TIPS CINTA TAK IKUT PUN TAK APA | 3

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Ego menggunung tinggi ibarat kata lebih lagi dari langit ketujuh,
takkan membawa kau ke mana-mana pun.
Baik lelaki, baik perempuan.

Egois,
Keegoanmu hanya mendorong kau melakukan perkara yang kau sendiri akan menyesal di kemudian hari.
Kerana apa?
Kerana kau terlalu pentingkan diri,
memendam rasa hati.

Orang menanti, kau menyepi.
Orang memujuk, kau panjangkan rajuk.
Orang mengalah, kau tak beralah.

Kau suka dengan cara kau.
Kau angkuh dengan sikap kau.
Kau bangga dengan kemenangan kau.

Ego kau tak ke mana.
Kelak,
kesal kau langsung tak bermakna lagi.
Tak percaya?
Tepuk dada; tanya hati yang ikhlas dan akal yang waras.

Maaf,
serius aku katakan;
EGO KAU TAK KE MANA!

Dibawakan khas oleh,
Fairuz Aqilah.
#tipscintatakikutpuntakapa

2 comments:

  1. Bukan setakat bercinta, kalau berkawan sekalipun kalau ego
    Mesti kita TIDAK digemari, maklumlah bila dinasihati,
    Kita lebih suka menggunakan alasan "Cara aku memang begini"
    "Mmg perangai aku macam ni xleh nak buat apa La"
    "Aku dah memang begini" instead of menerima, dab Cuba berubah.

    ReplyDelete
  2. Kannn... Pokok pangkalnya, ego tu ada pada semua orang. Tapi sometimes, kena jugak lower the ego for the sake of people arpund us. Boleh jadi parasite jugak ego nih. :)

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥