RAYA RAYA RAYA!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Hello 😊

Raya raya raya!!!

Ramadhan semakin tiba pada penghujungnya, Syawal bakal menjelma untuk dirai penuh makna. Alhamdulillah untuk keberkatan Ramadhan tahun ini. Kurniaan nikmat daripada Allah untuk Fairuz Aqilah, makbulkan doa-doa setelah sekian lama. Bagi doa-doa yang masih ditangguh, harapnya semua akan baik-baik saja. InsyaAllah, ameen...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN! Fairuz Aqilah minta maaf kalau ada salah dan silap secara sengaja mahupun tak, terlajak kata terlanjur bicara, terlebih terkurang di mana-mana (terutamanya bab jarang update blog). Maaf dan terima kasih pada yang masih setia dan salam sayang untuk semuuaaa... ♥

Awal tak awal jugalah apply cuti raya. Syukurlah, Bos bagi cuti tau! Kalau tidak, mereputlah duduk office syahdu betul orang lain syok pi beraya. Tak aci! Mana taknya, kite baaruuu tiga minggu kerja (sedar diri). Alhamdulillah, tanya Bos bagi green light. Nak melompat isi borang apply cuti tu, berbunga betul hati, dah la first time. Almaklum sajalah, tak pernah ada pengalaman kerja selain practical training Diploma dulu. Excited dia lain macam. So, kite apply tiga hari menjadikan cuti direct seminggu raya tu, tapi Sabtu masuk kerja baliklah half day. Takpe, half day pun sebab office dekat aje dengan kampung. Balik tengahari tu still boleh sambung beraya! Hehehe.. Dan kite berkorban jugalah tak mulakan cuti awal, Sabtu sehari sebelum raya tu half day juga. Takpe, takpe. Kampung dekat, takpe. Even sekarang pun memang ulang-alik dari kampung sebab lebih dekat berbanding nak berulang hari-hari dari rumah. Letih plus kos tinggi juga weh! Alright, that is that.

Alang-alang dah update blog dengan ucapan raya ni, kite nak pesan jugalah untuk manfaat bersama insyaAllah. Eratkan ukhuwah, kekalkan momentum beribadah sepertimana kita di bulan Ramadhan, makan biar berpada-pada, jaga kesihatan, hati-hati di jalan raya. Semoga Aidilfitri kalini bakal mencipta lebih banyak memori indah yang penuh hikmah dan barakah. InsyaAllah, ameen!


Selamat Hari Raya!
Fairuz Aqilah.
#masihbekerja

19 comments:

  1. Bestnyaaaa Fairuz!! Cuti raya seminggu tu!! Siqah cuti raya Isnin je. Selasa dah kerja balik T_T

    Selamat Hari Raya Aifilfitri Fairuz! Bergembiralah di hari raya dan take care 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. I was scared to death kottt haritu sebelum apply cuti sebab taknak masuk ofis hari selasa tu! omg. tapi balik raya jugak kan? take care too! selamat hari raya, salam kosong kosong ye! ♥

      Delete
  2. haii superman girlfriend to be... selamat hari raya !! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey there! yeayy selamat hari raya!!! ♥

      Delete
  3. Replies
    1. camat yaye... thank you! hehe #muahciked

      Delete
  4. Replies
    1. hehe insyaAllah, pakcik WP! First time beraya sebagai seorang yang baru membina kerjaya, tapi tak boleh bagi duit raya lagi. mungkin tahun depan, insyaAllah. selamat hari rayaaa!!! :D

      Delete
  5. nasib cuti raya panjang sikit kan, boleh beraya sakan. :D
    selamat hari raya :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Alhamdulillah, dapat pelepasan cuti. Kalau tidak, hmm mereputlah kite bv... :'D

      Delete
  6. Selamat hari raya... Nie tgh fikir tak tahu bila nak balik raya nie.. Macam mana nk gerak balik kampung je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, why tak tahu whyyyyy... Just go back if you've finished your work lah. Hehe have a safe journey back to hometown! :)

      Delete
  7. Fuhhh. baik boss. Selamat hari raya awak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Hehe.. Camat yaye jugaaaa ❤❤❤

      Delete
  8. Delamat hari raya aidilfitri fairuz.. Maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya awakk! ;)

    ReplyDelete
  10. Hai Fairuzzz!! Selamt hari raya aidilfitri.
    Lamanya tak singgah sini dan tinggalkan komen panjang berjela hahaha.

    ReplyDelete
  11. SELAMAT HARI RAYA!!

    https://messarah.blogspot.my/

    ReplyDelete

No harsh words please. Jazakumullah khairan katsiran! ♥