SYAFAKILLAH, DEAR SELF! ❤

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊


Bermula daripada malam hari Isnin, sakit kepala sangat. Ingatkan sakit kepala macam biasa, sebab memang dari kecil sakit kepala dan saya berpisah tiada. Telan panadol actifast sebiji, tidur. Alhamdulillah, lega.

Esoknya, Selasa. Jalani hari seperti biasa. Petang macam tu, dah mula terasa sakit kepala lagi. Memandangkan actifast dah habis, telanlah panadol biasa je. Tup tup, muntah pulaakkk laahaaiii... Lembik dah rasanya. Terus tidur je lepas tu.

Rabu, Khamis, masih sama. Sakit kepala tak sembuh pun. Ambil paracetamol tak lut? Ini luar daripada kebiasaan nih. So, malam semalam gagah la juga ajak Mama bawa ke klinik untuk check apa yang tak kena.

Doc: Sakit apa?
Me: Sakit kepala tak lega-lega dah empat hari.
Doc: Sakit kepala bahagian mana?
Me: Kat dahi ni, kadang-kadang tangkap sampai tengkuk (sambil tangan melekap ke dahi).
Doc: Sakit bahagian depan kepala ye (sambil tulis-tulis). Selalu sakit kepala?
Me: Dulu masa kecil, selalu juga. Sekarang dah jarang. Ni sakit pulak, tak lega-lega lagi.
Doc: (angguk-angguk)

Doktor ada tanya lagi beberapa soalan lain macam ada tak telinga macam bunyi berdesing, rasa macam tahap pendengaran makin kurang ke, pernah hidung berdarah tak, pandangan ada ke nampak double vision. Semua jawapannya tak. Tapi ada silau sikit, sebab mata rasa sensitif sikit pada cahaya. Tak suka cerah cerah sangat, tak sakit mata ni.

Doc: Selalu tidur lewat ke ye?
Me: (alamak soalan perangkap ni!) Ah, haah, bolehlaa...
Doc: Pukul berapa?
Me: Satu (okfine, kadang-kadang dua).
Doc: Ada komitmen apa-apa ke yang menyebabkan tidur lewat tu?
Me: Tak ada. Cuma dah terbiasa, susah nak tune balik.
Doc: Oh, mungkin dah terbiasa masa belajar ye. Tapi cubalah betulkan balik corak tidur tu. Kalau boleh tidur awal lah.
Me: 😅
Doc: Ini tanda-tanda awal migraine. Sebab ada silau juga.

Doktor nasihatkan pergi check mata sebab silau, specs tu mungkin dah tak sesuai. Katanya, kalau ikutkan pakar mata ni selalunya suggest check mata, specs tukar enam bulan sekali. Paling-paling pun setahun sekali. Kite dah pakai specs ni dua tahun acane! 🙈

Doc: Selama sakit kepala ni, ada ambil ubat apa?
Me: Erm, paracetamol.
Doc: Baik?
Me: Tak! (yakin)

So, doktor kasi ubat tahan sakit. Kuat sikit katanya. Tapi, makan bila perlu je. Kalau tidur tu boleh buat lega sakit kepala, lebih baik tidur.

Ye, baiklah... 😢
Bukan takat dapat ubat tahan sakit je, siap bagi vitamin B Complex lagi yang oren bulat bulat kecil tu satu strip. Tak cukup bitamin agaknya! 😏

Dalam kereta, kena ceramah free dengan Mama. "Itulah. Padahal, bukannya buat apa pun tidur lambat. Tengok cerita Korea!" Hmm... 😞

Jangan ambil remeh okey, sakit kepala ni. Seriously, it's not cool at all. Sakit sangat. Ini pun belum fully recovered, masih terasa sakit lagi cuma tahap boleh ditahan. Kite janji tak tidur lambat tanpa sebab lagi... Not even for watching Korean dramas, not anymore... Menyesal kemudian tidak berguna.

Nak update cerita balik kampung pun duduk dalam draft lagi. 😭💔
Doakan Fairuz Aqilah cepat sembuh! 💪
Anggaplah Allah uji dengan sakit sebab nak hapus dosa-dosa kecil.

Syafakillah, dear self! ❤
Fairuz Aqilah.

27 comments:

  1. bahaya sangat telan panadol tu dear.. semoga cepat sembuh ye :)

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/03/shaklee-effect-esp-dan-vita-c-plus.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan bila dah tak boleh tahan je. 😅

      Delete
  2. get well soon sis. lepasnie jangan tidur lambat lambat dah tau! hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😭😭😭
      Ye, baiklah. Pomish! 😢
      Thanks for your concern, elsa... 💋💕

      Delete
  3. Ccl pun kadang-kadang ada jugak time tido lewat . Mata ni memang susah nak pejam tido awal ha ..apa-apa pun get well soon . Jaga kesihatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan ada time, ini all the time dah. 😅
      Tengah nak biasakan tidur awal. InsyaAllah, I will! Terima kadih, CCL! 😘

      Delete
  4. jangan selalu telan sangat panadol ya..nanti ketagih...semoga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, baiklah. Bila sakit yang tak boleh tahan sangat je. Mashehhh! ♥

      Delete
  5. Cuak lah pulak! syed selalu juga tidur lambat. Sekarang ni tiap hari tidur pukul 2 3 pagi hahaha adui . Get well soon fairuz! jangan ambil panadol sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa aiyokkk hahahaha... Jangan kerap sangatlah. Fairuz dah kena ni, adoiii taktau nak describe macam mana. Luaran orang nampak sihat elok je, tapi kita yang menanggung ni Allah sajalah yang tau sakitnya macam mana. Thanks for your concern, Syed! 💪

      Delete
  6. Get well soon awak.. And please reduce your paracetamol intake.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, darling! Ye, insyaAllah... Thanks again. 💋💕

      Delete
  7. Replies
    1. Alhamdulillah, I'm getting better. Thank you!

      Delete
  8. cepat sihat. airah pn kdg2 waktu tido xbtul esok cnfirm sakit kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ye ke, jaga kesihatan tau airah! 😀

      Delete
  9. take care your self dear... jaga kesihatan betul-betul, have a good rest ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, baiklah. Hehe thank youuuu for your concern! 🙆💕

      Delete
  10. kalau sy rasa macam nak pening2 tu, nak sakit kepala tu cecepat sy basahkan rambut area dahi. pastu tidur :D kurang sikit sakit kepala tu

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥