SYAFAKILLAH, DEAR SELF! ❤

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


Bermula daripada malam hari Isnin, sakit kepala sangat. Ingatkan sakit kepala macam biasa, sebab memang dari kecil sakit kepala dan saya berpisah tiada. Telan panadol actifast sebiji, tidur. Alhamdulillah, lega.

Esoknya, Selasa. Jalani hari seperti biasa. Petang macam tu, dah mula terasa sakit kepala lagi. Memandangkan actifast dah habis, telanlah panadol biasa je. Tup tup, muntah pulaakkk laahaaiii... Lembik dah rasanya. Terus tidur je lepas tu.

Rabu, Khamis, masih sama. Sakit kepala tak sembuh pun. Ambil paracetamol tak lut? Ini luar daripada kebiasaan nih. So, malam semalam gagah la juga ajak Mama bawa ke klinik untuk check apa yang tak kena.

Doc: Sakit apa?
Me: Sakit kepala tak lega-lega dah empat hari.
Doc: Sakit kepala bahagian mana?
Me: Kat dahi ni, kadang-kadang tangkap sampai tengkuk (sambil tangan melekap ke dahi).
Doc: Sakit bahagian depan kepala ye (sambil tulis-tulis). Selalu sakit kepala?
Me: Dulu masa kecil, selalu juga. Sekarang dah jarang. Ni sakit pulak, tak lega-lega lagi.
Doc: (angguk-angguk)

Doktor ada tanya lagi beberapa soalan lain macam ada tak telinga macam bunyi berdesing, rasa macam tahap pendengaran makin kurang ke, pernah hidung berdarah tak, pandangan ada ke nampak double vision. Semua jawapannya tak. Tapi ada silau sikit, sebab mata rasa sensitif sikit pada cahaya. Tak suka cerah cerah sangat, tak sakit mata ni.

Doc: Selalu tidur lewat ke ye?
Me: (alamak soalan perangkap ni!) Ah, haah, bolehlaa...
Doc: Pukul berapa?
Me: Satu (okfine, kadang-kadang dua).
Doc: Ada komitmen apa-apa ke yang menyebabkan tidur lewat tu?
Me: Tak ada. Cuma dah terbiasa, susah nak tune balik.
Doc: Oh, mungkin dah terbiasa masa belajar ye. Tapi cubalah betulkan balik corak tidur tu. Kalau boleh tidur awal lah.
Me: 😅
Doc: Ini tanda-tanda awal migraine. Sebab ada silau juga.

Doktor nasihatkan pergi check mata sebab silau, specs tu mungkin dah tak sesuai. Katanya, kalau ikutkan pakar mata ni selalunya suggest check mata, specs tukar enam bulan sekali. Paling-paling pun setahun sekali. Kite dah pakai specs ni dua tahun acane! 🙈

Doc: Selama sakit kepala ni, ada ambil ubat apa?
Me: Erm, paracetamol.
Doc: Baik?
Me: Tak! (yakin)

So, doktor kasi ubat tahan sakit. Kuat sikit katanya. Tapi, makan bila perlu je. Kalau tidur tu boleh buat lega sakit kepala, lebih baik tidur.

Ye, baiklah... 😢
Bukan takat dapat ubat tahan sakit je, siap bagi vitamin B Complex lagi yang oren bulat bulat kecil tu satu strip. Tak cukup bitamin agaknya! 😏

Dalam kereta, kena ceramah free dengan Mama. "Itulah. Padahal, bukannya buat apa pun tidur lambat. Tengok cerita Korea!" Hmm... 😞

Jangan ambil remeh okey, sakit kepala ni. Seriously, it's not cool at all. Sakit sangat. Ini pun belum fully recovered, masih terasa sakit lagi cuma tahap boleh ditahan. Kite janji tak tidur lambat tanpa sebab lagi... Not even for watching Korean dramas, not anymore... Menyesal kemudian tidak berguna.

Nak update cerita balik kampung pun duduk dalam draft lagi. 😭💔
Doakan Fairuz Aqilah cepat sembuh! 💪
Anggaplah Allah uji dengan sakit sebab nak hapus dosa-dosa kecil.

Syafakillah, dear self! ❤
Fairuz Aqilah.

PROMO 2 FOR RM100!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


Good news! Good news!
We're having a PROMO at Qayla Creative starting from today until Friday for SMALL TAPESTRIES.

Buy any 2 FOR RM100 only!!!
Pilih, pilih, pilih! 🙌


P/s:- Kite ada banyak benda nak update, ni cuti dah habis bolehlah focus on blogging balik (ececehhh we'll see) 😅

Jangan lupa visit Qayla Creative! ❤
Fairuz Aqilah.

FAMILY FIRST

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊



Balik kampung ooo balik kampung...

Alkisahnya, last weekend was a great 'confusion' for me either to go back to my hometown in Ipoh or not. It's my grandparents' house from my dad's side. I don't mind going back to my hometown alone without my parents since I can drive on my own. The thing is, there's a lot of kenduri that my grandparents have to attend. So, surely I'll meet them at the kenduri instead because we got the same invitation as well. Hence, I ended up cancelling my plan and postpone it to this week. InsyaAllah. I've been planning and cancelling the plan for many many times alreadyyy due to certain circumstances. Haiihhh... 😌🍃

On that particular day (last Sunday) at the kenduri, yes, I met my dad's family and my Opah asked me the same question so many times, "Tak ikut balik rumah Opah ke?" and I insisted not to, thinking of leaving another Opah from mom's side at home during weekdays (she's a stroke patient for about 8 years now and been staying with us here in Seri Iskandar). It's a 'critical' moment of hesitation for me, y'know! 😭💔 For the sake of 'menjaga hati', I promised her, "Hari Jumaat nanti Qilah balik insyaAllah". Hoping to stay just a little bit longer, spend time together with my Opah, Tok, uncles, aunties and cousins.




Family over everything.

I have to say that as I grow older and wiser, I realize that family always always comes first no matter what. It's exactly the same feeling I had during Hari Raya last year (read here). What matters most is bonding time. And oh! I admit, I easily get emotional whenever I miss my family. 😢

I appreciate more, I treasure each and every moment together, I cherish the memories even better, I love harder, I learned to give and take as well as forgive and forget, I do whatever I can do best to make them proud of me.

Mama pernah pesan;
"Kot mana pun, family tetap family. Ikatan yang takkan pernah putus sampai bila-bila".

That simply describes how important family is in life. 👪




A family oriented girl,
Fairuz Aqilah.

BERPAYAH ISTIQAMAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


Ku akui;
Perjalanan ini panjang.
Ku akui;
Rasa ini adakalanya pincang.
Ku akui;
Hati ini acapkali bimbang.

Bukan mudah.
Sungguh, amat payah.

Melalui suatu perjalanan panjang penuh onak ranjau berliku.
Diri ini adakalanya berbaur rasa pincang dengan keimanan bergejolak hebat.
Acapkali bimbangnya hati ini dikhuatiri semakin rapuh lagi dan lagi.

Makin laju kaki melangkah, makin jelas haluan terbentang.
Makin tebal rasa insaf, makin manis nikmat iman.
Makin utuh pasak hati, makin teguh keyakinan diri.

Allah...
Moga aku istiqamah, jangan goyah.


Tulus,
Fairuz Aqilah.

WORDLESS WEDNESDAY

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


Sabar lagi,
Fairuz Aqilah.

PUDING KARAMEL TANPA TELUR PALING SENANG

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Straight forward gila tajuk entry. Hahahahaha... Tajuk tak berapa sedap takpe, janji hasilnya marvelous yumms! ❤


Bahan-bahan:
  • 1 cawan gula (untuk karamel)
  • 10g serbuk agar-agar
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 tin susu cair/susu segar
  • ½ tin susu pekat manis
  • Esen vanilla
  • Air

Cara-cara:
  1. Masukkan gula ke dalam kuali. Biarkan sehingga gula cair dan bertukar warna keemasan (jangan sampai hangus sangat nanti rasanya pahit) dan berhati-hati masukkan ¾ cawan air perlahan-lahan. Kacau dan tutup api.
  2. Tuangkan ke dalam bekas atau acuan dan ketepikan.
  3. Masak agar-agar bersama 2 cawan air sehingga larut.
  4. Bancuh tepung jagung, tepung kastard, susu cair (saya gantikan dengan susu segar sebab itu yang dah sedia terbuka dalam fridge 😁), susu pekat manis dan esen vanilla di dalam satu bekas. Tambah sedikit air kalau rasa pekat sangat.
  5. Masukkan kesemua bahan di No.4 ke dalam periuk larutan agar-agar tadi dan kacau.
  6. Jangan berhenti kacau sampai semuanya larut, pekat dan tutupkan api setelah mendidih.
  7. Tuang ke dalam bekas atau acuan yang berisi karamel tadi.
  8. Simpan di dalam peti sejuk beberapa jam sehingga puding 'set'.
  9. Sedia untuk dihidang!


Resipi ni eloklah untuk yang tak berapa nak rajin macam saya. 😅 Senang sangat kan? Tak bau telur, tak payah kukus. Easy peasy. 😉

Selamat mencuba!
Fairuz Aqilah.

HAPPY BIRTHDAY, MAMA!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


This entry is specially dedicated to my Mama who is celebrating her 50th birthday today. Ma, Happy Birthday to Youuuu!!! 🎂🎁💐🎈💋💕

I woke up this morning, hugged and wished her, "HAPPY BIRTHDAY, tushuk tashaammm..." and she just asked me to pray for her. Of course, Ma. Forever and always!

There's no special gifts for you, but I always pray a lot for your good health, happiness, lotsa rizq and a barakah life fi dunya wal akhirah. Ameen ameen, ya Allah! 💞

My Mama isn't perfect, but she's the BEST and will always be the GREATEST Mama in the whole wide world!

Loved,
Fairuz Aqilah.

FIKIR-FIKIRKAN

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Berpaut pada dahan yang rapuh,
Apa kau yakin kau tak akan jatuh?

Bersaksikan pula reranting yang patah,
Apa kau bersedia menanggung luka nan parah?


Sekadar pesanan,
Fairuz Aqilah.
#aqilahslaa #deep

WORDLESS WEDNESDAY

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


😌🍃
Fairuz Aqilah.

FRIENDSHIP

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


I feel like talking about "Friendship" tonight. Why? Sebab sejak akhir-akhir ni, banyak pulak terbaca tentang kisah-kisah 'meruntun hati tak masuk akal' dalam konteks persahabatan. Aura negatif yang mencemar erti persahabatan tu semakin berleluasa, berada di mana-mana sekarang ni (tetibe). Pasal sihir-menyihir lah, hutang-piutang lah, kawan makan kawan lah, macam-macam!

Saya akui, saya sendiri pun ada juga pengalaman menghadapi konflik dalam persahabatan ni. Tipulah kalau saya kata tak pernah gaduh-gaduh manja, merajuk-merajuk sayang, masam-masam muka dengan kawan-kawan ni kan. Saya tak malu untuk menyatakan hal tersebut sebab semuanya ada hikmah tersendiri dan menjadikan saya lebih matang. Pengalaman mendewasakan, bukan? 😉

It's just that all of the sharings that I'd read about friendship nowadays are getting 'too much'. Sampai satu tahap bila baca tu cuma terkeluar, "I cannot brain this!" je.

Mana taknya, main sihir-sihir syirik khurafat tu nauzubillah berdosa dah satu hal. Yang disihirnya tu pulak kawan baik sendiri. Sebabnya, jealous lah pulak dengan kesenangan dan kebahagiaan kawan baik tu. Gigih sangat nak guna cara halus ni. Allah! Kan lebih elok kalau tumpang happy dan doakan yang baik-baik saja. Ini tidak. Sedih! 😢 Tergamak kan? Same goes with kisah backstabber, berhutang dan sebagainya. Geleng kepala saya memikirkannya.

"True friends are hard to find, difficult to leave and impossible to forget".

Quote ni memang saya pegang dengan bff sejak zaman sekolah lagi. Dan friendship kami bertujuh kekal sampai sekarang, alhamdulillah. Tak pernah ada rasa awkward sikit pun walaupun kami jarang jumpa sebab bawa haluan masing-masing dalam pelajaran dan kerjaya.

Buruk baik kita terima, saling menegur, bertolak-ansur, saling memahami, ikhlas sayang lillahita'ala. Bila kita rapat, dah anggap masing-masing macam adik-beradik sisterhood brotherhood dah. That's a true friendship for me.



Ini baru gambar bff dari zaman sekolah, belum lagi masuk enam orang masa zaman Diploma dan beberapa lagi masa Degree. I don't have one, but many. Alhamdulillah, I thank Allah for that. Syukur sangat dikurniakan 'sahabat sejati sentiasa di hati' macam diorang semua. 😢

Akhir sekali, saya mohon maaf andai kata entry kali ini ada mengguris hati dan perasaan sesiapa. Niat saya cuma nak sampaikan pesanan ataupun 'teguran manja' bahawasanya dalam persahabatan ni biarlah jatuh bangun sama-sama, yang boleh kita bawa lebih dekat pada Allah, malah bersahabat sampai syurga. InsyaAllah! Huhahuha juga, yang penting redha Allah.

Saya tutup entry ni dengan salah satu status updates berkaitan topik ni.

Aku berhati-hati soal berkawan.
Kenapa?
Sebab aku dah hadap macam-macam jenis orang.
Yang tak berjenis apatah lagi.
Jadi jangan persoalkan kalau aku menjarakkan diri.
Kau tahu jawapannya.
#smallcircleofTRUEfriends #sispenat #goawaynegativeaura #shuhhh 😌🍃

Loved,
Fairuz Aqilah.

TALL, DARK & HANDSOME

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Hari minggu macam ni, nak buat entry suka suki boleh tak? Karang syok sendiri lah pulak. Hahaha.. 😂

Cita rasa setiap orang berbeza. Saya percaya, definisi handsome dan cantik tu sendiri pun sangat subjektif bergantung pada perspektif individu. Ada yang kata, kulit cerah putih melepak tu handsome dan cantik. Ada pulak yang kata, badan sado 'ketak-ketak' tu handsome. Well, it depends. How about you?

Let's talk about "Tall, Dark and Handsome". Sooooooo my taste! 😍 Tapi Kim Soo Hyun oppa saya yang ala-ala 'flower boy' jambu tu terkecuali lah erh! Kahkahkah! So, lelaki tall, dark and handsome yang macam mana menjadi idaman qolbu tu??


1| ADI PUTRA



Adi Putra ni salah seorang pelakon lelaki yang boleh dikategorikan sebagai my all time favourite la. Selain daripada pembawakan wataknya yang berkesan dalam bidang lakonan, saya juga sangat sukakan gayanya. Pakai apa dengan gaya macam mana pun tetap handsome! Clear shaved atau tak pun tetap handsome! ❤


2| KHAIRY JAMALUDDIN (KJ)



YB Brig Jen. Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia merupakan antara Menteri yang 'cool' pada saya. Perwatakannya, gayanya... Karisma. That's the word! Jealous tau bila ada one of my friends yang dapat selfie dengan KJ! ❤


3| FAIZAL TAHIR



I love music and I love FT and I love how FT expresses his passion in music through all his works. FT pun sama, either clear shaved or not and apapun yang digayakan tetap handsome. Bukan itu saja, suaranya dan semua lagu-lagu ciptaannya memang menjadi pujaan hatiku! Cuutttt!!! (baca dengan intonasi dialog Ajiz dengan Direktor Ahmad Nisfu dalam Seniman Bujang Lapok) Ek eleh, over pulak. Plus, FT pun minat Superman macam saya suka Superman jugak! Ehhhhh?? Peace✌


4| BRUNO MARS



Last but not least, Bruno Mars. Yes, I mean it. Dulu pernah cerita kat blog lama pasal mimpi 'jodoh' sebiji sejibi macam Bruno Mars! My goodness, walaupun dah berzaman mimpi tu masih segar dalam ingatan. (over lagi sekali) 💁 Suara Bruno Mars pun saaaangaatttt best. Ada identiti. Kita dengar je, kita dah tau itu suara Bruno Mars. Yang penting, muka memang taste I lah kan! ❤


Basically, these are my kind of 'tall, dark and handsome' guys. Kulit sawo matang, muka 'edgy' sikit. Lav lav! 💞

Banyak kali pengsan-bangun-balik buat entry ni. I'm meltiinnngggg... Ini nak kata 'fan-girling post' pun boleh kot! Macam gedik tak memasal, entah apa-apa je. Sekali-sekala! Bhahahaha... 😘💕


Just another side of me,
Fairuz Aqilah. 💋

THE BEST FACE SERUM EVER!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


Tadaa! C20 | Original Pure Vitamin C20 Serum. This is my second time trying out Korean skincare product and I bet it's another favourite of mine! ❤

Previously, I shared about my skincare routine which you can read here. Recently, I decided to buy a serum in addition to my daily beauty routine. I found out about C20 Serum from Instagram, then I started to browse regarding the product reviews and feedback from users. It was a tough decision as my skin is super sensitive. To be honest, yes, I'm afraid. But, I insisted on buying the serum. Tak kira, nak jugak! And guess what? I'm lovin' it to the moon and back and to the moon again! 😘💕

Original Pure Vitamin C20 Serum contains approximately 6,000mg of 100% pure Vitamin C which is 40 times more than oranges, 120 times more than strawberries and 200 times more than mandarines! I love the fact that it's a small bottle full of goodness. Hehehe...


I started with just one drop so that I can slowly introduce the serum to my skin. I simply put the serum specifically on the chin area only since it's the first time. Nampak tak, nak cuba tapi takut takut. Haha.. 😅 The best way I could describe about the texture or consistency of the serum is that it absorbs easily into the skin but it leaves 'sticky feeling' after application.

After a couple of days, I could see the serum succeeded in fighting the pimples on my chin! Good job, baby! So, I was quite confident to use two drops of the serum on my whole face. And there you go, the small small teeny-tiny pimples started to disappear day by day. Are you kidding me? Gosh! I'm sooooooo happy! 😭

I've been using the serum for almost two weeks now and I swear it's very satisfying to see the result. Honestly, I admit, it's quite pricey for me but what else to argue since it's very good and able to last longer as the usage is just two drops every night. Totally worth it.

Most importantly, the serum must be placed in the refrigerator for 'cooling effect' and avoid it from being exposed to direct sunlight to prevent oxidation. The original serum is crystal clear and some say the oxidation happened if the serum turns yellowish. So far, I don't have any problem about this. I'll make sure it will be just fine till the lassttt drop! I don't even dare taking the risk to take a picture of how the solution looks like. Bahaya betul, beli mahal-mahal weh. 😂

I definitely will repurchase this serum as it works very well on my skin. Yeayy! Adding a serum to your daily skincare routine? Why not! 😍

Loved,
Fairuz Aqilah.

TIPS CINTA TAK IKUT PUN TAK APA | 6

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊



PENGAJARAN

Bila kita penat,
Bila kita sedih,
Sebolehnya jangan bicara tentang hal-hal yang serius.
Seeloknya bualkan perkara-perkara yang indah belaka.
Supaya penat kita tak semakin tenat.
Supaya sedih kita tak bertukar sepi.

Demi menjaga harmoninya hidup bersama.
Demi memelihara hubungan agar semua baik-baik saja.
Itu pengajarannya.


Dibawakan khas oleh,
Fairuz Aqilah.
#tipscintatakikutpuntakapa