PUDING KARAMEL TANPA TELUR PALING SENANG

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Straight forward gila tajuk entry. Hahahahaha... Tajuk tak berapa sedap takpe, janji hasilnya marvelous yumms! ❤


Bahan-bahan:
  • 1 cawan gula (untuk karamel)
  • 10g serbuk agar-agar
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 tin susu cair/susu segar
  • ½ tin susu pekat manis
  • Esen vanilla
  • Air

Cara-cara:
  1. Masukkan gula ke dalam kuali. Biarkan sehingga gula cair dan bertukar warna keemasan (jangan sampai hangus sangat nanti rasanya pahit) dan berhati-hati masukkan ¾ cawan air perlahan-lahan. Kacau dan tutup api.
  2. Tuangkan ke dalam bekas atau acuan dan ketepikan.
  3. Masak agar-agar bersama 2 cawan air sehingga larut.
  4. Bancuh tepung jagung, tepung kastard, susu cair (saya gantikan dengan susu segar sebab itu yang dah sedia terbuka dalam fridge 😁), susu pekat manis dan esen vanilla di dalam satu bekas. Tambah sedikit air kalau rasa pekat sangat.
  5. Masukkan kesemua bahan di No.4 ke dalam periuk larutan agar-agar tadi dan kacau.
  6. Jangan berhenti kacau sampai semuanya larut, pekat dan tutupkan api setelah mendidih.
  7. Tuang ke dalam bekas atau acuan yang berisi karamel tadi.
  8. Simpan di dalam peti sejuk beberapa jam sehingga puding 'set'.
  9. Sedia untuk dihidang!


Resipi ni eloklah untuk yang tak berapa nak rajin macam saya. 😅 Senang sangat kan? Tak bau telur, tak payah kukus. Easy peasy. 😉

Selamat mencuba!
Fairuz Aqilah.

37 comments:

  1. Wahhhhh dah boleh buka kedai sendiri dah ni fairuz. Tak pun buat COD la hehehe. Kalau mak syed buat wajib la letak 10 biji telur satu kukus besar.

    ReplyDelete
  2. Sampai tahap bukak kedai tu rasanya belum boleh lagi lah kot, Syed oiiii... Hahaha.
    Kan! Ni sebab saja je cuba tak payah letak telur dan tak payah kukus kukus tengok macam mana hasilnya. Versi malas. 😂

    ReplyDelete
  3. puding karamel ni memang kesukaan ramai. mak saudara sy selalu buat dan tidak dinafikan ia memang sedap sangat. tq utk resipi ni.

    ReplyDelete
  4. Boleh cuba. Ana kalau buat guna telur sebelum2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, ini kategori senang punyalah ni. 😅

      Delete
  5. Puding karamel tanpa telur .. ok dah jimat sikit sebab tak payah guna telurkan .. puding ni feveret CCL masa bulan puasa wajib makan sebagai dessert . Tapi kalau bau-bau hanyir telur memang CCL akan tolak ketepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaannn... Kalau orang yang pandai buat, ok lah memang tak bau telur sangat. Ni xpayah pakai telur terus.

      Delete
  6. Aduhai~~ napalah saya ternampak post ni malam2..mengidam da. boleh minta skit tak, huhuhu tapi kena pula gigi ada masalah :( ini memang favourite saya. Dulu pernah try buat tapi dah lupa dah.. saya lama dah tak try berbake ni. anyway thanks for share. ada masa nak try tapi ntah menjadi ke tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alolooo... Nanti cuba buat okey! Senang je, tak payah bake pun. You're most welcome! 😘

      Delete
  7. wahhh simple je resepinya. rasa nak buat je. walaupun nampak simple memang sedap rasa puding caramel nie :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaannn... Sedap. Nanti cubalah, BV! 😁

      Delete
  8. Hye I'm back guys!!! Check out my new post!! ==> https://ameridzuan.blogspot.my/2017/03/3-must-have-

    ReplyDelete
  9. puding karamel ni fav CR. tapi tak pernah ag try wat yang tak guna telur, nanti kena cuba

    ReplyDelete
  10. aduhai. sedap nyer.
    aida lama da x buat puding karamel ni. hi hi...
    kalau buat, muai skit.
    kalu beli, 1 piece tu rm3-rm4 kan. mahal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahai lah, teloq gula apa semua mahai la ni. Hehe

      Delete
  11. resepi ni sesuai untuk saya yang tak berapa nak rajin. lagipun resepi ni nampak senang, boleh try nanti time rajin

    ReplyDelete
  12. sedapnya! lama dah tak makan terliur lah pulak. pos lah dekat rawang sikit sis hakhak :*

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/alexa-rank-blog-elsaalicious-1.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kite boleh je nak pos kat awak, elsa. Tapi takut nanti sampai rawang, dah tinggal bekas je sebab tumpah. Hahaha

      Delete
  13. Easy sungguh gitu. Sesuai juga resepi ni dengan siqah yang tak rajin ni. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, easy peasy! Hehe samalah kita! 🙊

      Delete
  14. Replies
    1. Nampak macam sedap. Alhamdulillah, rasanya pun mujurlah sedap. Hehe.. 😊👌

      Delete
  15. sedapnyaaaaaaaaaaaaaa. buatlah untuk fiqa sikit. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alololooo nanti kite buatkan lagi untuk fieyqa erh! Pastu kite tolong makankan untuk fieyqa jugak. Ok tak macam tu? 😜😄👏

      Delete
  16. sedapnyaaaa! kalau kat rumah ni dah terus buat dah!

    ReplyDelete
  17. Selalu dok nak try hat pakai agaq2 ni, tp sampai la x try2 lagi :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Pasaipa? Hat ni senang gila, nanti buat na! 😁✌

      Delete
  18. makan sejuk² ni memang layannn!♥

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥