FUSILLI GORENG TOMYAM

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Fusilli Goreng Tomyam

Ini sebenarnya semalam punya cerita. Disebabkan Fairuz Aqilah ialah seorang penggemar tomyam dan tak berapa suka makan nasi (ehhh), maka terhasillah menu 'bantai' aje yang dinamakan "Fusilli Goreng Tomyam". Daaannnn disebabkan 'roh' rajin blogging dah sampai, update resipi lah memandangkan bahagian "Foodies" tu pun dah lama terbiar sepi. ☺


Bahan-bahan:-

  1. Fusilli atau apa saja jenis pasta. (kalau nak guna makaroni pun boleh, saya guna fusilli sebab itu je yang ada)
  2. Bawang holland - didadu kecil
  3. Daun limau purut
  4. Tomato - potong wedges
  5. Carrot - didadu kecil
  6. Baby corn - hiris serong
  7. Bunga kobis - dipotong kecil
  8. Brokoli - dipotong kecil
  9. Seafood (ikut suka nak tarok isi apa pun ayam ke daging semua boleh)
  10. Olive oil (minyak masak biasa pun tak ada masalah)
  11. Cili kisar
  12. Tomyam paste (saya guna yang dalam botol penutup purple)
  13. Chilli paste (saya guna yang dalam botol juga ada gambar makcik penutup biru)
  14. Sos cili Thai
  15. Gula


Cara-cara:-

  • Rebus fusilli dengan lebih kurang satu sudu besar olive oil dan secubit garam. Dah lembut, tapis dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit olive oil, tumis bawang sampai naik bau.
  • Masukkan cili kisar. (bagi yang sukakan pedas macam saya, boleh tarok lebih sikit)
  • Agak cili kisar tadi dah pecah minyak, masukkan sedikiittt chilli paste dan lebihkan tomyam paste. (nama pun goreng tomyam)
  • Masukkan sos cili Thai sedikit. (saja nak bagi tambah rasa dan 'feel' Thai tomyam tu)
  • Masukkan semua sayuran keras kecuali tomato.
  • Agak dah lembut sikit sayuran tadi, masukkan seafood. Pastikan semua rencah masak elok. Barulah masukkan tomato pulak untuk rasa masam sikit.
  • Akhir sekali, dah boleh masukkan fusilli dan gaul rata kesemuanya. (kalau boleh, api jangan garang sangat sebab nanti cepat kering)
  • Koyakkan daun limau purut untuk bau wangi tomyam.
  • Perasakan dengan sedikit saja gula supaya balance semua rasa masin, masam, manis. (saya tak letak garam langsung sebab semua paste dah masin dan masam pulak dah cukup daripada tomato dengan paste tomyam tu sendiri)
  • Siap! Sedia untuk dihidang.


P/s:- Sebenarnya, saya masak Nasi Goreng Tomyam selalu pun macam ni juga jadinya resipi yang sama cuma nasi goreng saya gantikan gula tu dengan sedikit kicap manis. Sukatan bahan-bahan ikut banyak mana pasta tau! ❤


Selamat mencuba!
Fairuz Aqilah.

18 comments:

  1. Sedap nya nampak. Dah lah tgh lapar sbb kononnya diet. Tergoda kak ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, kak ana diet ke? Sorry sorry... Hihik, ala kak ana. Satu hari 'cheat day' takpe kot... 🙊
      Nanti try tau resipi kite ni! Hee 😁✌

      Delete
  2. wahh dap dap! lain kali boleh guna resipi awak lah nak hidang dekat rumah. hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe, boleh boleh elsa! Apa salahnya. Tedaappp... 😁👏

      Delete
  3. sedapnyaa..nampak cantik plak tu kejadiannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Hahahahaha cantik kejadiannya ya! 😂😂😂

      Delete
  4. Sedapnyaaaa boleh cuba nanti simple je

    ReplyDelete
  5. Wow sedapnya ni mesti ala ala Rasa mee goreng tomyam kegemaran mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi goreng tomyam pun ada? Waahhhh, boleh variasikan je resipi ni kan. Jadilah hidangan lain. Mi, bihun, nasi, pasta. 👏👏👏

      Delete
  6. amboi sedapnyaa.. memukau selera betul :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe... Kalau gitu, jangan lupa cuba tauuu! 😘

      Delete
  7. Tq resepi. akak nak try la. akak suka makan pasta, tp orang rumah akak tak minat pulak. luckily, anak2 akak suka pasta gak. jadi akak menang! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha... So, nanti bolehlah cuba resipi ni tauuu! 😂👏

      Delete
  8. hmmmm macam meragui ja kesedapan dia. cuba bak mai sikit nak rasa hahahaha okay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ek elehhh, boleh pulak menduga kesedapan masakan kite si syed nih. Nak bagi rasa macam mana, kalau pos karang memang confirm tak sedap langsung dah sebab basi. 😂

      Delete
  9. Siqah baru tahu namanya fusilli. Hehe. Nampak sedap tu. bulan puasa ni suka juga makanan yang simple :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebabkan kite ni suka sangat masak dan makan makaroni, maka mama pun akan beli stok simpan kat rumah tapi selalunya dia main beli je pasta pape pun. Itu yang jadi tau lah jugak spesies pasta nih sikit-sikit. Hahahahaha... Haah, minggu ni dah start bulan puasa kan nanti boleh cuba resipi ni ye. 😁😁😁

      Delete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥