LAPTOP DISAMBAR KILAT

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Laptop Disambar Kilat

Ya, sepertimana tajuk yang sedia kontroversi. Begitu jugalah isi cerita yang nak ditulis harini. Semalam, lebih kurang jam 8:30 malam secara rasminya laptop saya mati akibat disambar kilat. ⚡

Innalillahiwainnailahirajiun...

Kejadian berlaku pun 'sepantas kilat' juga. Saya turut merasai kejutan elektrik di ibu jari disebabkan ada contact jari dengan laptop tu sendiri (mujur tak kejung dan sel-sel otak masih berhubung) dan pada masa yang sama, laptop pun terpadam. Sekelip mata, hitam kelam skrin laptop yang baru saja sebentar tadi elok berfungsi seperti biasa.

Perkara pertama saya buat? Saya cuba juga guna plug yang sama dengan charge phone, boleh. Saya cuba pula pasang charger laptop pada extension, tak berhasil. Cuba charge phone kat extension tu elok aje. Maka, ternyata masalahnya bukan berpunca daripada plug tetapi sahlah bahawasanya laptop yang rosak.

Allah, runtunnya hati... Hanya mampu memandang sepi laptop tu dan tak ada air mata yang nak ditangiskan walaupun sedihnya bukan kepalang. Cuma mula terbit rasa kesal, risau, mental breakdown, severe heartbroken. Sudahlah terlalu banyak data penting tak backup, teringat pula macam mana nak buat kerja yang melibatkan email, printing dan sebagainya (mostly boleh je guna phone termasuk blogging tapi hmm). Ya Allah, bertambah resah mengenangkan duit yang ada pun tak seberapa nak dilaburkan ke situ pula. Tak habis fikir jadinya!

Laju tangan capai phone (akibat dah hilang punca sangat) dan search tentang ini. Saya terbaca dan terpaksa rela juga menelan serta menghadam ayat-ayat seperti, "motherboard rosak — nak repair ±RM1,000 — kalau laptop dah lebih dua tahun tu boleh pertimbangkan untuk beli laptop baru — spare parts susah cari dan kalau ada pun mahal". Tergamam sekejap. Cuba mencari kekuatan untuk kutip balik semangat yang berterabur, pujuk hati yang patah dengan mental yang rabak.

Sabar, positif. Allah uji lagi sebab Allah sayang, Fairuz Aqilah... Lantas, psiko diri sendiri. Laptop tu pun memang dah tak mampu ON kalau tak connect charger. Kalau tercabut charger, padam terus. Jadi, masalah battery pun dah sekian. Cuma, nak bawa ke kedai tu yang bertangguh-tangguh. Kesimpulannya, boleh dikatakan mungkin 'dah tiba masanya' lah tu. (cuba sedapkan hati)

Masih dalam keadaan tak berapa boleh redha lagi, tak dapat terima hakikat laptop dah mati. Nanti saya bawa pergi kedai ya, lappy! Kita tengok apa yang boleh dibuat. Walaupun terasa 90% tak boleh buat apa dah. InsyaAllah, usaha tetap kena usaha sambil doa dan tawakkal.


Pengajarannya;
Dengar guruh di langit petanda nak hujan atau hujan tiba-tiba turun, cepat-cepat OFF segala perkakas elektrik yang berpotensi 'mati' kalau disambar kilat atau petir. Tutup suis dan bawa diri buat perkara lain supaya tak terkena electric shocked. Nanti menyesal tak sudah, aptb (apa pun tak boleh). Takut tak boleh nak handle pulak rasa nak meroyan tu. Sekian, terima kasih.


Tabah,
Fairuz Aqilah.

20 comments:

  1. alololo dihnya hm. tadi pun dekat rawang hujan lebat sangat guruh pun kuat. In Shaa Allah harap laptop boleh dipakai lagi tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elsaaaaaaa...... 😭😭😭😭💔💔💔💔
      Harapnya macam tu lah. Kalau boleh repair pun taklah mahal sangat supaya dapat recover data yang tak backup. Haiihhh... Entahlah. 😔

      Delete
  2. aaa sedihnya baca T.T harap laptop tu still boleh dipakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope so, darling... Haaaaaaa sedih gilaaaaaa 😭😭😭💔💔💔

      Delete
  3. innalillahiwainnailaihirojiun. RIP laptop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan RIP lagiiii oh nooo... This is sooooo heartbreaking. 😭

      Delete
  4. harap harap still boleh pakai la. sha dapat rasa apa u rasa huaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, harapnya macam tu lah. Pernah alami juga ke? Haiihhh... 😔

      Delete
  5. Paling perit segala doc yang kita buat selama ni hilang sebab laptop rosak and masuk virus :( i will take it as a note, off bila dengar guruh. thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah Ya Tuhanku... Sabar je lah ni adoiiii... Yes, please! Take note erh.

      Delete
  6. InsyaAllah boleh selesai masalh ni. Lain kali kena hati2 sbb kat rumah penah jd tapi kena kat tv. seram rasa.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka sangat nak kilat masatu, tiba-tiba aje. Itu yang jadi speechless patu sedih gila takde backup benda penting penting. Tau tau je padam. 😢😢😢

      Delete
  7. Sabar ya awak. Nak buat mcm mna benda jadi sepantas kilat....

    ReplyDelete
  8. tv LCD kat rumah saya pun rosak, kena sambar kilat minggu lepas :(
    semoga laptop awak okay, tv saya dah kena ganti yang baru..sedohhh

    ReplyDelete
  9. jom join GA ni. Dapat gambar polaroid free free je. http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/05/giveaway-july-2017.html

    ReplyDelete
  10. Kesiannya kak,saya tumpang simpati. Apa apa pun, tabah ya :)

    ReplyDelete
  11. Last week memang kerap hujan, dengan angin bagaikan ribut. Selalu charging phone and laptop during that time. Bila terfikir pasal meletup, terus teringat pada dua-dua electronics tu. But for some reason, I did nothing lol I'm upset with myself. Should have done something!

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  12. I feel sorry for you :'( Kumpul duit slow-slow okay. Selarang ni laptop pun dah jadi satu keperluan so memang terpaksa repair juga. Thank you for the gentle reminder at the end <3

    ReplyDelete
  13. I exactly know that feelng fairuz! huaaaa rasa macam sedih tak boleh nak bagitahu macam mana kan. Waktu my phone rosak pun rasa macam nak murung berminggu-minggu, stress apa semua fikir pasal duit lagi lah tak payah cakap. Semoga semuanya dipermudahkan untuk seketul fairuz ya hehe.

    ReplyDelete
  14. Aduh sedihnyaaaaaaaaaaa 😭 teringat pula kisah phone Siqah masuk air dan tak boleh repair! Huhu. Harap laptop Aqilah boleh repair ye. Sekarang laptop satu keperluan juga. As a reminder for me to agar jangan guna alat elektrik bila guruh petir hujan lebat..

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥