ADAB BERJIRAN

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

First of all, I would like to apologize for not updating my blog as I was experiencing a situation called 'Writer's Block' (trust me) ditambah pula dengan kesibukan bergelar 'surirumah' dan keserabutan mencari kerja. Maafkan saya! 😅

Setelah penat memerah otak tentang apa yang ingin ditulis, tiba-tiba rasa terpanggil untuk tulis mengenai "Adab Berjiran". Secara keseluruhannya, entry ini ditulis berdasarkan perspektif saya yang tinggal di taman perumahan dan situasinya juga mungkin berbeza mengikut kawasan kejiranan yang anda diami. Jadi, baca dengan rasional bukan baca dengan emosi semata okey! ✌



👪 1| BERTEGUR SAPA

Kenapa penting untuk bertegur sapa dalam hidup berjiran ni? Cuba bayangkan kita langsung tak kenal siapa jiran tetangga kita. Tak usah kata lah jiran 40 buah rumah kiri kanan depan belakang, cukup ambil contoh jiran sebelah-menyebelah kiri kanan. Kalau tak pernah tegur, macam mana nak kenal kan. Kau buat hal kau, aku dengan hal aku. Pagi-pagi buta masing-masing dah keluar pergi kerja, lewat petang atau malam baru balik. Tak sempat nak kenal jiran.

Paling tidak, bila terserempak tu bagilah salam sambil senyum manis bertanya sekadar berbasi-basi. Bila jadi kebiasaan, lama-lama rapatlah. Amboi, kalau yang teruna bila tau pakcik rumah sebelah ada anak dara lawa rajin menyapu laman, laju je duduk atas motor kenyit mata kan! Perumpamaan je tu. Hehehe... 😉

Takkanlah nak tegur jiran pun susah. Kalau berlaku kecemasan, sekurang-kurangnya boleh juga minta tolong jiran sebelah. Nak balik kampung ke, boleh minta tolong jiran sebelah tengok-tengokkan rumah kita. Setiap kali Hari Raya, walaupun dah raya yang kesebelas pun bawak-bawaklah berziarah rumah jiran. Kalau tak bawak lemang ketupat biskut raya, bawak duit raya pun jadilah hahahaha. Macam tu lah hidup berjiran.


👪 2| AKTIVITI RUKUN TETANGGA

Dekat taman perumahan saya ni, selalu buat program gotong-royong, jamuan Hari Raya, kacau bubur asyura, macam-macam lagi lah. Dalam erti kata lainnya, aktif lah dengan pelbagai usaha untuk mengeratkan silaturrahim sesama jiran setaman ni kan. Tak ada lah krik krikk aje.

Bila kita sertai aktiviti-aktiviti macam ni, bukan je boleh eratkan ukhuwwah tapi secara tak langsung kita tambah lagi 'networking'. Contohnya, manalah tahu ada yang buat business kuih-muih tradisional kan senang kita nak tempah untuk majlis tertentu. Support business orang kita. Ataupun kalau ada di antara penduduk tu bos besar ke pegawai pangkat tinggi ke kan senang cari lubang kerja dengan dia (ehh). 😂


👪 3| BERSEDEKAH

Amalan bersedekah ni terlalu subjektif. Meh nak hurai satu-persatu ikut pandangan saya.

Katakanlah pada suatu hari Ahad yang indah, kita masak asam pedas ikan tenggiri kat rumah. Jiran sebelah pun tiba-tiba terbau dan terdetik dalam hati dia, "Amboiiiii sedapnya bauuuuu, orang sebelah masak apa lah agaknya tuuuu..." Haa, dah kalau hari minggu tu kan selalunya extra rajin nak masak makan kat rumah dengan family. Apalah salahnya kalau masak lebih sikit untuk disedekahkan pada jiran sebelah juga. Kembang semangkuk orang sebelah dapat semangkuk asam pedas dari kita, padahal baruuuuu je tadi terdetik dalam hati dia pasal terbau sedap sangat.

Dari segi yang lainnya, mungkin ditakdirkan satu hari Allah nak uji, berlaku kebakaran di rumah jiran sederet rumah kita. Tinggal sehelai sepinggang saja. Apa yang termampu, kita cuba untuk bantu seikhlas hati dari segi kewangan mahupun pakaian atau keperluan harian, meringankan sikit beban yang ditanggung. Tambah pulak dengan kata-kata semangat dan doa yang baik-baik, insyaAllah kalau kita susah nanti mesti Allah balas dengan perkara yang baik juga. 😊


👪 4| BERSANGKA BAIK

Kalau boleh, jangaannnlah bawak budaya gossip, mengumpat, suudzon (bersangka buruk) dengan orang ni terutamanya jiran-jiran. Jangan biasakan.

Misalnya, kes sedekah asam pedas tadi. Katakanlah asam pedas dimasaknya tu kurang masin. Janganlah kutuk pulak, takpun pergi bagi balik sambil cakap tak sedap. Kau rasa??? Cuba husnudzon (bersangka baik) sikit, kot-kot family diorang tu memang makan masin tahap tu je atau dia terlupa nak letak garam atau Tok Wan dia ada darah tinggi ke. Lagipun, kan baguslah tu jaga kesihatan tak makan masin sangat. Husnudzon, husnudzon!

Selain daripada tu, kalau ada jiran deret rumah kita meninggal dunia. Kita pergi ziarah dan ditakdirkan berlakunya perkara-perkara 'luar daripada kebiasaan' (taknak ulas panjang), tolonnggg sangat sangat sangat jangan disebarluaskan memburukkan lagi keadaan. Kita simpan aib orang dan diamkan, insyaAllah Allah akan lindungi aib kita. Sampai tahap tu kita jaga adab berjiran.


👪 5| SENSITIVITI

Alhamdulillah, kawasan kejiranan saya ni boleh dikatakan 99% Melayu. Macam mana pulak kalau berjiran dengan orang berbangsa India? Masuk saja waktu Maghrib kita azan, dia kat sebelah pun sembahyang juga dengan 🔔 bunyi-bunyi locengnya dan bau gaharu. Ini berdasarkan pengalaman sendiri ya, bukan reka cerita. Jadi, janganlah marah pulak dah memang agama dia begitu. Sabor je lah!

One more thing, it's about open burning. As far as I'm concern, open burning is prohibited in housing areas right? OMG, bayangkan duduk rumah teres sidai kain kat car porch je mampu. Lepas tu, jiran sebelah sedap je bakar sampah dedaunan berguguran sampai berkepul-kepul asap satu taman. Kau rasa??? Habis kain baju sidai tu tadi berbau asap. Kau rasa??? Ya, memang boleh mendatangkan marah. Tapi cuba kawal kemarahan tu, jangan sembur orang sebelah dengan makian pulak. Nanti ada pulak yang sampai masuk berita, punya dahsyatnya. Kalau kat kampung tu, taklah terasa sangat sebab kawasan seluas alam tak jejas sangat lah tapi terjejas lah jugak lapisan ozon yang makin menipis.

Buat bising pun sama. Dah adatlah kita duduk rumah teres, share segala dinding pemisah yang tak berapa nak kalis bunyi kan. Kalau dah malam-malam buta pun sibuk nak drill gantung frame gambar tu dah apa cerita pulak? Berhuhu jap orang sebelah tidur tak sempat nak mimpi indah, bergegar kepala otak, bingit telinga. Lagi-lagi kalau rumah yang ada baby. Kesiaannn, tak baik tauuu...

Bertolak ansur, faham dan peka lah sikit terhadap sensitiviti jiran tetangga. Jangan pentingkan diri sendiri.



Bukan main gelak, serius, termenung lagi sambil menaip ni tau! Kita hidup berjiran ni, biar ada persefahaman dan toleransi. Barulah hidup aman, damai, permai lagi harmoni. Tak gitu? Maaf andai kata ada yang tak setuju, terasa hati atau apa sajalah yang tak best. Saya minta maaf banyak-banyak. Ada nak share pasal adab yang lain atau cerita tersendiri, boleh tinggalkan komen ya! 💕

Baik buruk jadikan teladan,
Habis dah kongsi bab "Adab Berjiran";
Kritikan membina dialu-alukan,
Cari gaduh je jangan.

Sekian pantun empat kerat yang tak berapa nak rhyme,
Fairuz Aqilah.

26 comments:

  1. omgggg I do agree with all the points given! we live in a community so we should respect each other and acknowledge our neighbors. Serius tak seronok kalau duduk sebelah rumah ja tapi tak bertegur sapa duk buat hal sendiri ja. Sepatut apalah salahnya sambil2 nak ambil daun pandan depan rumah tu pergi tegur jiran yang tengah siram pokok bunga tu. kan manis macamtu? haih emo pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Ini tidak, buat tak retiiii je macam halimunan pulak konon kita tak nampak dia. Tak elok pulak macam tu. Sabar sabar, jangan emo Syed.

      Delete
    2. hahahah ok done menjiwai watak dengan penuh perasaan.

      Delete
    3. Amboi, penuh penghayatan. Silap hari bulan boleh pergi ujibakat DFKL dah Syed. 😝

      Delete
  2. alhamdulillah setakat nie jiran jiran elsa ada yang beradab macam di atas hehe. cuma paling tak tahan tu kalau diorang jadi ahli murai.com hahaha if you know what i mean. itu paling sakit sekali sebab yelah yang diumpat tu siapa? orang keliling dia jugak. itu sampai sekarang tak boleh nak ubah. gasaklah situ kan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha murai.com pun bolehhhh. Rasa tak best je kan bila aura negatif ni berleluasa di merata tempat. Cubalah tak payah nak kepoh sangat hal orang, diam diam sudahlah.

      Delete
  3. Bunyi loceng time maghrib tu biasa dah. Major kat taman saya ni India, tapi kitaorang hidup okay je huhu. Jiran pun ramah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh really? Alhamdulillah la macam tu. Dulu pun ada jiran India, asal Maghrib je kita solat dia pun sembahyang juga. Hehe..

      Delete
  4. Alhamdulillah, mostly jiran mai berbangsa Cina, waktu raya cina dapat banyak buah oren, hehehehe.

    ReplyDelete
  5. Seronoknyaaa! Puaslah makan buah limau setiap kali raya cina erk. Tak payah beli. Hehe..

    ReplyDelete
  6. jom join segmen ni :) http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/02/segmen-follow-me-februari-2017-my-first.html

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah sekarang dok dalam taman dengan jiran2 yang saling membantu, suka bersilaturrahum dan baik sangat!

    ReplyDelete
  8. W'salam Fairuz Aqilah,

    Setuju sangat dengan points yang disenaraikan di entry FA. Alhamdulillah kejiranan LZ baik2 belaka walau kami hanya sesekali berjumpa.. Jumpa masa tutup pintu pagar pergi balik kerja.. Tapi tetap bertegur sapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, selalu pun macam tu. Sebab masing-masing kerja kan. Janji tegur kan. Tak ada lah buat tak tahu aje.

      Delete
  9. Semua betul. Tp now duk apartment mmg susah gile kot nk jmpe jiran sebelah. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah erk. Tu kata tu, di awal entry ni, ikut jugalah environment macam mana yang kita duduk. Takpe, mana tau kalau terserempak ke sambil sambil nak kunci pintu ke kan. Hehe..

      Delete
  10. setuju sangaat dengan semua point tuu. kadang kita bukan nak busy body sangat tapi tulah, kena lah ambik tahu sikit kan, bertegur sape semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah, at least bila kita kenal jiran-jiran ni senang kalau apa-apa. Bukanlah jaga tepi kain orang pulak, tak. ☺

      Delete
  11. betul tu..duduk berjiran tak kisah dgn bangsa lain pun kena bertegur sapa dan saling mengenali ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan! Pelik pulak kalau jiran sebelah-menyebelah pun tak kenal. Tak kiralah berbeza bangsa pun. ☺

      Delete
  12. Tak perlu mohon maaf kalau tak terdaya update blog.

    ReplyDelete
  13. memang kena apply adab berjiran ni.kdng2 dgn jiran pun tak kenal. airah nk pndah rumah baru ni risau jiran mcm mna nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke. InsyaAllah, harapnya dapatlah jiran dan komuniti yang sangat baik. ❤

      Delete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥