INSPIRASI

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)


Ke hadapan Orang Jauh,

Terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi pada puisi-puisi luka saya. Awak bukan saja punca duka dan air mata. Malahan, pencetus ilham untuk setiap bait kata mencoret rasa merobek jiwa.

Sayang seribu kali sayang,
Fairuz Aqilah.
#letgooftheredballoon

WORDLESS WEDNESDAY

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)




Senyum kelat,
Fairuz Aqilah.

PITAM

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello :)

Oktober aku diakhiri dengan penuh tragis semalam. Pertama kali seumur hidup aku rasa dan kena pada diri sendiri.

Pitam.

Aku akui mungkin (baca: ya) aku ni termasuk dalam kategori tekanan darah rendah. Kalau baring, tiba-tiba bangun terus berjalan, mesti rasa terhuyung-hayang sambil berpaut pada sesuatu sebagai sokongan dan sambil pegang kepala. Ni bukan drama, tak tak, bukan. Aku tak pasti kalau itu pun dah dikira sebagai 'pitam'. Sebagai satu manusia yang spesies selalu alami benda tu, jadi aku anggap itu normal. Padahal, dah sah sah tak berapa nak normal.

Sampailah ditakdirkan aku hadapi babak cemas semalam.

Seperti mana lazimnya, aku memang bukan seorang multitasker yang membolehkan aku fokus buat lebih dari satu kerja dalam satu masa. Dan aku boleh dikatakan jenis yang suka tak jaga makan selagi kerja aku tak beres. Apapun jadi, asal aku tau kerja aku mesti siap. Makan, mandi semua boleh tolak tepi. Nanti nanti pun boleh. Bad habits, don't try this at home.

Tapi semalam aku makan jugak roti dua keping sambil tengok tv sebelum aku start doing the chores. Siap semua kerja rumah, aku bawak diri ke dapur. Hajatnya, nak masak sayur campur. Lapaq nasi. Masa potong-potong bahan semua tu aku dah berpeluh sakan. Aku rasa itupun normal. Selalu pun macam tu. Panas kan. Aku pun teruskanlah apa yang patut. Dah nak siap masak, bukan je berpeluh-peluh malahan start rasa seram sejuk. Kau rasa? Ini bukan cerita seram mistik hantu setan, tak.

Mata aku tiba-tiba jadi kabur. Macam mana nak describe ya, jap jap. Kau bayangkan kau tengah tengok something melalui jaring-jaring tengah panas terik, pastu ko tengok tempat lain. Ko still nampak bentuk hitam jaring-jaring tadi even bila pandang tempat lain, right? Effect daripada tengok melalui jaring tengah panas tadi. Boleh bayang tak? Haa, macam tu lah aku rasa.

Berpeluh-peluh, seram sejuk, penglihatan kabur. Cepat-cepat aku bancuh air sarsi minum. Ada kot dua teguk. Sumpah panik, aku tak tau nak buat apa! Masatu satu je yang aku fikir, ni aku tumbang ni sat lagi siapa nak tolong? Gagah aku pergi baring. Tinggai lantak pi lah haih segala kuali kat dapoq tu. Bukak tv, test mata, mata still kabur.

Aku rasa dah lemah longlai, jadi nak lali. Tapi aku kuatkan diri, jangan. Ni kalau terpejam, mati macam mana?! Oh, sudah! Kenapa dengan aku ni, ya Allah... Aku tau aku nak selimut je, pasal sejuk. Pakai stoking, selimutkan diri dengan kain batik, slow kipas. Lama-lama, pandangan kabur tadi makin pulih.

Mula aku berfikir apa yang tak kena dengan aku ni. I'm having my menstruation. Menstrual cramps for first second days during my menstruation are normal. Cuma, kalini di tahap yang masih boleh tahan la, tak macam selalu. Pelik sangat, kenapa sampai nak pitam pitam bagai.

Banyak kemungkinan jugak sebenarnya. Menstrual, low blood pressure, tak jaga makan, lagi apa lagi? Baru aku teringat, tadi aku makan roti dua keping sambil tengok tv tu. Aku terlupa nak minum! Hahaha k, tak lawak sangat. Tapi itu pun faktor penyumbang ke?

Entahlah. Yang pasti, semalam tu aku pitam. Dan aku taknak dah pitam pitam lagi pasni. Risaukan diri sendiri. Menyesal selalu tak jaga makan. Gastrik memang dah dapat zaman diploma dulu, sekarang jadi pitam pulak. Memang 'mendapat' lah, sendiri cari penyakit. :'(

I'm sorry to myself. I feel bad about it. Promise, I'll never skip meals and be selfish again.

Harini aku makan Nasi Goreng Tomyam masak sendiri! Haha.. :D

It's November! How time flies... :')
Moga segala momen nangis, sedih, jatuh, sakit daripada sebelum-sebelum ni diganti dengan kegembiraan, kebahagiaan, rezeki, rahmat, kesihatan dan perlindungan Allah berpanjangan! InsyaAllah, aminnn ya Rabb.

Err... Tak sangka nak taip sepanjang ini! Myyyy goodness! Heh.

Sorry, dear self! ❤
Fairuz Aqilah.