TAWAKKAL

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Gambar ni diambil di Makkah waktu buat umrah dulu. Masa tu on the way jalan kaki sorang-sorang nak balik ke hotel dari Masjidil Haram. Terserempak dengan brothers uncles ni bagi makan burung merpati sampai baaanyaakkkk sangat burung merpati berkumpul. Seronok sangat! Maka, I took this photo. Hehe..

Nak dijadikan cerita, kenapa saya ni kena balik jalan sorang diri? Tak takut ke? Sejujurnya, mustahil tak rasa takut sikit pun. Tapi mengenangkan kena juga balik hotel, gigih juga lah balik walaupun kena balik sendiri. Ayah pun hantarkan sampai keluar pintu masjid je dan merelakan kepergianku dengan harapan selamat sampai hotel.

Tawakkal je, mohon seratus peratus lindungan Allah dan ingatlah jalan pulangnya. Hehe.. Meredah orang ramai lalu-lalang, lalu kedai-kedai tepi jalan tu. Teringaaattttnya! :')

Tapi kan... Betullah kata orang, dekat sana jangan ada lintasan dalam hati tentang sesuatu yang tak elok pun. Husnudzon selalu... InsyaAllah, Allah akan jaga. Saya yakin Allah akan bantu saya pulang dengan selamat. Alhamdulillah! Selamat sampai hotel dengan jayanya. Siap singgah beli kebab lagi kat luar hotel tu. Kebab diorang simple sangat! Tortilla, tempura chicken nugget, french fries, mayo, tomato sauce. Alahaiiii tapi sodapnye! :D

Tu je nak cerita. Bukan kat Makkah saja, perihal TAWAKKAL ni terpakai walau di mana jua kita berada. Put our trust in Allah, have faith in Him. InsyaAllah, He will guide us to the right path and give the best to us.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! ❤
Keep on praying, waktu mustajab doa sempena Hari Arafah masih ada sampai pukul 11 insyaAllah. Doa banyak-banyak perkara yang baik-baik, minta dengan Allah. Moga diperkenankan!

Loved,
Fairuz Aqilah.

TAK TIDUR LAGI?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Kenapa saya belum tidur lagi ni? Sebab permulaan September kali ini nampaknya dipermudahkan dan semuanya berjalan lancar, alhamdulillah. I'm talking about my very humble small small business, Qayla Creative. For your information, finally the online orders are officially open! Tu yang sibuk sikit ni sampai menongkat mata haa. Hehe.. :')

Alhamdulillah, Allah bantu. Jangan lupa tauuu check check check it outtt Qayla Creative on Instagram!

Kindly click on the picture

Sanggup tahan mata demi business kecik-kecik saya ni. Orang baru nak menapak, manakan sama dengan yang dah mengorak langkah berlari laju. Ye dak? Apa tah yang aku merepek! Mengantuk tahap apaaa lagi dah nih! Itu pasal lah asyik merapu. Tapi yang bab business tu serious okey, tak merapu. Heh :D

Jangan lupa support Qayla Creative ya! InsyaAllah, moga Allah balas setiap amal kebaikan yang dilakukan dengan perkara-perkara yang baik juga... Aminnnn ya Rabb.

Nak tidoq dah lah...
Good night! ❤
Fairuz Aqilah.