SERONOKNYAAA RAYA!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Tajuk entry tu tiipuuu sangaatttt... *emoji senyum sinis*
Sebab? Ada tiga paper lepas raya. Ya, lepas raya pun saya masih dalam mood final exam for the final semester. Nak study pun alahaiii... Jenuh #psychodirisendiri nak grad on time ke taknak, Fairuz Aqilah? Buatlah malas malas study! Kfine, study study stido!!! Haihhh...

Oh, yeah! Terpanjang pulak muqaddimah. This post should be a Hari Raya Eidulfitri post lah, not #aqilahasbachelorstudent 's post! Hehe.. :)

Siapa dah selesai puasa enam?? Angkat tangan!!! Sep sikit siapa yang dah tu!

Harini hari terakhir Syawal 1437H. Rasanya masih sempat dan belum terlambat untuk saya ucap, "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada semua yang mengenali diri ini secara langsung ataupun tak. #salamkosongkosong tauuu dan saya layak lagi dapat duit raya sebab masih student dan belum bekerja! *wink!* Actually, I don't mind about duit raya that much anymore. Kalau ada orang nak bagi pun dah cukup bersyukur, terima kasih daun keladi. Ambil je lah orang dah bagi, rezeki kan jangan ditolak. Kekeke :D

Semakin dewasa, keterujaan untuk menyambut lebaran tu tetap ada. Bezanya, cuma Hari Raya bukan lagi kerana perlunya ada baju raya cantik dan kumpul duit raya banyak-banyak semata. Tapi, lebih kepada rasa seronok nak duduk berkumpul sesama keluarga, having good times together during Hari Raya. That's the most beautiful thing I always look forward to when it comes to Hari Raya. Bonding timeee... Yup, seriously! :')

Tahun ni lebih seronok dan meriah sebab akhirnya, dapat juga ada family potrait macam dahulu kala. Rasanya these past few years, tak ada dah nak tangkap gambar ramai-ramai sampai tak muatlah frame. Kecoh atur-atur kerusi, pilih port mana dinding mana wallpaper cantik nak buat background gambar lawa, ikut giliran family mana dulu. Camera macam-macam camera punya banyak tak tahu nak pandang mana satu sampai ada yang cakap, "Julingkan mata pun takpe". Hahah! And this year, they bring back the 'tradition', siap ada kategori lagi anak-menantu-cucu pastu semuuaaa sekali one big happy family! Yang penting, gambar family bertiga dengan Mama Ayah pun ada, siap dengan freestyle cecomel lagi. How sweet!

Here, I share some of the raya photos just to spread the love. SELAMAT HARI RAYA again! Seronoknyaaa raya!

Kategori anak menantu

Kategori cucuuuuu

Semuuaaaa!!!

Cousins, Trio, 3R

Family potrait! ❤

P/s:- Tak boleh move on dengan raya pertama tahun ni. :(

Bye!
Fairuz Aqilah.

2 comments:

  1. @hana hadi tak sayang, habis dah degree alhamdulillah! Ini kiranya cerita throwback dah la, hehehe ;)

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥