TAWAKKAL

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Gambar ni diambil di Makkah waktu buat umrah dulu. Masa tu on the way jalan kaki sorang-sorang nak balik ke hotel dari Masjidil Haram. Terserempak dengan brothers uncles ni bagi makan burung merpati sampai baaanyaakkkk sangat burung merpati berkumpul. Seronok sangat! Maka, I took this photo. Hehe..

Nak dijadikan cerita, kenapa saya ni kena balik jalan sorang diri? Tak takut ke? Sejujurnya, mustahil tak rasa takut sikit pun. Tapi mengenangkan kena juga balik hotel, gigih juga lah balik walaupun kena balik sendiri. Ayah pun hantarkan sampai keluar pintu masjid je dan merelakan kepergianku dengan harapan selamat sampai hotel.

Tawakkal je, mohon seratus peratus lindungan Allah dan ingatlah jalan pulangnya. Hehe.. Meredah orang ramai lalu-lalang, lalu kedai-kedai tepi jalan tu. Teringaaattttnya! :')

Tapi kan... Betullah kata orang, dekat sana jangan ada lintasan dalam hati tentang sesuatu yang tak elok pun. Husnudzon selalu... InsyaAllah, Allah akan jaga. Saya yakin Allah akan bantu saya pulang dengan selamat. Alhamdulillah! Selamat sampai hotel dengan jayanya. Siap singgah beli kebab lagi kat luar hotel tu. Kebab diorang simple sangat! Tortilla, tempura chicken nugget, french fries, mayo, tomato sauce. Alahaiiii tapi sodapnye! :D

Tu je nak cerita. Bukan kat Makkah saja, perihal TAWAKKAL ni terpakai walau di mana jua kita berada. Put our trust in Allah, have faith in Him. InsyaAllah, He will guide us to the right path and give the best to us.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! ❤
Keep on praying, waktu mustajab doa sempena Hari Arafah masih ada sampai pukul 11 insyaAllah. Doa banyak-banyak perkara yang baik-baik, minta dengan Allah. Moga diperkenankan!

Loved,
Fairuz Aqilah.

5 comments:

  1. Tawakal setelah berusaha keras. Insyaallah. Allah itu tahu apa yg anda telah usahakan

    ReplyDelete
  2. Bestnya dah sampai ke sana. Entah bila laa dapat pi ni T__T. Btw, betul-betul. memang orang cakap kalau pi sana tak boleh nak ragu-ragu sikit pun. Kita kena letak 110% kat Allah, Insha Allah, Allah jaga kita. Hehe.

    Selamat Hari Raya Eid Adha awak :)

    ReplyDelete
  3. yup betul tu. husnuzon selalu :) salam aidiladha :)

    ReplyDelete
  4. wahhh.. bestnya dah pergi umrah...

    ppsttt.. jemput join giveaway mia ya... http://www.mialiana.com/2016/09/giveaway-3d-gold-stemcell-serum-my.html

    ReplyDelete
  5. Selalu bila balik sorang sorang and rasa takut or tak selamat ke kan, tapi akhirnya selamat. Mesti Nad rasa macam Allah tu betul betul beri perlindungan kat kita TT_TT Seriousss. Sebab anything could happen sebenarnya.

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥