BRACES | FINAL POST FOR MY BRACES' JOURNEY

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Cerita lapuk berikutnya,
Hari kejadian: Khamis, 11/08/2016.

Maafkan Fairuz Aqilah sebab suka sangat update blog dengan cerita dah basi. HAHAHA #kisahpulak

Ceritanya, appointment dentist buat yang kesekian kalinya setelah ditunda diawalkan ditunda dan diawalkan semula sampai jadi. Okey, jangan pening please! Baca sampai habis dulu. :D

Kali ni, tak tunggu lama dah walaupun orang ramai. Duduk sat tak dan belek instagram, dah kena panggil. Entah kenapa, environment and me myself pun ceria sangat. Dr. Hassan macam biasalah sambut dengan penuh keriangan dia tu, "Hello! How are you?" Oh, how I love my dentist. Soooooo ayah-ayah type. Hehe..

Dr. asked me macam mana pemakaian retainer malam nak tidur saja? Okey ke tak, so on and so forth. Then, dia tengok condition gigi, "Great!" katanya. So, after this still continue with wearing the retainer malam nak tidur saja but make it selang-seli. Harini pakai, esok tak payah pakai. Saaammmpai bulan 2, start bulan 3 cuba pakai pulak selang dua hari. Pakai selama yang boleh. Bonded retainer kat belakang gigi atas bawah pun akan kekal di situ selama yang boleh. The reason behind these are that sepanjang hidup kita, gigi akan sentiasa bergerak. Kalau tak berdisiplin pakai retainer nanti gigi berpotensi jadi tak teratur macam dulu balik. Hence, please please pleaseee Fairuz Aqilah, listen to Dr. Hassan!

He even adviced me to come to him anytime kalau ada masalah dengan retainer longgar ke nak ketatkan ke gam bonded retainer tercabut ke apa. Atau kalau jauh, boleh juga refer pada klinik gigi berhampiran rumah. Should be no problem. "Saya bebel-bebel ni bukan apa, ini appointment you yang last, so kita dah tak jumpa dah lepas ni". And I was like, seriously?? YEAYYY!!! Hahaha.. Seronok bukan sebab tak payah jumpa Dr. Hassan dah, tapi sebab tak payah pening nak set appointment and travel all the way from home just for a super short treatment. Penat!

Alhamdulillah... Hey, it's the last episode of my braces' journey! It finally comes to an end! Thank God, alhamdulillah alhamdulillah. :')

It's the most exciting appointment afterall! Kak Eni pesan, "Nanti kalau ada kad jangan lupa datang hantar sini". Yang aku ni dah blur, kad apa? Kerja pun belum, tetibe nak ada kad... Ooohhhh! Kad kahwin?! Lambat lagi, Kak Eni oiiii... Kerja dulu, calon pun tak ada lagi. I masih setia tunggu Superman yang tak tahu sampai bila dia nak sesat tak jumpa jalan tu. *emoji senyum sinis*

Sebelum balik, sempat lagi bergambar kenangan dengan Dr. Hassan, Kak Eni dan kakak yang sampai ke sudah lupa nak tanya namanya. Hehe..

Mould gigi tu semua Dr. kasi bawak balik. 'Hadiah' katanya.

Jangan dapat nightmare lepas tengok Kak Yong k.

That's all for now!
-THE END-

Loved,
Fairuz Aqilah.

SERONOKNYAAA RAYA!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Tajuk entry tu tiipuuu sangaatttt... *emoji senyum sinis*
Sebab? Ada tiga paper lepas raya. Ya, lepas raya pun saya masih dalam mood final exam for the final semester. Nak study pun alahaiii... Jenuh #psychodirisendiri nak grad on time ke taknak, Fairuz Aqilah? Buatlah malas malas study! Kfine, study study stido!!! Haihhh...

Oh, yeah! Terpanjang pulak muqaddimah. This post should be a Hari Raya Eidulfitri post lah, not #aqilahasbachelorstudent 's post! Hehe.. :)

Siapa dah selesai puasa enam?? Angkat tangan!!! Sep sikit siapa yang dah tu!

Harini hari terakhir Syawal 1437H. Rasanya masih sempat dan belum terlambat untuk saya ucap, "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada semua yang mengenali diri ini secara langsung ataupun tak. #salamkosongkosong tauuu dan saya layak lagi dapat duit raya sebab masih student dan belum bekerja! *wink!* Actually, I don't mind about duit raya that much anymore. Kalau ada orang nak bagi pun dah cukup bersyukur, terima kasih daun keladi. Ambil je lah orang dah bagi, rezeki kan jangan ditolak. Kekeke :D

Semakin dewasa, keterujaan untuk menyambut lebaran tu tetap ada. Bezanya, cuma Hari Raya bukan lagi kerana perlunya ada baju raya cantik dan kumpul duit raya banyak-banyak semata. Tapi, lebih kepada rasa seronok nak duduk berkumpul sesama keluarga, having good times together during Hari Raya. That's the most beautiful thing I always look forward to when it comes to Hari Raya. Bonding timeee... Yup, seriously! :')

Tahun ni lebih seronok dan meriah sebab akhirnya, dapat juga ada family potrait macam dahulu kala. Rasanya these past few years, tak ada dah nak tangkap gambar ramai-ramai sampai tak muatlah frame. Kecoh atur-atur kerusi, pilih port mana dinding mana wallpaper cantik nak buat background gambar lawa, ikut giliran family mana dulu. Camera macam-macam camera punya banyak tak tahu nak pandang mana satu sampai ada yang cakap, "Julingkan mata pun takpe". Hahah! And this year, they bring back the 'tradition', siap ada kategori lagi anak-menantu-cucu pastu semuuaaa sekali one big happy family! Yang penting, gambar family bertiga dengan Mama Ayah pun ada, siap dengan freestyle cecomel lagi. How sweet!

Here, I share some of the raya photos just to spread the love. SELAMAT HARI RAYA again! Seronoknyaaa raya!

Kategori anak menantu

Kategori cucuuuuu

Semuuaaaa!!!

Cousins, Trio, 3R

Family potrait! ❤

P/s:- Tak boleh move on dengan raya pertama tahun ni. :(

Bye!
Fairuz Aqilah.