TIPS CINTA TAK IKUT PUN TAK APA | 4

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Dalam perhubungan
selalu ada perbezaan
supaya keduanya saling melengkapi.

Jika salah seorang marah;
Yang seorang lagi jadilah air,
air yang mampu menyejukkan malah menenangkan.
Jangan pula jadi minyak,
minyak yang memarakkan lagi api kemarahan.

Jika salah seorang ego;
Yang seorang lagi seboleh mungkin menyerahlah.
Menyerah bukan bererti kalah.
Bahkan ajarkan pula dia bahawasnya dalam perhubungan perlu ada toleransi.
Tetapi awas!
Jangan pula sampai suatu tahap asyik mengalah,
dipijak henyak kepala kita.
Mohon waspada.

Jadilah pasangan yang saling memerlukan, menyayangi, mengerti peranan masing-masing.
Moga kekal bahagia, berjaya ke akhirnya.
Sampai ke syurga.
InsyaALLAH, amin.

Dibawakan khas oleh,
Fairuz Aqilah.
#tipscintatakikutpuntakapa

No comments:

Post a Comment

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥