POSMEN

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Posmen poslaju pun hafal nama aku ni dah kenapa! Amende entah!


Posmen: Badrul Hisham.
Me: Ya, ayah saya.
Posmen: Nama?
Me: Fairuz...
Posmen: Aqilah?
Me: ??? @#$%&* (Pelik plus tahan gelak tak tau kenapa rasa kelakar)
Posmen: IC?
Me: 93**********
Posmen: Sign kat sini.


Dia tulis 'AQILAH'. (Dalam hati; "Wei, kite cakap nama kite Fairuz lah! Kenapa tulis Aqilah pulak?!") Sign sambil senyum tahan gelak terburai. Masuk je rumah, terus gelak sakit perut. Tak pasti jugak kenapa rasa nak gelak. Lawak pun ada. Mungkin sebab posmen tu dengan penuh bersahaja sambungkan nama aku kot. Nampak sangat ke aku banyak beli barang online lately? Sampai posmen poslaju tu pun ingat dah nama Fairuz Aqilah. Walaupun parcel poslaju bukan atas nama Fairuz Aqilah. Haihhh =.="

Oh! Dan ya! Memang posmen poslaju tu orang yang sama deliver semua barang aku sebelum-sebelum ni. Hmm, tak musykil sangatlah sebab aku pun sampai boleh cam muka posmen sama setiap kali hantar poslaju erh? Mungkin dia ingat nama sebab jarak hari hantar barang tu pun boleh kata selang beberapa hari je. Boleh kata dalam minggu ni saja dah dua kali barang sampai. Semalam dia baru hantar barang aku. Kebetulan harini barang Ayah pulak. Itu pasal dia ingat kot. Itu belum kira minggu lepas lagi. Hehe.. :D

P/s:- Tetibe posmen famous dapat nama sebab aku cerita kat sini. *emoji senyum sinis*

Sekian dulu kisah posmen harini,
Fairuz Aqilah.

6 comments:

  1. hahahahaha! teringat poslaju tempat qila eeee geli.
    dia call pastu qila tak angkat.
    pastu dia call sekali lagi dia tanya mcm boyfie tanya "kenapa tak angkat tadi.....? "

    ewww bygkan suara menggoda dia ew hahahahaha qila mcm erk.
    pastu dia mcm merajuk sbb qila tak keluar hahaaahahahahah!
    qila request second delivery hahahaha. and then qila dah menyampah qila suruh kakak je keluar. pastu nk beramah mesra pulak tanya selalu shopping online mana hahaahaha.

    lawak2 je posmen alahai.
    and yes, mcm ada certain weeks tu org sama je hahahaha

    ReplyDelete
  2. @Aqilah Azmi: Kan! Abang posmen niii cuba nasib cari jodoh pulakkk!!! =,="

    ReplyDelete
  3. Sama lah kita. Hihi. Lately asyik beli barang online je. Aihhhhh!

    ReplyDelete
  4. terbaik.. siap ingat nama full lagi :) hihi

    ReplyDelete
  5. Hahahhaha Fairuz ni buat teringat pulak posmen cuba berkenal-kenalan dekat Nad sebab ofcourse lah dia ada number kita kan. Alahaiiii hahahha. Blogger ni banyak sangat dapat barang ni hahaha.

    ReplyDelete
  6. @Nadratul Syazwana: Itulah pasal! Boleh pulakkk... Hahaha..

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥