CUTI-CUTI MALAYSIA : LANGKAWI LAGOON RESORT

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Cuti-Cuti Malaysia: Langkawi Lagoon Resort

Pulau Langkawi ialah salah satu destinasi pelancongan favourite saya. Tak pernah tak rindu Langkawi, okey! Gambar kat atas ni pun kiriman daripada kawan masa dia ke Langkawi baru-baru ni sebab dia tau kite suka sangat Langkawi. How sweet! Kau ukir namaku di persisiran Pantai Cenang pun jadi lah babe, walaupun mercutanda 'LANGKAWI' tu nuuunnn jauh di sana... Hiks!

Langkawi ni sangat terkenal dan menjadi tarikan pelancong bukan saja dari dalam negara malahan foreigners jugak. Orang putih kan suka pulau-pulau, sunbathing ni. Kalau orang kita, cuti sekolah tu memang peak season lah berpusu-pusu orang pergi melancong bawak family termasuklah ke Langkawi. Well, apa aje yang tak ada kat Langkawi tu. Paling utama, tempat tumpuan untuk beriadah dengan keluarga ataupun kawan-kawan. Sesuai sangatlah untuk tenangkan fikiran, lari dari kesibukan tugasan harian bak kata orang putih 'sweet escape' gitu.

Apa yang menarik kat Langkawi? Dah terang lagi bersuluh, dah tentu lah tentang sejarahnya. Sekali-sekala melawat tempat bersejarah apa salahnya kan, dapat juga pengetahuan baru dalam berseronok pun. Antara tempat bersejarah yang tak asing lagi di Langkawi ialah Makam Mahsuri dan Beras Terbakar.

Lain pula ceritanya kalau pergi ke Langkawi untuk shoppingggg! (jum joget sama-sama) Bhahaha... Nak shopping, tak sah la kalau tak singgah di Kompleks Haji Ismail Group yang sangat famous dengan pelbagai jenis coklat (sedapnyaaa Daim), pinggan mangkuk dan serba-serbi seaneka barangan (branded pun ada) yang dijual pada harga jauh lebih murah because it's duty free lah katakan! Teringat pulak saya memborong Pepero punya banyak dok usung plastik besar sampai kawan-kawan asyik mengusik. Alahaaiii, orang-orang yang ditinggalkan pun tak sah la jugak kan kalau tak memesan. Nasib baiklah saya ni jenis gigih orangnya, ku turutkan jua apa adanya.

Bukan itu saja, dah sampai di Langkawi tu of course lah nak spend some quality time and have fun with family and friends. Jadi, moleklah apa kiranya kalau berkunjung ke Dataran Lang tangkap-tangkap gambar, naik kereta kabel ke puncak Gunung Mat Cincang di Langkawi Cable Car, merasa berjalan atas awan kat Langkawi Sky Bridge. Bestnyaaa!!! For those yang bawak anak-anak cuti sekolah best jugak pergi Art in Paradise 3D Museum takpun Underwater World tengok ikan comel-comel. Confirm puas hati siap tidur sambil senyum sampai ke telinga.

Cuti-Cuti Malaysia: Langkawi Lagoon Resort
Tiba-tiba jadi sayu sebab riinnduuu diorang... Nak naik cable car sama-sama lagi! ❤

Selain itu, bagi pencinta alam especially suka pantai macam saya ni boleh la relax sambil berjalan main-main di gigi air atau duduk bersantai ambil angin di persisiran pantai seperti di Pantai Cenang, Pantai Tanjung Rhu dan Pantai Pasir Tengkorak. Seronoknya menikmati dan mensyukuri keindahan ciptaanNya, pasti terlupa seketika tentang bebanan masalah dan yang penting sekali dapat release tension. Gallery phone tu kalau tak penuh sebab setiap sudut nak ambil gambar tu, tipu sangatlah kalau kata 'tak' kaannn...

Tapi kan! Haa... Ada juga tapi tu! Tapi, apalah maknanya percutian penuh keriangan tanpa tempat penginapan yang awesome kan? Bila masuk bab penginapan, ada satu tempat ni which is highly recommended especially for newlyweds yang memilih Langkawi sebagai lokasi honeymoon mereka. Aww, romantik sangat... Kat mana tu? It's LANGKAWI LAGOON RESORT! Resort ni berkonsepkan tradisional dan kontemporari, ala-ala Bali sikit.

Ada dua pilihan konsep penginapan yang ditawarkan kepada tetamu iaitu Sea Village atau Beach Front. Sea Village merupakan suites yang terletak di atas permukaan laut, agak jauh sikit daripada lobby ataupun nak ke ruang makan. Tapi tak perlu risau sebab perkhidmatan buggy sentiasa disediakan buat tetamu yang menginap di Sea Village. Apa yang penting, jejak je kaki ke Sea Village ni confirm terus rasa taknak keluar bilik dah sebab pemandangan suites ni cantik sangaattt menghadap Andaman Sea. Breathtaking! Kalau Beach Front pulak tak kurang juga cantiknya, terletak satu bangunan dengan lobby and ruang makan. Boleh pilih antara dua jenis view, sama ada nak yang menghadap laut ataupun pemandangan kawasan hotel, terpulang pada citarasa masing-masing (ikut juga availability). Kemudahan yang disediakan pun banyak macam infinity swimming pool, beach front swimming pool with jacuzzi and sunken bar, ada sauna and steam rooms, Seri Songket Spa dan Guest Service Centre. Kalau rasa taknak terjun laut, boleh juga terjun swimming pool yang ada takpun pergi spa manjakan diri. Pun boleh, tak ada masalah.

Tempat menarik yang berdekatan dengan Langkawi Lagoon Resort ni ialah Langkawi Night Market yang terletak 1.6 km je daripada resort. So, kalau jalan kaki pun rasanya tak tercabut kaki aih. Tapi boleh je cari alternatif lain. Night market ni ataupun pasar malam lah kan senang cerita memang dibuka setiap hari. Satu lagi tempat menarik yang boleh dilawati tak jauh dari Langkawi Lagoon Resort iaitu Beras Terbakar tadi, lebih kurang 1.4 km jaraknya. Pun boleh kalau nak jalan kaki tapi macam penat je. Guna 'alternatif lain' tadi tu k! Hehehe..

Okey, sekarang ni dah ada yang berangan nak pergi bercuti ke Langkawi tak? Hiks! Andai kata berminat untuk menginap di Langkawi Lagoon Resort ni, boleh la booking through traveloka.com. Sebabnya Traveloka kan sediakan online service for flight and hotel booking without transaction fees. So, dah tentu memudahkan kerja malah menjimatkan masa untuk tempah tempat penginapan. Klik klik klik je, dah selamat booked hotel untuk percutian nanti.

Jap, jap, jap!!! Berita baiknya ialah, nikmati harga yang lebih rendah kalau buat online booking sebab ​Traveloka menawarkan best deal on Langkawi Lagoon Resort berbanding dengan direct booking untuk sebarang tempahan resort ataupun hotel yang dipilih! Best ke best?

Haa, ada laagiii... Bagi yang macam malas sangat laahaiii nak buka laptop dan booking kat traveloka.com tu kan, boleh je download apps Traveloka kat smartphone. Hmm, apa je yang tak boleh kan. Semua boleh sekarang ni, easy peasy. Almaklumlah, zaman teknologi serba canggih ni, segala maklumat berada di hujung jari je. Agak-agak rasa macam nak 'weekend getaway' tu, cepat-cepat capai phone buka apps Traveloka dan terus booking hotel tau!


Rindu Pulau Langkawi,
Fairuz Aqilah.

28 comments:

  1. Dulu mai duduk Langkawi jap. Dekat kuala melaka, Langkawi. Pastu dah pindah dah. Hehehe. So dah puas pusing2 pulau ni :P

    Rindu tu mestilah, best kan kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious ah pernah duduk langkawi? Bestnyaaaa... Bolehlaa jadi tourguide fairuz! Mesti dah puas makan coklat daim kan mai. Haha..

      Delete
  2. Rindu nak pergi langkawi. Dah 5 tahun tak pergi sana. Wajib booking dgn traveloka utk book hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu kan, kak ana! Kite yang baru pergi last year pun asyik rindu-rinduan aje ni. Yezzaa, semestinya Adabi! Ehhh, Traveloka! πŸ˜‚

      Delete
  3. Replies
    1. Tak lama tak pergi jugak? Bila lah agaknya dapat pergi pulak kan. InsyaAllah, ada rezeki mesti sampai langkawi! Borong coklat bebanyak. Hehe

      Delete
  4. maybe kena pergi siniiii tahun nii. jalan2 dalam malaysia sbb byk lagi tempat yg belum echa jejak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, tau takpe. Dalam malaysia pun tak habis explore lagi. Tapi apa salahnya kalau ada simpan niat nak ke luar negara, asal ada rezeki lebih boleh je pergi. Marilah kita ke pulau langkawi! πŸ™†πŸ’•

      Delete
  5. elsa last pergi masa sekolah rendah oh hahaha. bila nak ada rezeki pergi sini lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh, samalah. Sebelum yang pergi tahun lepas tu pun memang first time pergi 2006. So tahun lepas pergi semula setelah 10tahun okeyyyy. Haha nampak takkk... Tapi tu lah, rindu sangat nak pergi lagi.

      Delete
  6. baru je pergi langkawi minggu lepas hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala ye ke... Jealousnya! Haha.. Kenapa tak cakap, kalau tak boleh kirim tulis nama macam kawan saya tu jugak. Hahahahaha...

      Delete
  7. Huaaaaa kekejaman apakah ini? kenapa semua orang duk post pasal hotel-hotel dan tempat yang menarik ja harini. Nak juga pergi bercuti. Lama sangat dah ni tak pergi merehatkan diri! hahaha. btw syed pernah pergi langkawi ni sekali ja rasanya. Itupun sebab pergi Kem Tatanegara. Lepas habis kem boleh la jalan2 sikit tangkap gambar kat helang and beli cekelat. Itu ja mampu hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elehhh, dia tu asyik post pasal makanan sesedap aje takpe pulak! Bhahahahaha... Pergi lah langkawi, syed. Serius, serius! Hmm, tapi langkawi memang pakai duit banyak lah kalau nak pergi cable car segala tu. Hehe.. Pahang pun banyak je pusat peranginan kan, syed. Pergi dan review. Nanti fairuz boleh pergi tau! πŸ˜πŸ‘

      Delete
    2. Syed. Kita samalah,pergi biro tatanegara kat langkawi

      Delete
  8. Wahh seronoknyaaa pi Langkawi.. Yana last pi bila ntah hahaha sejak kakak sulung dah tak duduk langkawi.. Memang takpi sana dah. uwaaa baca entry nie buat rasa rindu lagi nak jejak kesana T_T sobs sobs.. Lepasni boleh la FA buat rombongan melawat langkawi pulak kan :p hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, nanti nanti kot ada rezeki lebih boleh pi langkawi. Hahahahahaha kalau nak buat rombongan cik kiah satgi, bolehla mai jadi tour guide pastu yana jadi assistant tour guide. Kite jd organizer cukuplah. Haha..

      Delete
  9. Assalamualaikum

    Langkawi ni banyak pulau-pulau kecil dengan nama yang unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Haah, saya sendiri pun tak habis khatam lagi sebab baru merasa pergi dua kali.

      Delete
  10. me too. seronok jenjalan sana. sayangnya tak dapat naik cable car sbb kena maintenance haritu. sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kan! Laa... Boleh pulak macam tu, dah pergi tapi tak dapat naik cable car. Hmm, bukan rezeki masa tu lah tu... Takpe, lepas ni kalau pergi lagi, naik cable car yang baru transparent semua tu. Teringin sangat nak naik yang itu! πŸ˜πŸ‘

      Delete
  11. lepas saya siapkan phd ni, saya nak duk langkawi seminggu.. hehe.. Thanks for the idea fairuz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naakkk ikuuttttt.... Hehe, sama-samaaa! πŸ™†πŸ’•

      Delete
  12. Langkawi ni bosan dah la.. hari2 boleh pergi ceewahh.. tunggu la nanti amer post jalan2 pulak hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglaaa dah bosannnn... Duduk kedah boleh la cakap dah bosan! Yang setahun sekali pun belum tentu dapat pi langkawi ni, berhuhu ja. 😝

      Post kaihhhhh nak baca! Dan komen semestinya. Hee ✌

      Delete
  13. pergi bercuti langkawi tak pernah jemu..setiap kali pergi tak sempat explore banyak tempat..huhu

    ReplyDelete
  14. Nak pergi Langkawi lagi ������

    ReplyDelete
  15. Hello, I'm your fan and congratulations to the webisit. hugs from Brazil.

    http://novajerusalemdecristo.blogspot.com.br/

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥