POST-CONVO-SYNDROME

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Post-Convo-Syndrome
Muka tu muka

Suka hati je buat term sendiri. Kahkahkah! Harini baru ada kesedaran yang betul-betul nak update blog. Maaf kalau ada yang jenguk sini tapi asyik krik krikkk aje (kalau ada lah).

Fairuz Aqilah sedang berada dalam kondisi yang boleh diklasifikasikan sebagai 'Post-Convo-Syndrome', di mana keletihan yang teramat sangat umpama jetlag saja gayanya dan rasa taknak buat apa-apa pun melainkan nak rehaatttt santai-santai watlekwatpeace je. Haa, boleh gitu explanation dia? (kalau tak faham boleh refer gambar) Hiks!

Sehari sebelum konvo, dah pulun bergambaq all out siap! Daripada pagi sampai lewat petang, okey. Pendek cerita, habis sunburn lah muka. Padahal, esoknya nak konvo tapi relax ja menghitamkan muka amboiii... Tiba hari kejadian iaitu hari sebenar konvo sidang petang. Pagi tu mangkit tidoq dah rasa tak sedap badan macam nak demam. Malam tu pun memang tidoq tak lena. Jadi, dengan kepenatan yang bertampung botingkek-tingkek tersebut telah terbawa hingga ke hari konvo. Pulun bergambaq beriya dengan family pulak sebab alhamdulillah, kalini lebih meriah dengan kehadiran Tok, Opah, Cu dan adik sepupu. Demi meraikan depa dan pada masa yang sama meraikan juga kejayaan tamatnya degree, ku relakan jua. Apa yang lebih menariknya? Esoknya tu ada interview. Takdan nak prepare sangat pun. GREAT! Tapi, alhamdulillah the interview went well. Ada rezeki, insyaAllah tak ke mana.

Maka, terjadilah apa yang disebut sebagai 'Post-Convo-Syndrome tu...

  • Tengok ada a few dreamcatchers nak kena siapkan pun rasa alaahaaiii ala ala alaaa!
  • Mulanya mesti berkobar-kobar nak update blog lah konon, tuptup last sekali mesti scroll instagram.
  • Nak lipat kain, nak lipat kain pastu ada lah kot lipat sikit tapi selebihnya tengok tv.

Taknak buat apa-apa boleh taakkk...?

Adoiii... Awat niii Fairuz Aqilah?? Paseipa laguni nih?? Ya Allah!!!


Sekian,
Fairuz Aqilah.

P/s:- Lama tak membebel merapu, kasi can lah na! ✌

18 comments:

  1. teruk syndrome tu.. hahaha.. hopefully u will get the job soon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaannn... Kenapa tah! 😷
      InsyaAllah,ameen ameen... Thanks! ❤

      Delete
  2. Awat pemalaih lagu tu..! ok tak gurau2.. haha.. Semoga dapat kerja tu and dapat siapkan dream catchers tu.. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah pasaiiii, malaih tahap apa lagi ni taktau laaaa! Takmau buat apa... 😭
      InsyaAllah, ameen! Thank youuuu... Dreamcatchers siap dah satu. Jenuh kumpul kekuatan. 😅💪

      Delete
  3. Biasalah syndrome gini.. Kadang balik travel pun berkobar kobar nak update blog cepat. Tapi syndrome datang, terus jadi lambat. HAHA.

    Moga cepat kembali sediakala ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Tu lah, perasan juga dah macam jetlag je pulak. Getting better dah ni, alhamdulillah la. 💪

      Delete
  4. Perasaan berkobar nak update tu selalu jadi jugak, bila dah sign in blog blogwalking readers dah terus lupa nak bebel apa hahaha.

    Apapun tahniah dan semoga berjaya dapat kerja tu heee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini belum sign in pun lagi, baru dok pikir-pikir nak update blog nak update blog. Tapi last last pegang phone, scroll ig takpun buat benda lain. Lupa terus tujuan sebenarnya tadi nak update blog. Ahahahahaha...

      Yessss, thanks! InsyaAllah, mudah-mudahan ada rezeki dapat kerja tu. Tq tq tq! ❤

      Delete
  5. Hahahah, menarik syndrome ni. Bestnya dah nak convo. Btw wish u luck for ur future.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaha menarik ke?? Alhamdulillah, all of the hardworks finally paid off! Thank you sooooo muchh!!! ♥

      Delete
  6. Hahahaha sis faham :P

    Tahniah dear! <3 <3 <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn... Macam jetlag melampau paseipa taktau! 😌🍃
      Thank you, maiiiii! Alhamdulillah... 😘💕

      Delete
  7. I'm feeling like this right now but dah berapa bulan konvo. Most probably hormones since baru start period. I'm not going to do anything, fullstop!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adududuuu... Alhamdulillah la I'm getting better today (to be specific). Take your time, darling! Hihik. 💋💕

      Delete
  8. Bestnya konvo kan.. Tahniah awak... Teringat pulak zaman saya dulu2 konvo degree... Happy nya rasa tak terkata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best, alhamdulillah! Thank you, sis... Hehe.. 💐🎈

      Delete
  9. Rindunya nak convo!! Tahniah Aqilah. Insyallah ada rezeki tak ke mana :) Teringat kisah Siqah lupa bawa baju kurung untuk konvo. Dahlah siap tempah bagai. Haha. Last sekali beli siap je kat sana. Pinjam tudung kakak ��

    Sekarang masa rehatkan diri dulu. Nanti dah kerja susah nak berehat pula ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rindu nak konvo, alamatnya kena sambung belajar. Hehehehe... Terima kasih, siqah! Alhamdulillah, I made it till the end. 💐🎈
      Ya Allah, sampai begitu sekali dia punya excited sampai terlupa bawak baju? Alahaaiii... First time dengar pengalaman macam ni tauu hihik. Tapi apa pun terjadi, konvo tetap konvo lah kan. Cuma tak dapatlah pakai baju yang tempah tu. 😅

      Hmm... Terima kasih atas kata-kata tu. Kite amik positif sebagai nasihat yang baik lah ye. Thank you, siqah! 💞

      Delete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥