'CANDLE LIGHT IFTAR'

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Hari ini dalam sejarah! Candle light iftar.

Boleh pulak time time orang dah nak berbuka puasa, dia tiba-tiba buat tak ada elektrik. Kelam satu rumah. Tak sure jugak satu taman blackout ke apa, tak dan nak tinjau dah tadi sibuk dok bancuh sirap laici. Haha :'D

Okey! Mesej yang sebenarnya, nak ukur tingkat kesyukuran kita tu berada di mana? Aku terfikir, kalau orang yang kurang bernasib baik berbuka puasa macam mana lah agaknya... Aku tak ada elektrik sekejap pun, masih lagi terhidang makan minum sedap sedap untuk berbuka puasa. Itupun masih nak merungut dalam hati, gelap lah apa lah. Bersyukurlah kita selalunya tak berbuka puasa dalam kegelapan berbekalkan beberapa batang lilin je (kecuali kes blackout atau saja-saja candle light iftar). Ingat! Ada orang kat luar sana tu yang jaaauuhhh lebih susah dan daif berbanding kita kalau kita nak kata kita ni susah.

Sekurang-kurangnya, kita masih punya banyak berbanding orang lain yang tak punya apa-apa atau mungkin sedikit. Siapalah kita. Yang Allah bagi tu pun semuanya pinjaman semata. Bila-bila masa je Allah boleh tarik.

Muhasabah.
Ucap, "Alhamdulillah".
Seikhlasnya tanda syukur atas pemberian nikmat Allah. :)

Just my two cents!
Fairuz Aqilah.

8 comments:

  1. Alhamdulillah. selamat berpuasa qilah. ^^

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan, selamat berpuasa semuanya! :D

    ReplyDelete
  3. penah jgk makan dlm gelap sbb tkda elektrik mcm tu mmg payah la cita dia sbb guna lilin dua batang ja >.<

    ReplyDelete
  4. Indeed! Tapi it was menginsafkan jugak somehow bila terkenangkan soal bersyukur. Hehe.. :')

    ReplyDelete
  5. Amboi amboi, kemain ber-candle light dinner pulak dia ye hihi <3

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥