FRIENDSHIP

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


I feel like talking about "Friendship" tonight. Why? Sebab sejak akhir-akhir ni, banyak pulak terbaca tentang kisah-kisah 'meruntun hati tak masuk akal' dalam konteks persahabatan. Aura negatif yang mencemar erti persahabatan tu semakin berleluasa, berada di mana-mana sekarang ni (tetibe). Pasal sihir-menyihir lah, hutang-piutang lah, kawan makan kawan lah, macam-macam!

Saya akui, saya sendiri pun ada juga pengalaman menghadapi konflik dalam persahabatan ni. Tipulah kalau saya kata tak pernah gaduh-gaduh manja, merajuk-merajuk sayang, masam-masam muka dengan kawan-kawan ni kan. Saya tak malu untuk menyatakan hal tersebut sebab semuanya ada hikmah tersendiri dan menjadikan saya lebih matang. Pengalaman mendewasakan, bukan? 😉

It's just that all of the sharings that I'd read about friendship nowadays are getting 'too much'. Sampai satu tahap bila baca tu cuma terkeluar, "I cannot brain this!" je.

Mana taknya, main sihir-sihir syirik khurafat tu nauzubillah berdosa dah satu hal. Yang disihirnya tu pulak kawan baik sendiri. Sebabnya, jealous lah pulak dengan kesenangan dan kebahagiaan kawan baik tu. Gigih sangat nak guna cara halus ni. Allah! Kan lebih elok kalau tumpang happy dan doakan yang baik-baik saja. Ini tidak. Sedih! 😢 Tergamak kan? Same goes with kisah backstabber, berhutang dan sebagainya. Geleng kepala saya memikirkannya.

"True friends are hard to find, difficult to leave and impossible to forget".

Quote ni memang saya pegang dengan bff sejak zaman sekolah lagi. Dan friendship kami bertujuh kekal sampai sekarang, alhamdulillah. Tak pernah ada rasa awkward sikit pun walaupun kami jarang jumpa sebab bawa haluan masing-masing dalam pelajaran dan kerjaya.

Buruk baik kita terima, saling menegur, bertolak-ansur, saling memahami, ikhlas sayang lillahita'ala. Bila kita rapat, dah anggap masing-masing macam adik-beradik sisterhood brotherhood dah. That's a true friendship for me.



Ini baru gambar bff dari zaman sekolah, belum lagi masuk enam orang masa zaman Diploma dan beberapa lagi masa Degree. I don't have one, but many. Alhamdulillah, I thank Allah for that. Syukur sangat dikurniakan 'sahabat sejati sentiasa di hati' macam diorang semua. 😢

Akhir sekali, saya mohon maaf andai kata entry kali ini ada mengguris hati dan perasaan sesiapa. Niat saya cuma nak sampaikan pesanan ataupun 'teguran manja' bahawasanya dalam persahabatan ni biarlah jatuh bangun sama-sama, yang boleh kita bawa lebih dekat pada Allah, malah bersahabat sampai syurga. InsyaAllah! Huhahuha juga, yang penting redha Allah.

Saya tutup entry ni dengan salah satu status updates berkaitan topik ni.

Aku berhati-hati soal berkawan.
Kenapa?
Sebab aku dah hadap macam-macam jenis orang.
Yang tak berjenis apatah lagi.
Jadi jangan persoalkan kalau aku menjarakkan diri.
Kau tahu jawapannya.
#smallcircleofTRUEfriends #sispenat #goawaynegativeaura #shuhhh 😌🍃

Loved,
Fairuz Aqilah.

22 comments:

  1. FRIENDSHiP :) One of relationship that we treasure the most :)

    I love the quote and agree with your status update 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, true. 😊
      Thank you, Siqah! ❤

      Delete
  2. Syukurlah awak masih dapat kawan yang mengekalkan hubungan persahabatan. Dalam isu saya, sy pun byk dpt jenis kawan. Ada yang okay, ada yg panas baran tp hati baik. Tapi sayang sekali byk kawan sy terjumpa selalu tikam dari blkg . Yg plg myedihkan, sy sgka dia sgt baik. Sembahyang pula. Bertudung. So saya tau org mcm ni positif. Tp aduhaii... ntahlah~ mgkn semua terjadi ada hikmah ( perlu sedar tak semua org sama spt dluaran).tp Apa2pun girl selagi hubungan kamu masih
    baik, jagalah dgn baik, hargai dan nikmati dunia berkawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan semoga Allah lorongkan dia ke jalan yang diredhaiNya, okeyyy... Luaran memang belum tentu melambangkan yang sama juga pada hati budinya. I hope you're not holding grudges and please please please be positive tau! 😘💕
      Thanks for the advice. Really appreciate it. ❤

      Delete
  3. Setuju! yang nak sihir-sihir kawan ni tak faham betul. Sepatutnya kawan happy, kita pun tumpang lah happy sekali. Ni nak berdengki pula kenapa. Biarlah kita kawan tak ramai, jangan kawan ramai tapi semua kawan yang mengambil kesempatan and tikam belakang. Sedih sangat kan? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiihhh tau takpe, Syed... Kadang tu letih sangat hadap kerenah orang yang macam-macam jenis ni. Mesti end up, dengan diorang diorang yang Fairuz mentioned tu jugaklah tempat mengadu, pinjam bahu. Hee sedih pulak 😅😢

      Delete
  4. Kawan time kita senang, senang nak carik. Kawan time kita susah tu yang payah nak cari. Kalau time kita susah orang tu still ada dengan kita tu, orang tu memang kawan sejati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sangat, saya masih ada ramai kawan susah senang yang sentiasa ada untuk saya. InsyaAllah, 'sahabat sejati sentiasa di hati'. 💕

      Delete
  5. Bersahabat kerana Allah pasti kekal lama kan..
    Kawan ketawa senang dicari, tapi kawan menangis, seribu dalam satu pun payah nak dapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu... Alhamdulillah, Allah pinjamkan saya kawan-kawan yang sangat baik dan sentiasa ada waktu senang hatta waktu menangis pun. Rasa beruntung, bersyukur sangat bila mengenangkan cerita-cerita 'tak sedap' orang di luar sana pasal kawan. 😢

      Delete
  6. Kawan yang berhutang pun kena masuk dalam entry nie jugak. Ada tips tak nak sedarkan dia selain ugut mak ayah? Hmmm tak tahu lah elsa kalau elsa tahu perangai macamtu elsa tak mau kawan dari dulu haih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kite tumpang simpati dengan Elsa. Kalau kite kt tempat Elsa pun, belum tentu kite boleh handle melainkan mengadu dengan parents. Itupun confirm confirm kite yang kena marah dulu sebab memandai buat tindakan sendiri. Kita fikir sebab dia KAWAN kan... Ye, KAWAN. Alih alih, hmm... Cubalah doa banyak-banyak mohon Allah bagi jalan, luaskan rezeki dia untuk bayar balik semua hutang dia dengan Elsa. Apa yang Elsa tengah usahakan sekarang, jangan berhenti okey.

      Delete
  7. Sy suka berkawan, tp x ramai yg suka berkawan dgn saya dan kdg2 juga sy pilih kwn sbb suka kwn yg sekepala. Tu lg best. Ada gak la kwn yg cri time susah. Bila sng hilang cmtu aje. Ada kwn yg suka menipu. Hahaa. Sabor je lah hadap depa ni. *mata terbelalak ke atas*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sangat terbuka bab kawan ni. Tapi tengok jugak lah, kadang kena pilih juga sebab macam awak kata lah. Sekepala, baru boleh 'go'. Kalau dah sembang pun tak boleh go, apatah lagi nak berkawan tahap susah senang bersama ni kan. 😉

      Delete
    2. Saya sedih dengar cite awak tomodachi... manusia ni macam2 ragam... biarkan je diaorang, kita buat hal kita sendiri, biarlah orang tak nak kawan dengan kita pun janji Allah sentiasa bersama2 dengan awak tomodachi... keep strong k... Allah swt tak kan memberi ujian yang melebihi kemampuan seseorang hamba itu... chiiill, have a great day to u & fairuz

      Delete
  8. Tambahan lagi kalau kena tikam belakang dengan best friend sendiri tu paling sakit rasanya haih. Mintak dijauhkan. Bersyukur je dengan mereka yang ada dengan kite sekarang ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, taknak lah sampai macam tu terkena pada kita. Moga semuanya baik baik saja. InsyaAllah! ❤

      Delete
  9. haa ada baca baru2 ni pasal sihir kawan sdiri.. Allahu series xtercapai dek akal sis smpai gtu sekali dia sggp buat dgn bff sdiri. Nahuzubillahminzalik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah terbaca kat IIUM Confession kt fb. Tak patut sangat. Sedih betul,macam-macam. 😢

      Delete
  10. Yesss agreed with u sista... kita tak malu nak cerita pengalaman kita sendiri sebab kita tahu setiap satu perkara yang berlaku tu ada hikmah tersendiri, apa yang dikongsi adalah untuk dijadikan teladan da peringatan buat diri sendiri, mana tahu orang lain pun ada pengalaman macam tu jugak kan... pengalaman itu mematangkan kita - truthly agreed!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalau selalu sangat nak persoalkan ketentuan Allah pun buat apa. Husnudzon je lah sebab memang Dia jugalah yang sebaik-baik perancangan dan pasti semuanya ada hikmah yang manis. InsyaAllah. Yakin! 💪
      Tanpa pengalaman yang banyak mendewasakan ni, tak adalah seperti siapa kita harini. Jadi, amik positif sajalah tentang apa yang terjadi. ☺

      Delete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥