, qila! I'm sharing all of these as for my own solutions jugak. Hehe ;)

      Delete
  6. tagging u
    http://najwazahid94.blogspot.my/2016/02/5-things-i-hate-most.html

    ReplyDelete
  7. saya bab2 tuntut hutang ni memang tak malu langsung XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's good for you lah jugak kan. Dah orang yang berhutang dgn kita. Tapi tu lah, hmm... :(

      Delete
  8. Allah terima kasih share entry nie dekat elsa ye awak. elsa fahamkan dah dari atas sampai bawah. elsa memang taknak dia tu banyak tanggung dosa sebab berhutang bukan dengan elsa je tapi dengan ramai orang. so elsa harap dia tu terbuka hati nak pikir jalan penyelesaiannya sebelum dia dah takde dekat dunia nie lagi. sakit sangat mati dalam keadaan berhutang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, sama-sama. Kite tumpang simpati dengan masalah Elsa. So, memandangkan kite dah pernah tulis entry pasal ni, kite pun suka nak share mungkin kalau tak bantu banyak, sikit pun jadilah. Harapnya, cepat-cepatlah dapat settle hal ni. Makin rumit jadinya kalau melarat nanti. 😢

      Delete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥