TIPS CINTA TAK IKUT PUN TAK APA | 2

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Kusut serabut,
Kesabaran teruji,
Amarah berapi,
Sakit hati,
Rajuk menyepi.
Itu biasa.
Adat bercinta.

Luka dalam terhiris pedih,
Air mata selautan jernih,
Pahit kecewa ditelan perit,
Helah bermadah tak sudah.
Itu semua pun biasa.
Adatlah bercinta.
Ada pasang surutnya.

Tapi;
Kalau dah sampai tahap ambil kesempatan, naik tocang, pijak kepala.
Itu bukan cinta lagi dah.
Itu DUSTA!

Tinggalkan saja biar tak rela.
Kecewa hiba sementara cuma.

Sia-sia.
Membazir tenaga, air mata.
Sia-sia.
Terlalu menjaga hati orang hinggakan hati sendiri terabai.

Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.
Bunga mekar setaman, kumbang riang bertebaran.

Move on, wei!
Move on!!!

Dibawakan khas oleh,
Fairuz Aqilah.
#tipscintatakikutpuntakapa

6 comments:

  1. nice nice. pandai fairuz bermadah helah kehkehkeh. setuju dgn ayat-ayat dalam ni :)

    ReplyDelete
  2. Hehehehe alalalaaa mana adaaa! ;D

    ReplyDelete
  3. bestnya yg 2nd last tu ahahhaha =p

    ReplyDelete
  4. Hihikss! Aww, yang penting kite takde nak menyebelahi mana-mana pihak. Fair play. Hahaha ;D

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥