MENYESAL

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Menyesal

Apakah yang dikesalkan tu? Sejak akhir-akhir ni asyik teringatkan blog lama iaitu my firssttttt blog ever and some precious entries in it! I said precious sebab for sure semuanya tertulis dengan sangat terperinci so kalau baca balik pun taklah tergagau-gagau nak refresh memori tu.

Antara yang paling tak boleh lupa pasal life lepas SPM, pasal tukar kad pengenalan baru, pasal Puan kat kaunter pejabat pendaftaran yang buat kad pengenalan tu sungguh tak mesra pelanggan (eh, ingat lagi?), pasal belajar memandu dan segala macam pengalaman dapat control sendiri sebuah kereta, pasal mimpi jejaka serba biru sebiji sejibi muka Bruno Mars nama Uzrad (pelik kan namanya), pasal kehidupan mula-mula masuk UiTM. Actually, macam-macam lagi cerita merapu. Tapi, yang mana saya sebutkan tu ialah antara yang saya rasa ralat sangat sampai sekarang lah, tak dapat baca balik kisahnya.

Saya rasa saya buat tindakan paling tak bijak bila dengan senang hatinya delete terus blog tu tanpa back up any entry pun contohnya mungkinlah copy paste kat mana-mana dulu ke entries yang ada sentimental values kan. Ini tak, rasa tersangatlah tak matang macam tak suka pastu terus je delete and done, habis cerita. Aduuhhh... Sampai sekarang tak boleh nak move on. Bhahaha... Sadis.

Sebenarnya saya delete blog tu pun sebab Ya Allah, sumpah kebudak-budakan sangat! Dari nama blog, rupa blog tu sendiri, gaya bahasa dan penulisan sampailah ke isinya (of course) teramatlah ke laut. It's embarrassing, seriouslyyyy! Disebabkan yang saya kata banyak merapu tadi tu lah. Almaklumlah, buat blog lepas SPM, saya boleh kira masih duduk dalam kategori 'budak baru nak up' lagi masa tu. Kahkahkah! Dan salah satu sebab kenapa ada 'official' pada nama blog kerdil saya ni pun sebenarnya supaya dapatlah cover sikit ketidakmatangan blog lama tu (kengkonon). Padahal...

Sekarang pun merapu juga kot kadang-kadang (contohnya macam entry ni), tapi kesedaran dan inisiatif untuk produce entries that are benificial for the readers tu ada lah juga. Kalau dulu tak ada hala tuju langsung dok merapu tak tentu hala sepanjang jalan, sekarang blogging makin nampaklah juga haluannya walaupun tak berapa nak konsisten lagi haa (#siscuba).

Sedar diri aih, cuma selalu ingatkan diri supaya lebihkan menulis tentang perkara yang memberi manfaat pada orang lain juga, bukan suka-suki syok sendiri saja. Itu juga salah satu sebab kenapa saya jarang update blog. Pada saya, kalau tak ada apa yang baik nak diperkatakan, tak ada nak menyumbang sesuatu bermanfaat kepada orang lain, lebih baik diam. Sama juga kat facebook dan instagram pun. Tapi adatlah, saya pun manusia biasa juga ada masa-masa nak post suka hati je macam gambar diri sendiri dengan caption acah-acah sikit. Ehhhh!!! K, boleh je nak gelak.

Pokok pangkalnya, saya menyesal delete blog lama tanpa copy dulu entries yang ada sentimental values. Saya juga sangat menyesal sebab banyak sangat merepek tak tentu pasal dalam blog lama tu. Oh, sungguh memalukan. Haiihhh... Pengajarannya, belajar-belajar kawal diri supaya jangan banyak sangat merepek meraban kat alam maya ni. Istighfar banyak-banyak, Fairuz Aqilah. Let bygones be bygones.

Apa yang tengah tempuh sekarang, patut hadap dengan sebaik mungkin (#siscubalagi) dengan harapan lebih melimpah ruah rezeki bersama blog ni. InsyaAllah, ameen!

Penyesalan yang tak berkesudahan,
Fairuz Aqilah.

27 comments:

  1. teringin nak baca entri lama kan. echa pun dah delete blog lama. agak-agak apa perasaan bila baca balik tulisan sendiri kan. mesti muntah hijau sebab dulu blog post entah apa je hahah! but its kind of good memories though. syg tak blh nak reclaim balik je. x

    www.eecashyaa.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessss, TRUEEEEEE!!! Memalukan gilaaaa hahahahaha... Tapi serius ah, sayang betul ada certain entries langsung lenyap tak dapat diselamatkan gara-gara gopoh sangat. Padah bertindak melulu. But still, yeah, it's a part of the good memories! 🙆💕

      Delete
  2. Saya pun pernah delete blog lama sebab penulisan nampak childish sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! SANGAT k, SANGAATTT... Nak nangis kenangkannya. Nasib baik dah delete. Nasib tak berapa nak baik cuma part entries yang tak dapat diselamatkan tu lah. Hee 😅

      Delete
  3. Hahaahahahahahah siapa suruh delete. Syed punya blog lama ada lagi tapi bwberapa entru yang sangat memalukan dah delete la hahahaha serius urut dada and tepuk dahi ja bila baca balik. Terbayang pula macam manalah orang boleh follow dulu 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. *beberapa entry
      (Padah buka blog pakai phone ni lah dia. Jari gemok haha)

      Delete
    2. Ye lah, masatu mana ada sempat dah nak fikir panjang. Kira dah tak syok lah blog ni, delete lah. Delete. K, buat blog baru. Pastu dah lama-lama menyesal tak sudah. Padan muka diri sendiri. Hahahahahaha... Memang tak ah nak simpan blog tu, bersyukur lah jugak dah selamat jalan dah. 😂

      P/s:- Takpe seorang syed, fairuz faham je. Orang masalah jari sosej memang gitu, syed. Takpe takpe. 😜

      Delete
  4. entri merapu dan kebudak2an tu standard lah FA. kak ana pun kalau baca entri lama2 rasa nak katuk je tangan sendiri. hehe. walaupun takde entri kebudak2an tp ayat entri tu agak memalukan juga kalau nak compare dgn skrg punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh my goodness, kak ana! Kite rasa trauma kot bila kenangkan balik (walaupun menyesal sebab tak dapat selamatkan beberapa entries) aduhaaiiii... Tapi tu lah dia, sebahagian daripada pengalaman hidup juga tu kan kak ana! Hehehe 💪

      Delete
  5. Mai tak delete, masih pakai blog dgn url baru nak up sebab buat pun lepas SPM, cuma entry yg sulit2 tu dah draftkan balik la, hehehe.

    Nak buat entry bermanfaat tu paling susah tu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, really? Dulu tak terpikiaq sampai ke situ lah, mai. Takdan apa lagi, delete habih pi semua. Hmm... Berhuhu je lah yang mana yang disebutkan tu. Haha..

      Yes, sad but true. Disebabkan dia susah, kenalah sacrifice dengan cara gandakan usaha. Tapi, selalunya iolls pancit juga. Selalunya lah. 😭💔

      Delete
  6. Replies
    1. Pandangan saya lain pulak fairuz. Tak perlu sesal delete blog sebab, niat tersedia nak delete. Fairuz hanya meneruskan niat tu. Yg perlu sesal ialah, tidak save bende penting sebelum meng delete.

      Pendapat kita tak sama tapi sesalan tetap ada.

      Delete
    2. Sebenarnya, menyesal tentang kedua-duanya sekali. Hehe..

      Delete
  7. Mohon bertabah. 😊 CR banyak jugak entri yang jiwang2.jiwan kacau, dan mcam2 lagi la. Semua da di draftkan. Ada jugak yg tertinggal sebenarnya tak sempat nk check smla. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, bertabah la ni. Haha.. Hmm, ini pun banyak tahun juga merapu tapi tak draftkan pun. Rasanya takde orang nak korek kot entries lama-lama tu. Haraplah. Hiks!

      Delete
  8. elsa punya kes lain pulak. elsa tak sempat nak delete blog lama! hahaha. memang kalau siapa yang terjumpa blog lama elsa dan diorang baca, aduh malu ngat ngat hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nama blog lama elsa, nak buat-buat baca lah. hehe

      Delete
    2. Tak sempat delete, pastu sekarang tak ingat ke apa? Haha.. Takpelah, redha... 😅

      Delete
  9. fairuz, kes awak sama macam saya, saya delete blog lama pastu buat blog baru ni -dorsettpink. Sebab rasa blog lama tu macam tak matured sangat, malu. hahhaha. tapi skrang menyesal, just same like u. huhu

    ReplyDelete
  10. lepas baca entry fairuz ni, dan baca komen-komen yang diberikan, rupanya ramai sebenarnya yang ada blog lain selain dari blog yang digunakan skrang, so bukan hanya saya sorang je lah. However, life must goes on..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha yesss... Ramai kan. Kita adalah sebahagian daripadanya. Hihik! Life goes on, but the memories stay. 😌🍃

      Delete
    2. Saya hanya ada satu blog.

      Delete
  11. kalau saya pun menyesal juga.sobs sobs

    ReplyDelete
  12. As for me, Anis revert everything into draft and it's still there.. Just menyesal hari tu ada terdelete a few masa edit labels.. Q_Q

    ReplyDelete
  13. Saya ke fb hari tu ad commented our status. Bila dah sent barterperasaa ada agi yg nama serupa yrs. Entahlah, saa tak tau, itu you or bukan.

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥